Manusia yang Pentingkan Diri Sendiri!!!

Susah jika jumpe manusia yang pentingkan diri sendiri ni.. tak hiraukan persekitaran org awam.. mencemarkan hidung, mencemarkan mata..huhuh..

Nada marah.. aku bukan saja marah, tapi kecewa yang amat. mau tak nya.. petang tadi sewaktu aku dan suami bawa Faiqah g jenjalan kat Taman Tasik Titiwangsa.. bawa la Faiqah main2 di playground kanak2.. seronok tengok kanak2 bermain.. tapi lepas tu aku kecewa.. 

Kecewa atas dua sebab, dikelilingi dengan  manusia yg pentingkan diri sendiri.. iaitu yang pertama PEROKOK... walaupun anda perokok... hormatlah.. tu tempat mainan budak2.. janganlah nk jadi pembunuh senyap kat situ.. kesian lah anak2 kat situ.. amat tak sesuai merokok di situ, sebab tempat yg penuh dgn org awam terutama kanak2.. huhu.. dalam hati, rasa malas dh nak g tempat macam ni..


Kedua.. kecewa dengan sikap wanita2 yg tak reti jaga sensitiviti mata org lain. sakit mata aku dengan sorg pumpuan ni.. bangsa Melayu, tapi bogel.. dah la sarat mengandung.. pakai baju yg amat sendat dan sluar legging.. nmpak segalanya... kiranya dia berpakaian sbb nak tutup kulit bukan tutup aurat.. org lain pkai gak legging, tapi baju longgar dan labuh sikit.. tapi pmpuan ni tak pkai macam tu.. mmg sakit mata.. 

Disebabkn kecewa, tak lama lepas tu aku dan suami terus balik je.. sebab tak nk lagi dok bersengkokol dengan manusia yg pentingkan diri ni.. huh.. Agak2 lah nk buat macam tu, jika yg terjadi tu sedara, mak bapa adik beradik sendiri, agak2 anda rasa macam mana.. huh.. mmg tak faham aku dgn manusia sebegini.. maaf jika ada yg terasa dgn entry ni.. tapi.. ibarat kata2 Nabil kan.. "Lu pikir la sendiri"!!!

p/s: tu lah sebab, kdg2 lebih baik berkurung je kat rumah dari keluar rumah.. huhu

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. yaaa that true.. coz sbbkan cara pemakain yg xsptutnya, membuatkan nafsu lelaki membuak2..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama