Aset Penting Bagi Seorang GURU

Salam Rabu... Rabu datang dngan kata-kata... 
Agak2 apa aset terpenting bagi seorang cikgu???
Kereta? Rumah? Pelajar? Kejayaan Pelajar? Anugerah Cemerlang? Pangkat?

Semua tekaan di atas salah... dan jika itu yg difikirkan dan dalam kotak fikiran anda, memang salah dan salah..
Sebenarnya, aset terpenting seorang guru biasa di sekolah biasa ialah SUARA..
Sumber: google images

Kenapa aku katakan SUARA???
Sebab sebagai cikgu, suara tu aset terpenting bg dia. Tanpa suara cikgu tak boleh nak mengajar. Tak boleh nak berikan penerangan.
Kehilangan suara, sakit tekak tu perkara biasa bagi cikgu. Aku ingat lagi, kawan aku yg baru posting gak, hilang suara selama seminggu dan diberi cuti oleh doktor. Sebab kalau g sekolah pun tak leh nak ajar. 

Macam aku juga, sakit tekak akibat jerebu barangkali.. Semalam, berangan tak nak mengajar dan bercakap, cuma nak beri latihan.. tapi aku tak boleh tahan, mesti kena juga bercakap.. dan padahnya aku tak larat dan batuk berterusan dan makin perit tekak.. 

Semalam dah telan VCO a.k.a Minyak Kelapa Dara Bioasli... Alhamdulillah.. dh kurang sikit peritnya.. 
Itulah.. suara dan tekak aset terpenting bagi seorang guru.. guru tanpa suara, memang tak leh nak jalankan Pengajaran dan Pembelajaran la.. Lain lah kisah dengan cikgu Pendidikan Khas kan.... itu kes lain.. Ni aku kisahkan bagi guru biasa di sekolah biasa.. 

So, semua cikgu ibarat penyanyi, kena jaga suara supaya tak hilang... kena minum air suam banyak2 dan kurangkan ais.. hehe

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. besar pengorbanan guru ni kan...memang betul pun suara adalah aset terpenting seorang guru...

    get well soon dear...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^