Recents in Beach

NIP: Nursing in Public

Salam malam.. hehe.. ayat baru... malam yang santai2.. sebelum mata melabuh kan tirai.. terasa nak mencoret sesuatu lak.. 


Sumber gambar: google... 
Tadi siang..de terbaca pasal isu NIP, atau Nursing in Public.. dalam bahasa Melayunya menyusukan anak di tempat awam.. jika susukan guna susu botol, it's ok.. xde masalah.. tapi yang jadi isu menyusu badan la.. Dulu pernah gak, isu ni diutarakan oleh seorg blogger lelaki popular la.. tapi dh lama gak la.. itu pandangan dia sbg lelaki, suami, bapa.. tapi ni pandangan aku sebagai wanita, isteri dan ibu..

Sebenarnya, bagiku tak ada masalah nak menyusukan anak di tempat awam, sebab:
  • Pertama, banyak tempat2 awam dan shopping complex sediakan tempat menyusu bayi.
  • Kedua, menjaga aurat, tidak terselak dan terdedah bahagian badan yang tidak sepatutnya.
  • Ketiga, banyak dah baju menyusu yang direka untuk mudahkan penyusuan susu ibu.
  • Keempat, banyak sudah dan pelbagai jenis cover untuk menyusu.
  • Menyusu adalah hak anak, perlu cuba semua di atas, barulah kita katakan tidak kepada NIP.
Antara lima2 yg aku senaraikan di atas tu, hanya no.2 je yang mmg ku lakukan.. ku tak pernah beli baju menyusu... semua pakai blouse, baju kurung atau jubah. Cara yang aku gunakan, labuhkan tudng.. sebab mmg sedia aku bertudung labuh melebihi dada, itu sebab Allah suruhkan.. itulah hikmahnya.. kemudian, cari tempat tersorok dan suami cover... 

Sepanjang aku menyusukan faiqah, xde masalah untuk NIP.. jika nk shopping amik masa yg lama gak kan.. so caranya, aku susukan Faiqah dari start naik kete, hingga ke destinasi yg nak dituju... so, bila smpai je, perut dia dah kenyang, dan dia boleh lena dengan senang hati, aku dan suami juga senang nak membeli belah. So, tak perlu nak risaukan hal itu.. 

Senang sebenarnya NIP, tapi ramai yg kurang yakin, malu dan takut org nampak.. sebanrnya, kita mmg sebolhnya tak nak org tahu kita menyusu, so, pandailah cover macam mana tak nak org perasan yg kita tgh menyusu.. Alhamdulillah.. spanjang tempoh penyusuan, tak pernah bawa EBM atau FM ketika pergi berjalan2 atau shopping.. sebab susu semula jadi sudah tersedia.. 

So, kena kuatkan smgt dan yakin diri untuk NIP,,, betulkan niat insya-Allah, Allah permudahkan urusan kita dalam memberi hak yang terbaik utk anak kita.. insya-Allah... ^_^

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. aurah perlu dijaga...tu yang utama. kadang wanita ibu menyusu ni selamba dedah je benda yang kat dada tu... takde rasa malu... tu lah wanita sekarang, kurang kualiti sebab hilang rasa malu.

    bukannya nak usaha, cari tempat, cari baju, pastu jadualkan masa... tahu bila anak merengek depan public pun leh tunjuk aset. tak kira lah yang menutup aurah atau yang tidak menutup aurah...

    tu termasuk juga dlm bab gangguan seksual pada lelaki. jangan persoalakan lelaki pasal pe tengok, dah sibuk tayang ! usaha

    BalasPadam
  2. Antara 2 faktor utama yang buat ibu2 segan nak menyusu di public. Satu bab takut aurat terdedah. Dua orang pandang semacam. Hehe. Tapi kita bukannya buat benda salah pun ye dak. Bagi anak makan, dapat pahala tu. Kang baby meraung lagi sakan. Hehe

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^