~ 6 Bulan Makan ~

Salam semua...

Entry kedua ku pagi ni.. de idea dan masa sikit nak coret entry ni... 
Faiqah dan menginjak usia 6 bulan.. membesar dgn susu ibu sepenuhnya... hanya lagi seminggu je lagi dia nk masuk usia 6 bulan.. Namun sekarang kepala ku dan suami dah memikir, makanan dan resepi untuk anak kami.. Maklumlah dari gayanya Faiqah jenis yang berselera je makan.. Sekarang dia bergantung sepenuhnya kepada susu ibu.. Alhamdulillah mencukupi.. 

Sekarang, aku hanya ajr dia merasai buah,,, buah anggur hitam dibelah dua dan diletakkan dilidahnya.. cap3.. tulah bunyi yg dia keluarkan masa menikmati buah anggur... Memang selera je tengok dia makan... Lepas ni ummi kena lagi rajin sbb kena masakkan Faiqah pula... Aku ada join satu group yg khas utk baby yg mula nak makan... Solid & Semisolid Food for Baby di Facebook...

So, aku ada panduan yg bagus utk aku gunakan ketika sampai masa Faiqah nak makan nnt... Jom tengok..



PERINGKAT PERTAMA
Umur : 6 bulan
Kemahiran: Mula menerima makanan pepejal
Jenis Makanan: Makanan lembut
* Bubur nasi dikisar
* Bijirin untuk bayi (jenis beras)
* Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek atau dikisar.
Jumlah & Kekerapan:
* 2 -3 sudu besar untuk setiap hidangan. (Waktu makan)
* 2 kali dalam sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap

PERINGKAT KEDUA
Umur: 7- 8 Bulan
Kemahiran: Mula belajar mengunyah
Jenis Makanan: Makanan lembut
* Bubur nasi
* Bijiran untuk bayi
* Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek.
* Isi ikan, daging dan ayam yang telah dimasak dan lecek.
* Makanan yang mengandungi susu.
- Keju, puding susu, krim keju
* Telur masak. Cuba dengan jumlah yang sedikit dahulu.
* Jangan beri putih telur sehingga mencapai umur 12 bulan kepada bayi sekiranya terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah alahan atau bayi mempunyai ekzema.
Jumlah & Kekerapan:
* Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 2/3 cawan (cawan saiz 250,l) dan kemudian ke ¾ cawan pada setiap hidangan
* 3 kali sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.

PERINGKAT KETIGA 
Umur: 9-11 Bulan
Kemahiran: Makan sendiri
Jenis Makanan: Makanan yang dipegang sendiri (dicincang) atau lembut.
* Nasi
* Bijiran bayi
* Sayur yang dimasak, dan dipotong kecil.
* Buah
* Ikan, daging dan ayam
* Susu dan hasil tenusu
keju, puding susu, krim keju.
* Telur, melainkan sekiranya ada alahan
* Kekacang yang dimasak lembut
- kacang panggang dan tauhu
Jumlah & Kekerapan:
* Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 3/4 atau ke 1 cawan pada setiap hidangan.
* 3 hidangan makan utama (sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam) dan 1 snek antara waktu makan utama, diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.

PERINGKAT KEEMPAT
Umur: 1-2 Tahun
Kemahiran: Makan sendiri
Jenis Makanan: Makanan keluarga yang diubahsuai
* Pelbagai jenis makanan keluarga yang sihat seperti : campuran nasi dengan ikan atau ayam dan sayur.
* Daging cincang
* Makanan yang kurangkan berempah.
* Makanan segar (tidak diproses)
* Kurangkan garam, gula dan lemak.
* Teruskan penyusuan susu ibu.
Jumlah & Kekerapan:
* 3 hidangan makan utama setiap hari (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
* 2 snek antara waktu hidangan makan utama.

Kredit from:  

Jadual Panduan Pemakanan Mengikut Umur by Ar Rayyan Mall Ainazatulirqnazidah in Solid & Semisolid Food for Your Baby


Catat Ulasan

0 Ulasan