.: Erti Merdeka Dalam Islam :.

Alhamdulillah... Hari ni dah tahun yang ke-57 kita menyambut Hari Merdeka .. Alhamdulillah... Malaysia hidup aman, tiada peperangan...

Dengan tema "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" memberi banyak pengertian yang tersirat dan tersurat...

Dalam Islam, meraikan kemerderkaan... Kerana Islam menjunjung kebebasan dengan menghapuskan sistem penghambaan yang menjadi tradisi Masyarakat Jahiliyyah dan juga majoriti kaum di dunia. Di Tanah Melayu juga ada sistem gundik dan hamba pada suatu masa dahulu. Tapi telah dihapus dengan datangnya Islam.

Dalam Islam, merdeka secara zahirnya bebas dari penjajahan... Alhamdulillah... Sudah 57 tahun kita hidup dengan pentadbiran sendiri... Anak bangsa kita sendiri yang mencorakkan Malaysia...

Namun, adakah Malaysia dan rakyat Malaysia merdeka secara batinnya??? Batin yang merdeka ialah iman yang berpegang kepada Allah dan Rasul dengan sebenar-benar Islam. Tidak dipengaruhi oleh unsur atau fahaman lain...

Cara nak tahu diri kita ni merdeka ke tak dari segi fahaman... Lihat sahaja cara hidup kita... Adakah kita amalkan apa yang dibawa oleh Nabi s.a.w dan mengamalkan berpandukan ajaran Al-Quran dan Hadis??? Bagaimana dengan makanan kita??? Bagaimana dengan pakaian kita??? Bagaimana dengan pendidikan kita???

Renungkanlah... Muhasabah diri.. Adakah kita dan ahli keluarga kita merdeka dari segi zahir dan batinnya... Merdeka kah kita dengan mengikut syariat Islam yang sebenar??? Jika merdeka secara zahir, tapi batin kita dipengaruhi dengan ajaran khurafat, maksiat dan juga penuh hasad... Maka kita belum merdeka sepenuhnya...

Salam hari kemerdekaan...
Nikmatilah erti merdeka yang sebenarnya...

Di sinilah (HATI/IMAN) Bermulanya Sebuah Cinta...
Cinta kepada Allah, Cinta Kepada Rasul,
cinta kepada negara, bangsa dan tanah air...

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE-57...


Posted via Blogaway

Catat Ulasan

4 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^