Last Week Before Raya

Salam semua.. cuti dua hari, dua hari aku cuti tak ngadap laptop.. mmg tahu dah... sebab tu aku sediakan entry autopublish je banyak2.. ni nak cuti pun kena gak standby entry autopublish... Insha Allah.. 


Wah.. ni minggu terakhir sebelum raya menjelang kan.. Bahang dah rasa dah kan.. Bila dah dekat nak raya, maknanya Ramadhan hampir berlalu.. waaa...sedih nya Ramadhan dah nak habis.. kejap je rasa kan.. Tapi itulah putaran alam.. Moga Ramadhan kali ni berkualiti dari sebelumnya kan.. 

Bila minggu akhir ni.. Ramailah rakan-rakan aku termasuk aku sendiri yang berada di perantauan menghitung hari nak balik kampung... Kampung dah melambai-lambai dah kan.. Hadoii.. mood pun dah ke mana.. Nak kerja pun kena gagahkan diri... zikir banyak2 supaya tak longlai.. 

Di akhir Ramadhan gak, mood dan selera aku agak lesu, sebab rindukan lemang, ketupat palas dan serunding... Haduihai.. parah anak rantauan ni kan.. 

Di akhir Ramadhan gak, mood jadi sensitif sikit.. jangan la tayang gambar kuih raya atau jangan dengar lagu raya.. sebak kot kalau dengar.. hhu.. tapi en.somi memang dah standby lagu raya satu folder, nak pasang masa perjalanan balik kampung... 

Dan moga akhir Ramadhan ni penuh dengan keberkatan akhir Ramadhan.. dan usaha untuk dapatkan bonus raya tercapai... 

Ok, kerja..kerja..kerja.. 


Nota ungu: Maunya cikgu nak ada mood, anak murid suruh citer pasal raya je... diorang lagilah takde mood.. dan pasti sudah aku busy sikit la minggu sebab Majlis Khatam akan di adakan.. memang rutin ustaz ustazah semua sekolah seluruh Malaysia dah ni... Moga dipermudahkan puasa kita di akhir-akhir Ramadhan ni.. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. sama la ngan sy kak.. macam kejap je puasa ni..dah nak raya..tak sanggup pula rasanya..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^