Tertipu angkara FACEBOOK

Ada lagi kes penipuan internet..ingat dh reda...yang pelik masih ada yg percaya dan tertipu lak tu... Hmmm...kalau aku mmg jnis ssh nk pcya kat org... Tmbah2 kwn2 dr internet... Tapi ni lah dikatakn cinta itu mmbutakan hati...

MELAKA - Dua wanita mengalami kerugian lebih RM160,000 setelah diperdaya melalui Internet oleh warga Nigeria yang menyamar sebagai lelaki kulit putih.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Melaka Supt Soh Hock Sing berkata dalam kes pertama, seorang suri rumah berusia 52 tahun kerugian RM155,343 selepas berkenalan dengan seorang lelaki melalui laman sosial Facebook sejak Jun 2012.

Beliau berkata lelaki terbabit menyatakan akan mengirim hadiah seperti barang kemas dan wang tunai kepada wanita tersebut sebagai tanda kasih sayang.

"Mangsa kemudian dihubungi suspek mendakwa barang berkenaan ditahan pihak berkuasa kerana terlalu bernilai dan mangsa perlu membayar sejumlah wang untuk melepaskan barang tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Melaka di sini hari ini.

Katanya mangsa kemudian memasukkan wang terbabit melalui lima transaksi ke dalam lima akaun berasingan termasuk milik seorang wanita tempatan berusia 55 tahun.

Soh berkata menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis pada 22 Feb lepas sebelum seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan.

"Hasil siasatan, wanita terbabit mengaku berkenalan dengan seorang lelaki warga Nigeria dan diarah membuka akaun dan mengeluarkan wang diterima selain menerima komisen berjumlah RM250 daripada suspek," katanya.

Katanya polis kini giat memburu lelaki yang terlibat dalam penipuan itu.

Dalam satu lagi kes, seorang wanita yang merupakan pembantu stor di sebuah syarikat elektronik di sini berusia 38 tahun kerugian RM10,500 setelah diperdaya dengan taktik sama.

Soh bagaimanapun berkata pihaknya berjaya menahan seorang wanita tempatan berusia 33 tahun dan seorang lelaki Nigeria berusia 28 tahun setelah menerima laporan polis pada 18 Jan lepas.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 19 kes penipuan melibatkan Internet dilaporkan sejak Jan lepas hingga kini melibatkan kerugian berjumlah RM240,925. - Bernama

Sumber: berita sinar

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. kes saya dulu bukan warga Nigeria.... tapi warga Malaysia sendiri... haihh... berjanji semua bagai... bila fikir2 balik... how stupid am i at that point of time...

    BalasPadam
  2. huhuh, sebab tu kene berhati-hati dlm idop nie ;) jgn mudah tertipu

    BalasPadam
  3. @Farah Waheda Wahidwah.. akk de pngalaman.. hmm.. mujur akk cepat tersedar kan.. ALhamdulillah...

    BalasPadam
  4. @вʋввℓɛ ρσρƨbtul.. kdg2 syak wasangka tu penting juga...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^