GuidePedia

1
Cuti sekolah dah hampir, tetiba ku rajin plak nak bina satu segmen untuk follower2 dan blogger sekalian...

Segmen ni bermula 03 November 2012 hingga 10 November 2012... 

Cara-caranya :
  1. Buat satu entri bertajuk "Segmen: Pantun Teka-teki bersama MyFirdz" dan linkkan ke entri ini
  2. Letakkan banner di atas ke dalam entri. Untuk dapatkan URL banner, right klik dan klik kt save image as atau klik KAT SINI.
  3. Jawab pantun Teka-Teki  MyFirdz dengan pantun 4 kerat.
  4. Bila siap, tinggalkan link URL entri yang dibuat tadi ke dalam ruangan komen entri ini.
  5. Semua URL yang ditinggalkan akan dipublishkan oleh MyFirdz... 
Meh jawab sini meh:

Soalan 1:
Beras bendang akhir tahun
Pakat himpun isi guni
Dalam batang sumbat daun,
Dalam daun padat isi.
Klu: Sejenis makanan

Soalan 2:
Nampak gebu perut berlabu
Dalam bilik tempat beradu
Masuk berpintu keluar tak tahu
Dilarang main kalau tak perlu
Klu: Benda di dalam bilik tidur

Soalan 3:
Kayu mati, tali mati
Halaman redup tempat menari
Kalau berani cuba mengerti
Campak hidup, pegang mati
Klu: Sejenis permainan tradisional

Soalan 4:
Bukan cempedak, bukan nangka
tumbuk ayak dari beras
Kalau bijak cuba teka
Buah masak naik ke atas
Klu: Sejenis makanan tradisional

Soalan 5:
Kaki lapan kepala lima
Yang dibawa berselimut rapi
Tuju hadapan langkah bersama
Jangan ketawa cuba mengerti.
Klu: Amalan Fardu Kifayah dalam masyarakat Islam

Sesiapa saja boleh join segmen ni.. jawapan mesti dalam bentuk pantun ya.. 
Selamat menjawab dan semoga berjaya... sama2 perah otak ea... hihi... 
Thanks for reading: Segmen: Pantun Teka-teki bersama MyFirdz

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top