GuidePedia

0
TAdi masa on the way balik dari sekolah.. memandu sambil melayan Radio Sinar.fm... memang tu jelah radio yg ku suka layan petang2 sbb bila petang de zikir dan nasyid.. tenang je... Tapi dalam masa sama de buletin sinar.. 

Sumber gambar: google

Salah satu buletin, kisah pasal sistem AES yg akn diperkenalkan oleh JPJ... HUii... ada yang tak setuju.. kenapa ek??? Sistem AES, iaitu satu sistem yang akan merakamkan dan merekodkan kesalahan pengguna jalan raya terutama yang melanggar lampu isyarat dan melebihi had laju.. 

Sebab apa tak setuju?? Sebab kononnya, kerajaan nak telan duit la katanya, kira nak menyaman org je,,, itu alasan org selalu buat salah la bagi aku.. Lau kita tak pernah buat salah, nape nak takut. Lagi pun, tujuan utama, boleh juga elakkan kemalangan..sebab utama kemalangan jalan raya ialah dari sikap pemandu... 

Aku, ok je kot..sebab memang ramai sanagt buat kesalahan jalan raya... setiap hari aku memandu, memang kena zikir je.. kena istghfar dan ingat Allah.. sebab rasa geram dgn sikap pengguna jalan raya... tak bagi isyarat dan langgar lampu tu biasa la lau kat KL ni..termasuk la pemandu kenderaan awam... (teksi/bas).. 

Ku harap, memang perlu la buat sesuatu... sebb mmg susah nak ubah sikap pemandu jalan raya.. bila kna saman, kata polis ni tak bertimbang rasa la.. padahal. lau x salah, xde nye polis tu rajin nak tulis saman kan... 

Sikap memang susah nak ubah... hatta yg pakai songkok aji pun, kat jalan raya tak cermin kan dan menggambarkan dia bersongkok aji... 
Thanks for reading: Sistem AES tak diterima! Kenapakah???

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top