Recents in Beach

Pump Mahal bukan faktor Kejayaan dalam Breastfeeding

Alhamdulillah... perjalanan penyusuan Susu Ibu kepada Faiqah Mu'affah semakin mencabar bila hampir ke puncak... lagi beberapa bulan aje lagi.. moga aku tabah... Lama kan tak citer pasal susu ibu... Kali nih aku nak share sikit pasal Breast Pump... sebab bila aku membaca pengalaman org, melihat org sekeliling dan pengalaman sendiri... Aku teliti apa faktor kejayaan penyusuan susu ibu...
Pump impian ibu2 yg ingin fully breasfeeding... termasuk aku la tu... :)

Pump yang mahal bukan faktor satu2 penyusuan ssu ibu tu akan berjaya hingga ke puncak... Pakailah Pump mahal mana pun, tapi andai kata tiada rezeki susu ibu, maka tidak berguna.. Kemudian, jika ada rezeki susu ibu pun... pump bukan faktor kejayaan juga, sebab tanpa niat, keyakinan dan semangat serta diiringi doa, penyusuan susu ibu susah nak berjaya.. 

Sepanjang aku bf faiqah, banyak cabaran aku tempuh, namun Alhamdulillah aku lalui dengan tabah... kena kuat semangat dalam bf anak nih... memang kalau tak kuat mmg down rasanya kan... Pump hanya pemudah cara, membantu kita bf dengan mudah bagi ibu bekerjaya.. Jika suri rumah, tak perlu pump yang mahal.. teknik marmet lebih mudah sebenarnya... seronok dan buat kita teruja.. Aku siap tengok video amcam mana nk marmet.. 

Pump yang mahal adalah lebih kepada pemudah cara, lagi mahal, lagi mudah guna dan cepat masa kita nak pump.. tu je... tapi pump bukan faktor susu jadi bnyak.. So, bagi yg baru nak mula mengepam,... jangan taksub nak cari pump yg mahal smpai berhutang.. kalau mampu teruskan membeli... Aku pun ada gak cita2 nak beli yg mahal dan terkenal tu... Madela Free Style... cuma tgk la.. jika Spectra 3 dan Unimom Mezzo tu masih mampu berkhidmat, aku guna je lah yg tu... Tak salah nak beli kalau anda mampu... Cuma jangan taksub sangat dengan pump yg mahal... kerana ia bukan faktor utama kejayaan dlm breastfeeding... 

Doakan aku berjaya utk susukan faiqah smpai 2 tahun....



Nota Ungu: Tak sabar nak smbut merdeka tahun ni... hehe... (ada makna tuuu)

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. alamak..tatau apa nak komen..take note as general info je laa..hehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^