GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Berkat Doa Isteri Buat Suami Perokok Tegar


Lepas kuliah subuh tadi, seorang pakcik bercerita "Ustaz... Saya dulu perokok tegar... 20 batang sehari.... 26 tahun merokok !! Tapi sekarang dah berhenti sepenuhnya sejak tahun 2006."

Saya tanya ''Kenapa ?'' Beliau menceritakan " Ini berkat doa isteri saya ketika kami ke Mekah pada tahun 2006.''

Pakcik tersebut meneruskan ceritanya lagi '' Saya tanya isteri apa yang dia doakan untuk saya....'' Kata isteri saya '' Sepanjang di Mekah, saya tak henti-henti berdoa moga Abang berhenti merokok...."

P/S : Kepada para isteri yang suaminya perokok tegar, jangan putus asa, teruskan berdoa dan berdoa. Kalau boleh, bangunlah di sepertiga malam dan berdoa kepada Allah memohon kasih dari-Nya agar suami tercinta berhenti daripada merokok.

Buat para suami pula.. Kasihanilah isteri anda. Anda sebenarnya sedang mempertaruhkan nyawanya. Ini kerana, asap rokok yang dihembus, 5x ganda lebih mengancam nyawa orang yang menghidu berbanding nyawa anda yang menghembus. Kasihilah kami..

sumber : Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Aydrus
entry autopublish

3Ulasan

  1. Yang penting kita ikhlas dengan doa kita kan...kerana Allah lebih maha mengetahuinya :)

    BalasPadam
  2. kebanyakan lelaki perokok tak sayang suami dan keluarganya

    BalasPadam
  3. thx sharing..
    asben mmg hisap rokok, cuma x pernah hisap @ hembus dpn kami anak beranak..
    dia x kan tjk dia hisap rokok, blkg ja dia hisap tp dia mmg bg tau dia hisap rokok, hehe

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ