Curi je potong tangan...

salam n selamat malam.. rasanye ni entry last aku kot ari ni... Tadi masa dok scroll wall kat FB, nampak satu gambar pasal hukuman mencuri menurut Islam... huhu... ngeri tu gambar tangan kena potong... tapi tetiba gak buatkan aku terinagtkan projek sarjana muda aku dulu berkaitan dengan hudud mencuri... 

Apa perasaan korang tengok gambar ni???
Credit from FB

Sebenarnya, hukuman dalam Islam bukanlah untuk tujuan menghukum, tapi lebih kepada pengajaran.. Sebab tu jika kita teliti betul2, Islam ni syumul, tapi org yang tak faham pasal hukuman ni kata kejam.. tapi bukan aku nak ulas pasal tu.. cuma apa yg nak aku kongsikan sedikit ilmu ku dpat masa buat projek akhir tu.. 

Sebenarnya, dalam melaksanakan hukuman dalam Islam tak semudah disangka.. pelbagai prosedur yang ditentukan berdasarkan nas Al-Quran dan Hadis serta Ijmak Ulama'... Contoh hukuman mencuri, ada had2 yang boleh dikenakan... bukan kata asal mencuri terus kena potong tangan.. Lau mcm tu lah persepsinya amat2 lah bahaya sbb org akan cop Islam ni kejam.. 

Pastu, masa proses nak potong tangan tu, ustz aku ckp, pesalah tak kan rasa sakit, sebab tangannya akan disentap untuk longgarkan sendi tangan tu... dan hukuman dalam Islam tak disorok tapi dipertontonkan pada org ramai sbg pengajaran... Contoh lau hukuman zina, kena sebat depan org awam.. org ramai akan datang ramai2 utk tonton... Tujuannya utk bagi pengajaran.. pasti si pelaku akan insaf sbb malu, pastu sbb disebat utk menjaga kesihatan dan elak penyakit HIV... (korang leh cari kt gugel pasal ni... )

Tapi sejak aku baca, kaji dan teliti masa buat projek akhir sarjana aku tu, mmg rasa indah sangat Islam.. Islam sangat menyenangkan umatnya.. Tapi aku tak nak komen kenapa kat Malaysia tak leh buat... Tapi apa pun ketentuan Allah dalam al-Quran, ada hikmah dan kebaikan utk Manusia kerana Allah Maha Pengasih kepada Makhluk-Nya... 

Catat Ulasan

0 Ulasan