24 Perkara JANGAN lakukan


Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. 
Terdapat 24 perkara yang JANGAN dilakukan yang seharusnya kita ambil ikhtibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri:- 
  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S.W.T. 
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar), dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah dan sumbing, makhruh kerana ia membahayakan. 
  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh, makhruh dan mewarisi kepapaan. 
  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 
  6. Jangan makan tanpa membaca بسم الله الرحمن الرحيم doa makan, nanti makanan yang dimakan adalah muntah syaitan. 
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan, takut-takut mati dalam perjalanan. 
  8. Jangan memakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan, makhruh dan mewarisi kepapaan. 
  9. Jangan biar mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 
  10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja, banyak buruk dari baiknya. 
  11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa 
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 
  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan, nanti rosak silaturrahim. 
  14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S.W.T. dalam setiap kerja kita, nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal. 
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah, sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki. 
  16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa. 
  17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita. 
  18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S.W.T.
  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia, akhirat lebih utma dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat. 
  20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan. 
  21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin. 
  22. Jangan lupa membaca بسم الله الرحمن الرحيم dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama. 
  23. Jangan memakai tangkal kerana AALH S.W.T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepada-NYA. 
  24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH S.W.T. itu lebih mengetahi. Yang baik itu adalah dari ALLAH S.W.T. dan yang buruk itu dari hambanya juga. Wallahallam

Catat Ulasan

0 Ulasan