Bil Makan Tengah hari RM17 017 itu Biasa???

“Bil makan tengah hari RM17,017?” Itu perkara biasa jika menikmati hidangan eksotik udang galah dan patin buah di Restoran Samudra Exotic River Fish di Kampung Baru di sini.

Malah, jika orang ramai yang meragui kesahihan harga makanan itu bolehlah berkunjung ke premis berkenaan untuk pengesahan, kata jurucakap Restoran Samudra Exotic River Fish.



"Saya tidak pasti apa tujuan individu yang menyebar gambar itu dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai kesahihannya (resit),” katanya yang tidak mahu dikenali.

Jurucakap itu berkata, pihak restoran enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan beranggapan harga berkenaan adalah perkara biasa kerana membabitkan makanan yang diketahui mahal seperti patin buah dan udang galah.

Sekeping resit yang memaparkan nama Restoran Samudra Exotic River Fish bertarikh 26 April 2014 itu tersebar luas di media sosial menjadi topik perbicangan hangat.

Berdasarkan gambar resit yang dihidang di meja VIP 1 itu, sebanyak 10 ikan patin buah seberat 26 kilogram berharga RM6,877 manakala 50 udang galah seberat 39 kilogram dicaj RM10,140.

Selain daripada aplikasi Whatsapp gambar berkenaan turut tersebar di laman sosial seperti Facebook (FB) dan pengguna memberi pelbagai reaksi terhadap harga makanan yang disifatkan terlalu mahal itu.

Bagaimanapun, terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dinikmati.

"Saya cuma nak cakap, kepada mereka yang banyak memberi komen negatif silalah datang ke kedai dan lihat sendiri harga makanan," katanya jurucakap itu lagi.
Sumber: Harian Metro

Mungkin harga tu untuk kuantiti yang banyak. Memang munasabah bagi aku harga tu, sebab nama pun makan eksotik. Sumber asas makanan tu susah nak dapat bekalan, jadi berpadan la dengan harga tu. Bagi orang yang mampu nak makan, biasa lah kan... Tapi aku, kalau sampai beribu-ribu... erk... tak pe lah... Tapi kalau mengidam pula camne??? Haissh... janganlah mengidam benda-benda yang tak mampu dicapai tu.... Tapi kalau nak menikmati udang galah, aku cadangkan pergi ke Restoran Adam Lai atau Restoran Bisik-bisik... ada dijual udang galah kat situ ea.. Boleh la untuk lepaskan rasa mengidam tu... 

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. tak mampu kalau nak mkn mcm tu punye harga..
    eemmm

    BalasPadam
  2. org banyak duit mkn mahal tuh biasa kot dik... tp akak ipar akak mengesahkan sbb penah mkn kt kedai tuh... n ckp org2 dr luar kawasan mmg suke mkn situ...

    kalu akak, baik lah mkn kt kedai biasa2 tak perlu lah sampai berbelanja gitu kot, bg sedekah lg bagus kalu duit terlebih2 heheheh

    BalasPadam
  3. dont know the whole story, better dont judge kan...

    BalasPadam
  4. syg duit kot klu mkn sampai byk tu..tp klu mkn ramai2 xpela..janji pandai makan pandai bayar hehe

    BalasPadam
  5. Terkejut tgk bil tu...mmg mahal.. rasanya tak mampu kot... makan biasa2 pun takpe...hehe

    BalasPadam
  6. Pada saya, jenis2 udang yg mcm tu mmg mahal.. apatah lagi makan di tmpt2 mcm tu.. klu restoran tu nk menipu takkan dia org kluarkan resit... wallahualam...

    BalasPadam
  7. huiii...ni makan ramai2 memang la harga mcm tu..nak plak kuantiti eh banyak kan...xde yang pelik la...

    BalasPadam
  8. mahalnye..sebulan gaji pon jauh nak lepas bayau tu
    ukur baju dibadan sendiri kan..

    BalasPadam
  9. Kena tengok jugaklah kan kuantiti makanan yg mereka ambil...kena ke x dengan harga yang diberikan.

    BalasPadam
  10. mak oi ! dapat bayar duit muka keta tu ! huhuhu

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^