Recents in Beach

BERKHASIATKAH SUSU ITU???


Salam semua.. di pepagi buta ni, terasa nak mncoret... mata tak pula menunjukkan tanda nak pejam.. so, aku terus celikkan mata dengan mengepos entry2 yang bernas... J

Berkhasiatkah susu itu??? Tajuk entrynya mestilah fasal susu, bukan susu cap junjung, atau susu santan kelapa, atau susu tin, tetapi SUSU IBU.... Susu ibu anugerah bagi setiap wanita bergelar ibu... Nikmat dan rahmat serta rezeki bagi seseorang insan bernama wanita yang terpilih untuk menyusukan bayinya... sebab x semua wanita mampu dan mendapat nikmat dan rahmat untuk menyusukan bayinya sendiri.. Aku Alhamdulillah, hingga kini, masih mampu menyusukan anak kesayangan ku dengan susuku sendiri...

Berkhasiatkah susu yang kita beri pada anak kita??? Berkhasiat yang aku tekankan di sini, bukan dari segi nutrisi untuk badan, tetapi adalah khasiat untuk nutrisi hati, iman serta akhlak anak kita setelah dewasa... Susu yang mengalir dari tubuh badan ibu, juga berperanan membentuk akhlak anak kita sebenarnya... Jika waktu mengandungkan, pelbagai, doa, surah dan pantang larang yang kita amalkan semata-mata nakkan niat kita dan impian kita untuk melihat anak kita menjadi anak yang soleh solehah.. tetapi adakah amalan itu berterusan hinggalah dia mencapai umur yang boleh ditaklifkan oleh hukum syarak???

Sebenarnya, sewaktu menyusukan bayi, dan semasa proses penyusuan kita kepada bayi, selama mana kita memberi susu bdan kepada bayi kita, dan selama mana kita mendidik dan bertanggungjawab sepenuhnya pada anak kita, selama itu juga, ibu wajib menjaga, akhlak, tutur kata, amalan, pemakaian, cara hidup yang berlandaskan syarak jika benar2 inginkan anak yang soleh solehah.. Contohnya, jika ibu sendiri tak menutup aurat, bagaimana kita nak membentuk akhlak ke arah anak soleh solehah??? Jika ibu bapa sndiri bercakap tidak sopan, bagaimana kita nak membentuk anak menjadi orang bersopan??? Ini sesuai dengan pepatah lama “Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul”..

Jadi, jika kita ingin susukan bayi, pastikan susu kita berkualiti dari segi moral, akhlak dan aqidah Islam subur lahir dari kita sendiri.. kerana, susu yang diminum membentuk darah dan daging... dan dari itu akhlak akan terbentuk di smping pembentukan perkembangan mengikut fitrah.... apa yang ku perhatikan ramai yang berlumba-lumba nak susukan bayi tetapi alangkah baiknya jika kita niatkan susu yang kita berikan dapat membntuk peribadi dia lebih baik dari kita sndiri supaya anak kita nanti dapat mendidik diri kita juga suatu hari nanti...

Artikel dan coretan ni sy tulis berdasarkan satu ceramah di Radio.. waktu tengah memandu ke tempat kerja... so, apa yang sy fikirkan baik, sy kongsikan... wassalam...

~Pen off here~

Catat Ulasan

0 Ulasan