Recents in Beach

Kebaikan susu ibu

Susu ibu bukan sahaja menyediakan kesemua zat protein, gula, lemak dan vitamin yang diperlukan bayi untuk menjadikannya sihat tetapi faedah-faedah lain yang tidak terdapat dalam susu formula.

Ia membantu melindungi bayi daripada serangan sesetengah penyakit dan jangkitan. Disebabkan bahan-bahan perlindungan yang terdapat di dalam susu ibu inilah, anak-anak susuan ibu jarang diserang penyakit serta menghadapi masalah ini.

Antaranya, jangkitan dalam telinga, alahan, muntah, cirit-birit, radang paru-paru, bunyi ronkus, bronkitis dan meningitis.

Lain-lain kebaikan susu ibu, mudah dihadam bayi, tidak perlu disediakan malah boleh diberi pada bila-bila masa saja, tidak memerlukan perbelanjaan serta bagus untuk alam sekitar kerana tidak menggunakan botol, tin dan kotak.

Melindungi ibu & anak

Sementara itu, Dr. Syed Zulkifli pula menambah, apa yang menarik mengenai penyusuan ibu juga ialah sentuhan fizikal ibu dan anak yang mampu mengeratkan kasih sayang.
Beliau menambah, ia melindungi ibu dan penting untuk kesihatan ibu, menjarakkan kehamilan dan tiada kos bagi susu ibu.

Proses penyusuan ini juga mampu membakar banyak kalori dan membantu mengembalikan semula berat badan dengan lebih cepat, mengurangkan risiko mendapat kanser ovari dan membina kekuatan tulang.
Bagaimanapun menyusukan bayi sahaja tidak semestinya bermakna menghalang kehamilan. Selain itu, ia juga membantu rahim mengecut dan kembali kepada saiz asalnya dengan lebih cepat.

Menurut Dr. Zulkifli lagi, penyusuan susu ibu juga melindungi bayi daripada penyakit kronik seperti penyakit alahan dan asma.

Beliau berkata dengan penyusuan ibu ini, bererti wanita telah berjaya mengurangkan kos dalam perbelanjaan rumah tangga kerana tidak memerlukan modal.

Jelas Dr. Syed Zulkifli, ibu-ibu boleh meninggalkan susu sendiri di dalam botol-botol dan disimpan di dalam peti sejuk di bahagian bawah atau dingin beku bergantung kepada masa ia diperlukan.

Susu ini boleh digunakan oleh anak walaupun ibu berada di tempat kerja. Susu juga boleh dicairkan perlahan dalam bekas air suam. Dapatkan nasihat pakar atau kaunselor mengenainya.

‘‘Perlu diingat, susu ibu tidak boleh dicairkan dengan dididih atau direndam dengan air panas, kerana ia akan menghilangkan zat-zat yang tertentu,’’ jelas Dr. Syed Zulkifli lagi.

Susu ibu juga tidak boleh dicairkan di dalam ketuhar gelombang mikro atau di atas dapur kerana ia boleh menjejaskan khasiat susu dan kepanasannya pula mencederakan bayi.

Semua wanita boleh menyusukan bayi mereka dan pastikan 1 jam pertama dan seterusnya itu tidak dipersiakan begitu sahaja sahaja kerana khasiat susu awal itu atau kolostrum.

Beliau juga berharap pihak majikan menyediakan ruang atau tempat ‘mesra wanita’ bagi ibu-ibu memerah susu dan menyimpan di peti sejuk sebelum pulang ke rumah.

‘‘Ini juga membuat pekerja wanita berasa selesa dan tenang dalam menjalankan tanggungjawabnya di pejabat,’’ kata Dr. Syed Zulkifli lagi.

Kepada wanita di luar sana, beliau menasihatkan mereka agar mengamalkan gaya hidup sihat, makan makanan yang berkhasiat, elak minuman berkafein dan alkohol serta tidak merokok.

Polisi penyusuan susu ibu Malaysia
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur enam bulan.

Sumber: Arkib Utusan Malaysia

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. terjumpa e-book percuma ni, tentang menyusu dalam bahasa Melayu … sharing is caring :) - Buku Menyusu Dengan Yakin

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^