Jatuh Air Mata Ibu bila Diuji dengan Anak

Bohong aku katakan seorang ibu tak pernah menangis kerana seorang anak.. Pasti pernah menangis sejak dari kecik hingga dewasa kan... 

Kata-kata renungan..
Sumber: google images.. 

Air mata ibu seorang yang pertama kali mengalir ialah selepas melahirkan anak, air mata syukur... 
Seterusnya, air mata ibu akan mengalir seiring dengan ujian dan nikmat yang Allah berikan... 

Air mata ibu akan mengalir dari sekecil-kecil ujian hingga sebesar-besar ujian.. 
Tambah-tambah jika diuji dengan anak sakit, kesusahan mencari pengasuh sedangkan kita bekerja..
Aku dah puas menangis bila diuji macam ni... Tapi air mata dan sentuhan hati ibu tetap ada... 
Tambah aku ibu yang bekerja, bila diuji begini, terus down dan rasa nak berhenti kerja..
Suamilah penguat semangat aku... 

Itulah.. 
Kecik ujiaanya lain dah besar ujiannya lain..
Bila renungkan ujian yg Allah berikan ia tak lah sebesar ujian yang Allah berikan kepada Ibu Nawal Iris yang meninggal di dalam kereta ibunya .. itu tersangat besar dugaan sebagai seorang ibu... Aku rasa aku pun tak mampu nak lalui sebagai mana ibu itu lalui.. 

Tapi..
Bila aku renungkan kata-kata Allah dalam al-Quran Surah al-Baqarah ayat 286:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya...."

Maknanya Allah tahu aku kuat.. Allah sayang aku... 
Ya Allah.. Tabahkan hatiku dan kuatkan semangatku.. 


Nota Ungu: Rasa down dan xde mood nak blogwalking hari ni.. Mohon maaf buat semua teman... 

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Saya harap Ka Maria banyakkan bersabar dan bertawakal kepada Allah ye. Setiap ujian dan dugaan itu terkandung hikmah yang kadang tak terjangkau dek pemikiran kita. Bermulanya pahit dan akhirnya manis andai kita benar2 redha dengan ketentuan Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. it's ok dik.. biasa je.. xde pape lah... bukan luahan hati sgt pun, tapi hakikat seorang ibu, pasti pernah jatuh air mata kerana seorang anak kan... :)

      Padam
  2. semoga terus tabah dan sabar menghadapi dugaan.. Insya-Allah, Allah akan bersama orang yang sabar.. pesanan untuk diri aiza juga..

    BalasPadam
  3. moga tabah dan sabar yea. ujian dr Allah untuk org2 yg dia syg.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^