GuidePedia

14
Kecoh sekejap semalam... sambil buat kerja layan juga blog ni sekejap... buat hilang mengantuk... 

Terbaca beberapa berita terutama blogger lah... satu kenyataan dari melvister.com yang mengatakan blog juga bakal dikenakan GST bermula 1 April 2015. Namun, dalam artikel tersebut menyatakan tak semua blog... hanya blog yang menjalankan perniagaan atau menjana pendapatan sahaja dikenakan GST, blog peribadi dan selainnya yang tak mendatangkan keuntungan tak kena GST... 

Tapi setakat ni, belum ada berita sahih dari sumber yang sahih mengenai Blog dikenakan GST.. Jadi, tak payah nak kelam kelibut lah sangat kan... 

Namun, kita rujuk balik, antara barangan yang dikecualikan dari GST:





Klik Gambar untuk lebih jelas, atau download DI SINI

Kalau diteliti, memang blog, facebook, instagram yang boleh menjana pendapatan tidak dalam senarai pengecualian GST... Jadi, adakah penjana pendapatan online turut dikenakan GST??? Sama-sama kita tunggu pengesahan dari yang menjalankan dasar... Tapi, harapan semua orang terutama blogger... Harapnya taklah kena GST kannn.. susah la camni... semua benda nak kena GST, teruk la kami... 


Ni pun aku dan suami dah pening, nak daftar GST ke tak nih... tapi yang pasti pembekal kami memang dah bagitau material memang naik harga tahun depan sebab GST... jadi??? nak kena daftar juga la ni kot kan.. adeehhh... pening kejap pikirkan GST nih... @__@
Thanks for reading: Blog Pun Kena GST???

Catat Ulasan

  1. alahaii . baru je mula berblogging . huhuu

    BalasPadam
  2. salam,, blogwalking here..
    x faham sangat bab2 GST ni..tp kalu bniaga online pun kna GST, kesian la kan..

    BalasPadam
  3. sah2 kne daftar gst tu..huhu

    kalau blog pun nak gst, mmg nak kena sekeh aa tuu..
    melampauu (T^T)

    BalasPadam
  4. Saya adalah pengedar Shaklee yg menggunakan blog. Takkan pendapat yg x cecah seribu pun nak keba GST. Melampau!

    BalasPadam
  5. Adoi...klo blog pon kne GST, mcamna kira nanti pulak tu...huhu

    BalasPadam
  6. nak pengsan kejap boleh? huhu...alahai..

    BalasPadam
  7. Uihhh abis bayar ke gst jela nnt

    BalasPadam
  8. Kenapa tak buat pendaftaran kepada semua blogger je kan. Begitu juga kepada semua pemilik akaun fb. Baru senang nak cerita..mcm2 betullah gst ni.

    BalasPadam
  9. salam, setahu saya dan yg saya difahamkan.sekiranya sesuatu perkhidmatan itu mendatangkan keuntungan, pasti akan dikenakan GST.... stakat blog peribadi yg bukan berdasarkan keuntungan rasanya tak dikenakan GST. tapi kalau ada berdaftar dengan SSM memang akan kena GST.

    BalasPadam
  10. Jangan pening-pening, Maria. GST tetap juga akan ada tahun depan. Lalui ajelah mana yang termampu. Dah tak mampu sangat nanti, kita dok sembang je hilangkan tension. Hihihi.

    BalasPadam
  11. kita tunggu je la info akan datang camne kan

    BalasPadam
  12. blog pun nak kena gst?adoiii

    BalasPadam
  13. Tunggu ajela berita yg sahih

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top