Main-main Bawa Maut

Parit Buntar: “Saya meluru ke belakang kereta dan sebak apabila melihat anak saya dalam keadaan melutut sambil memegang selipar manakala kepalanya terhimpit di dinding rumah.

“Apabila kereta digerakkan ke depan, tubuhnya jatuh dan kepalanya berdarah. Selepas diperiksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.” 
Demikian kata Mohd Ali Hussin, 53, ketika menceritakan tragedi kematian anak bongsunya selepas seorang lagi anaknya yang baru berusia empat tahun cuba memandu kereta miliknya.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Taman Kerian, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam dan mangsa, Mohd Adam, berusia dua tahun maut di tempat kejadian.

KESAN percikan darah jelas kelihatan pada dinding rumah.


Mohd Ali berkata, sebelum kejadian, anak keempatnya, Aiman Yasin, dipercayai mengambil kunci kereta miliknya tanpa disedari ahli keluarga lain.

Sumber: Harian Metro Online

Memang tak boleh nak bayangkan... ngeri rasanya... pengajaran untuk semua... simpan kunci kereta di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.. Diorang ni cepat belajar dan ingin mencuba sesuatu... Peringatan untuk daku juga... 

10 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. ye la sis, kenit dengar kat radio pagi tadi rasa terkejut dan sedih.

    BalasPadam
  2. sedih kan.Al-Fatihah kat arwah.baru 2 tahun.

    BalasPadam
  3. inalillah... astagfirullah.... tak dpt akak nk bayangkan dik... camne lah dia blh bg bdk umur 4thn bwk kete... msti dia penah bg kt anak dia tu bwk kete sblum2 nih... kalu akak lah, msti rasa menyesal tak sudah2...

    semoga jd pengajaran pd kite kan, jgn cuai n ltk kunci kete sembarangan

    BalasPadam
  4. kat tempat sue neh huhuhuhu

    BalasPadam
  5. seram sejuk baca berita td.. alfatihah buat keluarga mangsa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuat dugaan utk kluarganya kn.. Alfatihah..

      Padam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama