Ampun Untuk Mu

Semalam.. xde keje.. sambil mengemas layan drama Melayu.. lama tul aku tak tengok TV.. teringat ari ni hari Rabu ka.. ada drama melayu kat TV9.. Tengok tajuk macam best je.. pastu awal2 citer pun menarik.. pelakonnye pun yang popular dan aku suka tgk lakonannye.. Maimun Talib, Zamarul Hisham, Eira Syazira.. pastu dua tiga lagi pelakon yang tak famous sgt.. 

Tapi kisah drama ni memang menyentuh hati betullah.. memang nangis gak aku bila part klimaks citer ni.. Mula macam ok.. lama2, macam geram je dekat Eira tu yang maki2 laki dia.. Hui.. sabar tul Zamarul tu.. Lepas Zamarul kemalangan lumpuh kaki, lagi la dia maki hamun...

Pastu bila smpai part yang aku paling sedih bila kawan Zamarul penagih dadah tu dtang tuntut hutang... Adoyai.. sedih beb,... bila eira kena r***l.. memang tragis .. kesian tul tgk ank dia nangis2 tu.. memang sebak giler la.. Lepas adik eira tu datang, dan akhirnya bawa diorang balik kampung jumpe mak diorang untuk minta ampun.. 

Pengajaran memang banyak dalam drama ni.. Dalam drama ni, ada kisah sumbang mahram, iaitu eira jadi mangsa bapa dia sendiri.. aku tak sure la kn kot bapa tiri ke apa, sbb tgk part yg Zamarul belasah bapa dia tu.. Pastu kisah, kahwin tanpa restu, Eira kahwin lari dengan zamarul.. sampaikan mak dia marah dan tak nak mengaku anak.. 

Kemudian, pengajaran dendam dalam hati mak dia, mak dia tak leh tenang, sebab ikatan ibu dan anak kuat... Seorang ibu tak boleh dendam dengan anak... walaupun anak melukakan hati dia.. sebab Allah Maha Pengampun dan Dia yang berhak membalas segala perbuatan... Mak eira berdegil tak nak maafkan walaupun hakikatnya apa yang terjadi kat keluarga eira tu, adalah balasan Allah juga.. kwan zamarul yang penagih dadah tu mmg baik, tapi bila sampai satu tahap, dia jadi jahat juga akibat dadah. 

Tapi akhirnya, barulah mak dia tahu kes sumbang mahram tu.. Sebab tu lah zamarul marah benar dengan bapa dia, sampai nak bertetak parang.. Dan ending citer ni, bermaafan di malam raya.. Itulah... best citer ni, dan banyak pengajaran.. Drama2 gini memang aku layan, pasal kekeluargaan.. lau pasal cinta.. malas nak layan... tambah2 citer cinta remaja.. lagi lah malas... sebab aku pun dah dewasa kini kan.. 

ok.. pen off here... nak g sahur.. wssalam.... 

Catat Ulasan

0 Ulasan