GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kisah di Hari Raya - Part 2

Sambungan kisah raya part 1...

Esok pagi...kedengaran takbir raya.. Alhamdulillah.. syukur dapat nikmati hari raya kali ni bersam keluarga tersayang... keluarga besar kami... Alhamdulillah.. pepagi dah kelam kabut berebut bilik air... Bilik air de dua pun tak cukup lagi.. 

Selesai semua bersiap... kami berkumpul... bersalam sesama ahli keluarga... mohon ampun dan maaf atas salah silap... dan lepas tu bapa aku bacakan sedikit doa selamat... Selesai semua, bersurai untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.. 

Yang tinggal di rumah, siapkan juadah untuk hidangan tetamu... Selesai semua, mak aku ziarah kubur dulu... lepas tu baru kami berkumpul semula untuk bergambar... Sesi bergambar bermula... Masing2 ceria...dan gembira... Tema tahun ni keluarga aku ialah Kelabu..iaitu warna pilihan aku dan suami kali kedua selepas cari baju silver susah nak jmpe... tapi last pilih hijau je, sebab tu je baju yg de untuk Faiqah.. tak pe lah.. tema tu penyeri.. kang semua kelabu jerebu lak jadinya kan,,, hehehe...
Our Big Family... ^_^

Bergambar dengan mak dan pak

kaum wanita bergambar dengan mak dan pak

Keluarga kecil kami.. ^_^

Kami 7 beradik... ^_^
Alhamdulillah... selesai sesi bergambr.. cepat2 kami tutup pintu.. sebab nak keluar beraya ke rumah sanak saudara... destinasi pertama ke rumah Pak Long atau Cikgu Shaari a.k.a Shaari A.B (Abg belah pak)... tak jauh pun.. 4 buat kereta kami konvoi bersama... lepas beraya rumah Pak Long, terus ke rumah Mak Long (kakak belah mak)... 

Kemudian, beraya plak rumah Abg Din (Anak sedara pak)... Lepas makan2 dan sembang2 masing2 penat dah... balik semua ketiduran dan kepenatan serta kekenyangan.. Tamat lah sesi beraya hari pertama.. petang plak..sesi melayan tetamu dan sank saudara plak datang... Alhamdulillah.

Itulah kisah raya kami yg tak seberapa... Raya kedua keluarga aku dah kurang ... masing2 dah balik ke rumah dan ada yg dah bekerja pun... Aku berada di kampung sampai raya ke-4.. raya ke-4 kami ke Sg. Petani rumah kakak aku... Raya ke-5 gerak balik KL semula... 

Tapi ada kisah lain disebaliknya lepas balik ke KL... nanti sambungan nya ea... 

11Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ