GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Penjagaan Air-Cond Kereta


Sumber: google images

Tips penjagaan air cond kereta, memang rimas takde air cond tambah dok kat bandar kan... Nak buka tingkap penuh asap, tak sesuai bagi yang bawa anak-anak nak sedut asap tu kan... jadi nak tak nak, kena buka air-cond... Jom, kita belajar bab kereta pula... perempuan pun kena amik tahu, sebab rata-rata aku tengok, orang perempuan ni kengkadang tahu bawa, tapi kurang jaga bab kereta... bila rosak hantar bengkel aje... Jadi, kita jaga air cond ni betul-betul supaya tak mudah rosak.. 
  1. Gas aircond : Selalu cek kebocoran (dalam sebulan sekali) paip aircond dengan air sabun, supaya gas aircond tu kekal ditahap normal (cukup).
  2. Compressor aircond : Semasa mula hidupkan injin kereta tu, pastikan dalam 2/3 minit baru buka aircond tu, dan tunggu dalam 2/3 minit pula baru teruskan pemanduan kereta tu, ini boleh menyebabkan Compressor aircond tu mudah rosak. Selalu cek di bahagian belt aircond, jangan kendur/longgar, ini juga boleh menyebabkan Compressor aircond tu mudah rosak.
  3. Reelay Aircond : Buka aircond (tempat control low hingga high) dengan cara satu tahap ke satu tahap & jangan sekali-kali terus ke tahap high tu, mungkin akan merosakkan relay aircond tu.
  4. Aircond tersumbat : Control kesejukan aircond tu, hendaklan jangan buka ke paras high, bukalah separuh je (tengah-tengah) sebab ini akan menyebabkan aircond tu akan mudah tersumbat (akan jadi air batu kat liang-liang aircond).

Tambahan:
Semasa membasuh kereta, pastikan anda sembur air pada kelajuan tinggi ke bahagian tangki aircond, supaya tidak tersumbat (dapat menyejukkan lagi aircond kereta).

Sistem Aircond Dalam Kereta:
Gas yang panas dari dalam kereta, akan dikeluarkan ke tangki aircond (tangki aircond dekat ngan tangki air tu), disinilah gas yang panas disejukkan dengan udara sekitar melalui celah2 tangki aircond tu. Kemudian gas itu akan menjadi sejuk, gas sejuk kemudian akan dibawa ke dalam kereta. Proses itu diulangi...

Antara kebiasaan yang aku buat dan suamiku ajar ialah,
  • pastikan tutup air cond sebelum mematikan enjin... 
  • pastikan buka air cond selepas satu ke dua minit selepas hidupkan enjin, jangan start je enjin terus buka air cond.
  • kuatkan air cond ikut step, perlahan dulu pastu kalau agak panas baru kuatkan jangan terus buka kuat.
  • yang componen dalam tu, en suamiku rajin la check dan service...
Alhamdulillah 7 tahun dah guna tak pernah bermasalah bab air cond, buka satu pun dah sejuk... 

11Ulasan

  1. terima kasih atas perkongsian. tak tahu pula pasal penjagaan aircaond. biasa biarkan perodua buat kerja.

    BalasPadam
  2. thanks maria for sharing this great piece of info...

    BalasPadam
  3. Bagusla tips ni..CN br berjinak2 dgn kereta sbb br berani drive,hehe

    BalasPadam
  4. tips yang bagus sekali cikgu ^_^ tapi belum ada kereta.. jadi untuk di masa akan datang

    BalasPadam
  5. sama laa.. alhamdulillah. snpjng pkaia kreta ni.. aircond xda buat hal cuma baahgian enjin je laa.. mmm..

    BalasPadam
  6. Mmg selalu kena ingat ni.. aircon takde tengah2 hari hmmm.. masak..

    BalasPadam
  7. tips yang baik. tp selalunya jika dah nak rosak, kita jaga baik2 pun rosak juga. hehe

    BalasPadam
  8. Terima kasih, Maria Firdz, kerana berkongsi panduan ni. Pastikan untuk mengikuti tips ini untuk menjaga aircond kereta dengan lebih baik. Semoga aircond kereta kita semua berfungsi lancar tanpa masalah. Teruskan berkongsi tips-tips berguna lainnya!! 🚗💨

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ