GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Penyusuan Susu Ibu: 1 Jam Pertama, Menyelamatkan 1 Juta Bayi

Kepentingan 1 jam pertama

* Kolostrum mengandungi kesemua nutrien termasuk IgA yang diperlukan bayi (bayi memerlukan khasiat kolostrum walaupun dalam jumlah yang sedikit di saat kelahirannya) serta bertindak sebagai imunisasi pertama bayi.

* Membantu menghasilkan susu yang secukupnya kepada bayi bagi keperluan penyusuan yang seterusnya.

* Tindakan refleks semasa proses penghisapan (yang amat kuat dalam tempoh satu jam pertama selepas kelahiran) membantu bayi melekap ke payudara dengan sempurna.

* Menghalang ibu daripada mengalami pendarahan selepas bersalin.

* Sentuhan kulit ibu dan bayi semasa proses penyusuan ibu membantu mengekalkan suhu badan bayi terutama yang lahir pramatang dan kurang berat lahir.

Dr. Jamiyah memetik kata-kata yang dibentangkan oleh Prof Madya Syed Zulkifli, ‘‘Janganlah hari ini kita menangguh hasrat menyusukan bayi. Biarpun banyak perkara boleh ditangguhkan tetapi tidak untuk anak-anak kerana pada masa inilah tulangnya terbentuk, darahnya terhasil dan derianya merasa.’’


Sumber: Utusan Malaysia

0Ulasan