Tak ke Mana Berlumba di Dunia

Korang pernah tengok filem Mami Jarum yang pernah popular satu ketika dulu... Banyak nasihat dalam filem tu.. Antara yang nak ditunjukkan dalam filem tu ialah resam atau sikap masyarakat kita iaitu suka berlumba dan jenis tak boleh tengok orang lain lebih dari dia... 

Orang buat rumah baru, dia nak buat rumah baru...
Orang beli sofa baru, dia nak sofa baru...
Orang beli tv baru, dia nak tv baru...
Orang beli handphone canggih dan mahal, dia nak handphone canggih dan mahal...
Orang beli baju cantik, dia nak baju cantik...
Sumber: Google Images
Begitulah sikap orang sebegini... Dia tak boleh tengok orang lebih dari dia... Aku ada gak perasaan ni dulu, tapi masa belajar dulu kat sekolah.. Aku tak senang duduk ada orang lebih tinggi markahnya dari aku.. Tapi aku kira masa jadi pelajar wajib ada sikap ni, sebab dari situ kita bersaing dan berusaha... Tapi bila bab melibatkan harta dunia...tak usahlah bazirkan wang dan harta semata-mata nak bersaing dengan orang lain... Ada yang sanggup berhutang sebab nak puaskan nafsu sendiri.. 

Dalam Islam, perasaan iri hati sangat tak digalakkan... sebab banyak kesan buruk seperti dendam, pergaduhan dan permusuhan... Tapi dalam dibenarkan iri hati iaitu:

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “T harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredai oleh Allah SWT) dan orang yTidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah SWang dikurniakan oleh Allah SWT ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan hadis) serta diajarkannya pula kepada orang lain.” (Hadis riwayat al-Bukhari) 

Dari hadis diatas, dapat disimpulkan dalam Islam dibenarkan perasaan iri hati iaitu ke atas dua golongan:
  1. Iri hati kepada orang yang ada harta dan membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai Allah seperti sedekah, waqaf dan sebagainya.
  2. Iri hati kepada orang yang ada ilmu agama dan disebarkan ilmu kepada orang lain... (ibarat macam guru kan... ada ilmu disebarkan pada orang lain [pelajar], sebab tu tak heran la ramai orang dengki dgn cikgu kan... hehe)
Moga kita tiada perasaan nak berlumba-lumba dalam mengumpul harta dunia yang tak ke mana... Sebaiknya biarlah kita berlumba-lumba mengerjakan sebanyak mana amal sebagai bekal di akhirat sana... 

8 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. alhamdulillah sy takde perangai macam ni, zaman study dulu mmg ada spesis yg tamak ilmu nak share ngan membe

    BalasPadam
  2. iyerlah kan dunia ni tempat sementara sahaja.

    BalasPadam
  3. betul tu.. mama setuju sangat...

    BalasPadam
  4. betul tu...suka konsep entri nie dear :)

    klik nuffnang :)

    BalasPadam
  5. Berlumba mengejar dunia mmg x ke mana.. berlumbalah meninggalkan dunia mengejar akhirat.. peringatan buat diri sendiri juga. T kasih

    BalasPadam
  6. ada... mmg ada org yg mcm ni...

    btw semoga kita tidak tergolong dalam golongan mcm tu.

    amin!

    BalasPadam
  7. biarlah hidup bersederhana asalkan hidup bahagia

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama