GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Lebih pentingkan cerdik dari adab...

Saja aku nak isu kan sikit pasal cerdik dan adab ni... Situasi masa sekrang dan cara pendidikan ibu bapa pada anak2... Insha Allah ini juga sedikit input yg aku dapat dari seminar dua hari pernah aku hadiri minggu lepas...

Realiti hari ini... Ibu bapa lebih mementingkan kesihatan dan kecerdikan serta kecemerlangan akademik anak-anak berbanding adab dan agama... Sebab tu sampai ada yang war-warkan produk utk tambahkan kecerdikan dan kecerdasan minda anak-anak... Sebab tu juga iklan susu tu berlumba-lumba pentingkan Dha dan perkembangan otak si anak sejak kecil...

Tapi sangat sedikit ibu bapa yg pentingkan adab dan agama... Berdasarkan pengalaman aku sebagai cikgu pendidikan Islam... Sangat sedih kot bila ibu bapa yg datang amik report card... Hanya kisahkan subjek2 akademik... Tapi tak kisah pun anak dia dapat markah rendah dalam agama... Janji cukup makan atau lulus ok lah tu... Tapi kalau subjek2 sains, matematik, bahasa... Dapat rendah disoal selidik si anak kenapa dapat rendah...

Sedih kan... Pendidikan agama di pinggirkan... Macam tu dari kecik tak ditekankan agama... Ada orang perli aku dan suami... Kononnya aku dan suami agak kejam sebab aku pakaikan faiqah tudung sejak umur dia setahun lebih masa tu... Prinsip aku... "melentur buluh biar dari rebungnya".. Biarlah org nk kata aku kejam... Tapi memang aku tegas bab adab dan etika...

Kecerdikan boleh diperbaiki... Boleh digilap dan boleh diajar jika tak cerdik... Tapi jika adab dan agama buruk... Tak mampu dah nak ubah... Melainkan kena usaha dgn usaha yg keras dan mohon hidayah Allah...

Biar tak cerdik dan tak pandai sgt asalkan ada adab dan budi bahasa... Serta agama... Tak de org nak tanya... Owh... Dia ada Phd de master luar negara tapi adab kosong... Tak bernilai bagi aku org macam tu walaupun de phd atau award sekalipun...

Bodoh boleh diajar... Tapi adab dan akhlak yg buruk... Boleh ke nak ajar org??? Susahkan
.. Jika yg membaca entry ni kurang bersetuju atau terasa aku mohon maaf... Tapi aku nak kita semua berfikir.. Semua org nak yg terbaik utk anaknya... Jangan harapkan anak soleh/solehah jika tiada usaha ke arah tu... Anak soleh/solehah bukan terletak pada sijil dan kepandaian...tapi adab dan agamanya... Fikir2kan da  selamat beramal...

Published with Blogger-droid v2.0.10

3Ulasan

  1. Mmg ada org yg bila terlalu cerdik dia jadi bodoh sebenarnya jika tidak diselangi iman & adab..

    BalasPadam
  2. adab sopan dibentuk dari rumah
    moga bila datang ke sekolah, jadilah seorang budak yg baik
    bila orang rumah ignore pasal adab...hmmmm sukar nak lenturkan buluh yg dah keras
    kalau nak mengharapkan di sekolah mengajar mengenai adab...susah jugak kan..dgn bebudak yg ramai

    Jemput join & menangi hadiah bernilai RM550
    Giveaway Butik Comel Collection

    BalasPadam
  3. Betul tu maria rasanya dari kecil kita ditekankan untuk score dalam pelajaran, tapi tak semua parents yang mahukan anak dia score dalam mengaji dan solat...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ