Breaking

Januari 31, 2012

.: ASMA ITU INDAH :.

Salam semua... Hari ni rasa nak mencoret sbb dua tiga ari asyik dok skodeng blog2 org je... sebenarnya banyak tajuk entry nak coret tapi macam malas sikit, xde mood nak menulis... Tajuk entry tu gimik je.. jangan terpedaya dengan entry kali ni... kisah aku dan asma...
Beza peparu org normal dan pesakit asma
Asma yang aku mksudkan bukanlah kawan atau sahabat aku yang bernama asma, bukan juga Asma’ul Husna, mmg la Asmaul Husna tu indah, tapi asma yg aku maksudkan adalah penyakit aku iaitu serangan asma yang telah menyerang aku dan menjadi pendamping setia aku sejak aku melihat dunia hinggalah kini aku memiliki anak berusia 5 bulan, asma tu sentiasa menemani aku.. tapi dia x serang aku setiap masa Cuma sekali skala...

Kenapa aku katakan asma itu indah, sbb asma itu penyakit yang mmg x semua org akan dapat, aku syukur sbb Allah bg aku penyakit ni, kerana, aku sedar diri, yang aku lupa Allah ketika aku senang dan Allah ingatkan aku dengan memberi aku serangan asma... Asma yg aku alami adalah penyakit keturunan, iaitu warisan dari nenek belah mak aku... dan aku seramai 7 beradik mewarisi penyakit itu. Tetapi yang paling teruk, aku lah... sbb nenek aku meninggal masa umur aku baru 20 hari.. itu kata mak.. So, kira harta pusaka la, nenek aku tinggalkan...

Asma aku ni, dah bermacam-macam jenis ubat makan dan dah bermacam-macam petua diamalkan, kesannya Cuma dalam jangka masa pendek, bukan jangka masa panjang, paling lama aku x diserang asma selama setahun sewaktu aku stdy kat UTM dulu..  So, aku mmg malas nak layan lau org nak promote produk kat aku, sbb aku mmg redha sakit ni ada pada aku... dah imun dan dh x kisah...

Selepas kahwin, aku kena gak asma, tapi x teruk sgt, masih bertahan dengan inhaler, tetapi malam sabtu dan ahad baru2 ni, aku diserang dengan teruk, hingga waktu tu mmg x sedar dh, hanya ingat mati dan suamiku dah ajar mengucap smbil mengalir juga air mata lelaki melihat isterinya derita sakit begini.. Alhamdulillah, Allah masih bagi aku peluang untuk hidup, aku masih bernafas, tetapi hari isnin memang kena masukkan gas juga, ke hospital juga pagi isnin dan MC lah aku hari tu... suamiku pun terpaksa juga MC, tetapi dia dapat bos yg prihatin, siap bosnya dtg nk melawat aku lagi..
Tangan dicucuk untuk masukkan ubat, gambar kecil: ubat-ubatan sbg bekalan...
Ari ni, aku sihat sikit tetapi dgn bekalan ubat yg bertahun aku x penah sentuh, kali ni, aku kena telan sebanyak 12 biji ubat sekali makan, kenyang ubat lah aku pas ni... hehehe...

Fakta Penyakit Asma PICIT SINI