GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Suara Wanita dalam Islam



Hukum Suara Wanita dalam Islam | Zaman sekarang, ramai wanita melibatkan diri dalam hiburan dan juga lapangan kerjaya yang melibatkan wanita berhadapan dengan orang ramai, tidak kira lelaki atau perempuan. Ramai wanita bekerja sebagai pendakwah, penghibur agama (penyanyi nasyid), guru, pembaca berita, pengacara dan sebagainya. Justeru, apakah status hukum suara wanita dalam kerjaya sebegitu???

Secara umum dan asasnya, melalui satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman di dalam laman webnya, asalnya, ulama berpendapat bahawa suara wanita bukanlah termasuk dalam aurat seperti mana aurat-aurat yang lain. Dalilnya:

أنَّ رسول الله ـ صلَّى الله عليه وسلَّم ـ قال: "يا معشر النساء تصدقن وأكثرن الاستغفار؛ فإنِّي رأيتكنَّ أكثر أهل النار، فقالت امرأة جزلة منهنَّ: وما لنا يا رسول الله أكثر أهل النار؟ فقال: تكثرن اللعن، وتكفرن العشير"..

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majority ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya.." (Riwayat Muslim)

Hukum Suara Wanita dalam Islam


Suara wanita adalah aurat

Namun, hukum ini boleh berubah menjadi aurat apabila suara tersebut mampu menggugat iman lelaki walaupun suara itu digunakan ketika bermesyuarat atau bualan biasa di kalangan umum. Allah juga melarang wanita melembutkan suara mereka, sebagai mana firman Allah di dalam al-Quran:

فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً

Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Haram melagukan dan melenggokkan suara

Para ulama tafsir  menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )

Imam As-Suddi berkata : larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat  ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Berdasarkan dalil ini, apa yang boleh disimpulkan adalah nasyid wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Namun, harus jika diperdengarkan kepada wanita sahaja ataupun kanak-kanak. 

Sebagai kesimpulan dengan penjelasan di atas, suara wanita masih dianggap aurat kecuali dalam keadaan keperluan tertentu. Wanita boleh bersuara di khalayak ramai tetapi perlu mematuhi beberapa panduan:
  1. Menggunakan suara semula jadi dengan lebih tegas dan elakkan suara merayu-rayu dan mendayu-dayu. Ini termasuklah wanita dalam berdakwah, perlu gunakan suara asal yang tegas jika dipertontonkan kepada orang ramai termasuk lelaki ajnabi. Haram melunakkan suara dalam apa jua situasi seperti yang ditegaskan Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 32. 
  2. Bersuara hanya ketika perlu. Elakkan daripada banyak bicara kerana boleh mengundang fitnah. Nyanyian suara wanita adalah ditegah dalam Islam. Oleh itu, lelaki yang mendengar nyanyian suara wanita juga haram hukumnya. 

Hadis Nabi s.a.w
"Sesunguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan nama selainnya dan kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian muzik dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu ke dalam bumi." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Suara Wanita Ketika Beribadah


1) Ingin Menegur Imam semasa solat,

Jika kaum wanita ingin menegur imam lelaki yang tersilap bacaan atau terlupa rakaat dan lainnya. Nabi SAW hanya membenar para wanita mengingatkan imam dengan menggunakan tepukan sahaja.

Hadithnya :-

فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما لي رأيتكم أكثرتم التصفيق من رابه شيء في صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه وإنما التصفيق للنساء "

Ertinya : Berkata Rasulullah SAW , mengapa aku melihat kamu banyak bertepuk apabila ragu-ragu (waswas) dalam sesuatu perkara semasa solatnya. Hendaklah kamu ( lelaki ) bertasbih dan sesungguhnya tepukan itu hanya untuk wanita" ( Riwayat Al-Bukhari, no 652)

Arahan nabi untuk wanita bertepuk bagi membantu imam itu adalah bagi menjaga suaranya dari memesongkan orang lelaki yang sedang solat (Faidhul qadir, 3/281 ; Al-hawi al-Kabir, 9/17)

2)  Wanita dan azan

Imam al-Jassas ketika mentafsirkan ayat dari surah al-ahzab tadi menyebut bahawa ayat ini memberi hukum bahawa wanita dilarang dari melaungkan azan terutamanya jika kemerduan suaranya dijangka mampu mengelodak hati sang lelaki ( Ahkam al-Quran, 5/229 dengan pindaan ringkas)

Demikian juga pandangan mazhab Syafie dan hanbali, dan tidak diketahui ada yang bercanggah pendapat dalam hal ini , kata Imam Ibn Quddamah, ( Al-Mughni, 2/68 )

3) Wanita menjadi imam solat kepada wanita lain atau ketika solat jahar.

Sudah tentu wanita harus untuk menjadi imam kepada wanita lain, tetapi mereka tidak dibenarkan mengeraskan bacaan quran mereka jika di tempat itu terdapatnya para lelaki yang bukan mahramnya. ( Al-Mughni , Ibn Quddamah)

Imam Ibn Hajar berkata : "jika dikatakan bahawa sekiranya wanita menguatkan bacaannya di ketika solat maka solatnya batal, adalah satu pendapat yang ada asasnya" (Fath Al-Bari, 9/509 )

Jelas bahawa suara wanita yang dilagukan atau dalam keadaan biasa apabila melibatkan soal ibadah hukumnya dilihat semakin ketat kerana dibimbangi menggangu ibadah wanita itu terbawa kepada kerosakan kaum lelaki yang lemah ini. Kerana itu disebutkan

فرع : صرّح في النوازل  بأنّ نغمة المرأة عورة..ولهذا قال عليه الصلاة والسلام : ( التسبيح للرجال  والتصفيق للنساء ، فلا يحسن أن يسمعها الرجل . )

Ertinya : Ditegaskan bahawa suara wanita yang dilagukan adalah aurat ..kerana itu Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya tasbih untuk lelaki , dan tepukan khas untuk wanita, maka tiada harus didengari ‘tasbih' wanita oleh si lelaki" ( Syarh Fath  Al-Qadir, 1/206 )

4) Suara wanita dan talbiah Haji

Ijma ulama bahawa wanita tidak mengangkat suaranya kecuali hanya setakat didengari olehnya sahaja, demikian pendapat Ato', Imam Malik, Syafie, Hanafi Awzaie ( AL-Um, 2/156 ; Al-MUghni , Ibn Quddamah, 5/16 )

Kesimpulannya:

  • Suara wanita adalah aurat jika melibatkan lelaki ajnabi di khalayak umum.
  • HARAM melunakkan suara di khalayak ramai.
  • Suara wanita menjadi tidak aurat dihadapan suami.
  • Haram wanita bernasyid dan bernyanyi dikhalayak umum.
  • Haram lelaki yang mendengar lagu dendangan wanita.
  • Wanita perlu keraskan suara (tegas) ketika berbicara di hadapan orang ramai yang bercampur lelaki dan wanita untuk mengelakkan fitnah. 
  • Jadi, bagi yang bekerjaya sbg guru, pemberita, penyampai radio dan sebagainya yang melibatkan khalayak umum wajib gunakan suara asal dan tidak boleh melunakkan suara termasuklah dalam berdakwah dan menyampaikan ilmu. 
So, buat blogger atau influencer berwaspada bila buat video review dan sebagainya.. Takut-takut rezeki kita jadi syubhah nanti... Sekadar mengingatkan ya...

Rujukan: 

6Ulasan

  1. kita ni,kalau cakap sehari2 kalau sengaja melembutkan suara depan lelaki ajnabi..boleh jatuh haram...hati2 selalu

    BalasPadam
  2. ngantuk ni..tp singgah sini jenguk tuan blog :) hehe

    BalasPadam
  3. Thanks sharing info ilmu ni.. anak saya yg ke 3 mmg suka sgt nyanyi. Baru darjah 4 tp dah sibuk2 nk join nasyid sekolah pulak.. dah lah perempuan.. adehh...

    BalasPadam
  4. Info yg berguna.....kat rumah mmg selalu tukar suara tarzan...hehe...tanv kejut anak solat subuh

    BalasPadam
  5. thanks for sharing this...menabung laneige sin...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  6. Nak tnya. Apa hukum muslimah menyanyi di hadapan perempuan non-muslim?

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ