Sentimental Value of Letters

Pernah dapat surat cinta??? Apa perasaan korang bila dapat surat cinta??? Beza tak rasa dapat surat cinta dgn SMS cinta??? Mesti bezakan...


Semalam aku layan satu drama sempena Hari Bapa tajuk "Surat Dari Bawah Pintu" di TV9. Best citernye.. Kisah seorg bapa yg sibuk meluahkan rasa kasih syg dan minta maaf melalui surat yg diselit dr bawah pintu.
Tabiat dan cara si bapa ni dari zaman bercinta hinggalah zaman dia ada anak... Begitulah cara dia tunjukkan kasih syg dia pd anak dia. Hinggalah satu hati kengkwn satu kolej si anak terjumpe surat2 ni dalam kotak di bilik si anak perempuan dia. Teruklah si anak diejek oleh kengkwn di kolej. Dari hari tu...dia marahkan bapa dia dan menyruh bapanya berhenti menulis "the stupid letters".

Bapanya mmg sedih... Dri berutus surat ke cara moden... Iaitu whatsapps, sms, chat, kakaotalk dan mcm2 aplikasi lagi... Memang janggal tapi dia belajar demi anak dia.. Tapi dari situ anak dia beljar sesuatu... Dia terasa kehilangan... Macam ada x kena. Bapa dia malas mesej macam nak tak nak je... Dri situ dia belajar menilai betapa surat bapa dia tu sgt bernilai...walaupun cara tu dianggap lapuk.

Hinggalah dia sendri nak minta maaf.. Tapi sebab satu insiden..bapa dia masuk hospital dan rupanya bapa dia hidap penyakit Alzimer...iaitu penyakit lupa... Dan sebb tu dia selalu je lupa apa2 janji dia sejak zaman dia bru khwin dulu... Tapi satu ayat buat aku tersentuh hati... "walaupun dia lupa janji temu, tapi dia tak pernah lupa tulis surat utk Nayla".. Nayla tu nama anknye..

Sejak tu lah dia menghargai surat2 yg bapa dia bagi. Memang menyentuh hati drama ni. Tapi moral of the story: nak citerkan.. Walaupun zaman sekarang moden ada macam2 cara komunikasi tapi cara lama seperti surat dan kad ucapan tetap ada nilai sentimental yg tak boleh digambarkan.

Sebab tu...antara cara nak mencuit hati suami atau isteri..cuba selitkan surat cinta pada baju ke...buku ke.. Beg kerja dia ke... Mesti akan ada satu perasaan yg indah.. Lebih berharga dari nilai emas dan wang ringgit nilai surat cinta yg ditulis dari hati dgn penuh kasih syg.

Sebab tu juga kad raya pun ada sentimental value nye.. Seronok dapat kad raya berbanding e-card atau SMS kan.. Kegembiraannya tu lain.. Sama gak dgn kad jadi atau kad ulangtahun... Sebab nilai sentimental tu ada dalam kad dan surat yg diutuskan.

Surat bukanlah kuno atau lapuk tapi ada nilai sentimental yg tersendiri. Kadang2 terlalu moden buatkan kita lupa yang surat adalah pengganti diri dikala rindu bertamu...

Jom kembali ke zaman persuratan...



Nota Ungu: sesekali ada juga aku kirimkan surat utk si suami walaupun satu rumah...saja utk naikkan sentimental value... Yang lama tetap bernilai dan tak lapuk dek zaman...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Huu... tersentuh la pulak..

    Ada betulnya... klu bertulis, kenangan tetap segar, dn boleh dibelek berulangkali...

    Meh kita mulakan semua.. :-)

    BalasPadam
  2. aah kann
    bila baca smpai nak habis meremang dan sayu hati ..

    sungguh besar kasih saya bapa , walau lupa dia x pernah lupa nak tulis surat ! ...

    bestnyaaa siapa lah pelakon dia kan ;)

    memang rindu saat kirim kad raya dulu2 .. skrg kad raya dah semakin sepi bila ada internet yg canggih manggih nie huhuh

    BalasPadam
  3. Jujur surat memang dah tak ada dlm keluarga kakak tapi kalau kad itu masih ada lagilah...

    Kalau nak mulakan pun macam malu eh hihi...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kak, buat sheila sedih la entri ni.. sheila selalu dapat surat bawah pintu daripada adik bongsu sheila. kadang2 sepotong ayat, 'terima kasih' buat sheila terharu kak...

    BalasPadam
  5. Akak pun tgk gak citer tuh semalam.. sedeykan..tapi mmg laa kalau yang realiti seperti kad atau surat mmg ada sentimental value sebab boleh simpan sampai bila2kan.. :)

    BalasPadam
  6. nory dgn Abi suka main conteng white board...setiap pagi gi kerja, nory tulis siap2, nnt Abi balik, dia sambung tulis2 lagi kat whiteboard tu..hehehe

    BalasPadam
  7. aiseh terlepas la nk tengok

    BalasPadam
  8. betul la ada sentimental value... encik hubby saya lamar saya pun pakai surat yang diselit dalam buku rujukan saya... huhuhu

    BalasPadam
  9. mesti cite tu touching sungguh kan?saya tak berani nak tgk..kang leleh ayaq mata..hehe

    betul tu kak.sy dulu hntar kad raya tau kat tunang.masa tu belum tunang lagi. segan jgk. tp sebab nak dia simpan buat kenangan.tp tak tau la dia smpan ke x..hehe..

    BalasPadam
  10. betol.. antara msg dengan berutus surat nilai dia lain. sekarang pun kalau kalau posmen hantar surat kita kita excited je.. yeaah dapat surat.
    kad2 birthday, surat2 6 7 tahun lepas masih elok hana simpan. msg2 ni xdanya simpan2 sebab tukar hanset lah. memory penuh a

    BalasPadam
  11. setuju..mmg 'lain' sgt surat dan bingkisan berbanding mesej2 zmn moden ni..

    salam perkenalan dari saya..:)

    jemputlah singgah di http://ummuamar.blogspot.com

    BalasPadam
  12. rasa romantik bila dapat surat :)

    BalasPadam
  13. Hi Maria, Bahasa saya da out of tune, sebelum Merdeka, ha ha....but agree with you the sentimental value of letters.
    Email and letters are different.
    Believe it or not, a letter with only my name, no address found me where I am now, after 30 years!
    Written by a lady friend.

    Tiga puluh tahun....terperanjat la saya, a faded letter from the past.
    And presently I am blogging about it.
    You have a fun weekend and keep a song in your heart.
    Lee.

    BalasPadam
  14. tak sempat nak tengokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk :'(

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^