Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
Kesan suami peluk isteri!

Kesan suami yang peluk isteri

1. Panjangkan umur suami

Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.


``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s. a. w.

2. Mengurangkan tahap kolesterol 

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

3. Bantu turun berat badan isteri


``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

4. Awet muda dan menarik

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.


Sumber: Facebook 

Hebat Allah ciptakan lelaki dan wanita berpasangan dan perkahwinan. Itulah hebatnya kesan suami yang peluk isteri.


Isteri lebih bahagia jika dipeluk selalu. Tak perlu kata apa-apa.. Amalkan pelukan ini 7 kali sehari untuk rumahtangga harmoni.. Insha Allah.


Gaduh tu ada.. Tapi insha Allah.. Tak lama.. Gaduh-gaduh Sayang...


8 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. itulah nikmat bila dah berkahwin kan kak... segala yang dibuat adalah pahala... ena ni entah sempat entah tidak nak merasa berumah tangga ni

    BalasPadam
  2. hari hari berpelukan...oopss..terlebih sudah... he he he...

    BalasPadam
  3. peluk selagi boleh dipeluk.. hahaha..

    BalasPadam
  4. Lepas ni kena mintak peluk sllu lah..haha:)

    BalasPadam
  5. hehehe..betul tu kak.. sekadar boleh luah gitu je la..kawin tak lagi..heheeh

    BalasPadam
  6. cuma tak boleh peluk sangat time nak pergi kerja, kang terlewat lak pergi kerja itu bahaya heheheh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama