Penghinaan Buat Guru itulah Dugaan Kami

Salam dan selamat petang... saja menghabiskan masa petang mendengar ceramah motivasi sambil dengar2 dan pandang2...

Sejak dua menjak ni rasa terkilan sebab banyak sangat yang terjadi pada kami yang bergelar profesion perguruan... adakah usaha kerajaan tak menjadi menyebabkan orang ramai terus menghina dan menghentam kami sebagai guru... 

Banyak aku jumpe kat Facebook la terutamanya...memang sedih tapi reda... aku ada bincang2 dengan cikgu2 senior pasal kes org hina ni terutama dari kalangan cikgu la tak kan cikgu plak nak hina cikgu..habis sangat dia ngumpat je...tapi dia cool balik.. tapi kebanyakkan org luar la yang hina.. Ada dari kalangan kerjaya lain bukan cikgu dan ada yg ibu bapa. 

Aku pegang kata2 cikgu senior aku kata... buat apa kita nak takut kan.. Allah tahu keikhlasan kita. Biarlah org nak pertikaikan apa kita buat, kita manusia biasa sama macam org lain.. ada kehidupan juga.. tapi kerja kita selagi kita Ikhlas..Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil... 

Tapi aku nak pesan.. tak kan da keberkatan jika org yg hina guru...guru ni tarafnye tinggi mcam ibu bapa, mcam ulama dan mewarisi tugasan dan kerja Nabi.. iaitu menyampaikan ilmu.. walau seburuk mana pun cikgu ni, tapi taraf dia tetap tinggi... 

jangan menghukum guru, sebab guru manusia biasa... ibarat "dalam setandan pisang pasti ada yang buruk juga".. 

Tapi tak tahu la sampai bila perkara ni nak berlarutan...rasa macam takde kesudahan sebabnya, memang orang yg nak menyampaikan ilmu akan menghadpai dugaan dan cabaran..macam yang Nabi s.a.w hadapi ketika sepanjang perjalanan dakwah baginda... So sebagai guru, amik ikhtibar dengan apa yg terjadi.. betul juga apa yg mereka kata, tapi mereka tiada hak nak menghukum kita sedemikian kan..sebab kita ada undang2... dan aku nak tegaskan GURU BUKAN MALAIKAT... sebab itulah mentaliti masyarakat kita, cikgu mesti tahu semua benda, mesti prefect.. itu tanggapan yg salah sebab guru sama cam kerja lain, cuma kami berhdapan dengan cabaran dengan memanusiakan manusia... so, guru memang insan terpilih... 

tak semua guru, jadi cikgu sebab cita-cita, tapi memang dipilih Allah.. saya jadi guru, asalnya sebab paksaan ibubapa, lama2 saya jatuh cinta dengan kerjaya guru..




p/s: Di sini aku share la aku amik dari facebook.. bukan tujuan nak aibkan sapa2 tapi untuk kita semua fikir dan nilai diri kita sendiri... setiap org de pendapat dan pandangan masng2...

Cume yg blogger pompuan tu je yg minta maaf.. tapi yg dua org tu lagi, xde dah bila cikgu2 ni cari diorg kat facebook.. tak tahu nyorok kat mana... Aku sebagai guru.. aku maafkan blogger tu.. bertindaklah dengan akal bukan emosi..

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Jangan menghina orang lain seolah-olah diri anda tu sempurna sangat...cermin diri banyak-banyak yer..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama