Cuti Singkat Yang Bermakna

Salam dan selamat petang... Alhamdulillah.. hari ni baru smpat nak mencoret dan buka lappy... Saja nak kisahkan percutian aku dan keluarga yg kami tak rancangkan pun, secara ad hock je cutinya.. 


Percutian singkat yang bermakna, kali ni aku ajak suamiku ke pantai timur sebab usia ku dah menginjak 26 tahun, tapi masih belum pernah jejak kaki ke sana... Walaupun tahu sana musim hujan dan banjir, tapi tu halang kami ke sana.. Hajat aku nak tengok tempat orang.. So, petang lepas solat JUmaat, kami bergerak ke Terengganu.. 

Alhamdulillah, perjalanan lancar dan smpai malam dh, dalam kul 10 malam di Kuala Terengganu, mencari hotel murah untuk berteduh, kami bermalam di Hotel Alamanda... RM80 je.. cukuplah untuk berteduh.. memang tak elok sgt hotelnya.. tapi untuk betulkan pinggang boleh la.. malam tu tak hujan.. harapan esoknya tak hujan.. Tapi hujan tak berhenti.. 

Dalam hujan2 tu, kami gerak jugak ke, tempat yg org selalu g, iaitu Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal.. Dapat pelawaan dari rakan di Kuala Terengganu, tapi tak dapat pergi la.. sebab hujan, pastu kami nak meronda lagi tempat2 lain di sepanjang perjalanan balik.. 

Lepas melawat masjid kristal dan taman tamadun Islam, terus gerak balik, cadangnya nak bermalam di Cherating, tapi mesti xde hotel atau chalet yg kosong kan.. so, terus ke bandar kuantan.. Namun, masih tiada tempat berteduh, hotel murah pun penuh.. so, husband terus kata, jom kita g hotel murah taraf 5 bintang di Bentong je.. Hotel Kristal Bentong, hotel biasa, tapi dalamnya sgt luas dan best.. Murah je, tapi memang puas hati lah bg taraf hotel murah.. 

So, malam kedua kami bermalam di Bentong je.. Bentong dan kami tak dapat dipisahkan.. Pekan kecik yg xde apa2 tu bg pndangan org lain, sgt best bagi aku dan suami.. banyak memori indah kami kat situ.. Lepas ronda2 Bentong, terus gerak balik.. Faiqah macam tak selesa dah.. mungkin dia dah rindu rumah la tu.. 

Sebelum Asar, kami smpai ke rumah.. Alhamdulillah.. percutian yang singkat tapi penuh makna.. Memang kami banyak jenjalan je, tak shopping apa2 pun sangat, cuma beli magnet utk kenangan di Terengganu semasa di Taman Tamadun Islam... 

Cukuplah percutian yg singkat dan ringkas  itu.. tapi sangat bermakna bagiku... 

Catat Ulasan

2 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^