Recents in Beach

Susu Sikit... Macam mana ni...???

Salam semua...

Apa khabar, blogger2 dan follower2 saya?? harap semua sihat dan bahagia selalu disampaing insan2 yang tersayang.. entry sy kali ni, kisah dan kerisauan yang melanda, ibu-ibu dan mungkin bakal ibu tentang sumber makanan utama bayi mereka iaitu susu ibu...

Saya bkan nak ceritakan hal, susu saya yang sikit... sebab susu saya x banyak dan x sikit sebab, sederhana, dan Alhamdulillah sehingga saat ini, masih mencukupi untuk keperluan anak saya Faiqah Mu'affah... dan saya sentiasa doakan, susu ini terus ada hingga akhir hayat saya, untuk saya susukan anak2 saya yang akan datang pula... 

Sedikit hal dan perkongsian ringkas, macam mana nak susu yang maintain banyak dan mencukupi untuk bayi kita.. walaupun saya masih baru dalam ilmu keibubapaan dan susu ibu ni, dengan ilmu dan pengalaman sahabat-sahabat serta keluarga saya, sya akan kongsikan supaya kita sama-sama belajar sesuatu yang baharu.. sebab ilmu wajib disebar-sebarkan untuk kebaikan semua... ilmu tanpa amal, ibarat phon tak berbuah.

Rahsia pertama: Persediaan & Psikology
iaitu aspek psikology, ibu dan bakal2 ibu... persediaan mental.. sejauh mana, niat dan mental kita betul2 bersedia untuk menyusukan bayi kita sendiri... Saya tekadkan hati untuk susukan anak saya sejak saya belum kahwin, masa bertunang tu, dah fikirkan hal ni.. ha.. mmg jauh lagi waktu tu kan, tapi dah bertekad dalam hati, nak susukan anak sndiri hingga cukup umurnya 2 tahun... so, bila niat + persediaan minda = mmg saya nmpak hasilnya, usia kandungan saya 4 bulan, susu dah mula mereneh... itu menambahkan lagi semangat kita untuk menyusukan bayi kita...

Rahsia kedua: 2R
2R= Rezeki+Redha... itulah.. 2 r yang sy pegang.. susu ibu adalah rezeki... sy yakin bahawa susu ibu adalah rezeki dan sy redha sebanyak mana pun rezeki tu ada... dan sy yakin rezeki Allah tu ada dan ia mencukupi untuk anak saya... 

Rahsia ketiga; Usaha
Usahalah.. itulah nama.. lau kita dah redha, tapi tetap kena usaha,,, sebab usaha tanpa doa dan tawakal adalah sombong kita kepada Pencipta.. dan doa sahaja tanpa usaha adalah bohong... memang tak akan tercapai... mana ada rezeki datang bergolek lau xde usaha... doa je nk makan nasi ayam sepinggan, tanpa usaha, pergi beli atau usaha nak masak, mmg tak kan makan la kan...

Usaha saya dalam memperbanyakkan susu, ialah minum air suam banyak2... sekerap yang mungkin... jangan risau, sbb kita tak kan rasa nk kerap terkucil, sbb mmg betul2 diserap oleh badan untuk penyusuan susu ibu oleh anak tadi... sy minum bergelen2 pun tetap rasa dahaga dan nak minum je... Lepas habis pantang, sya minum horlick, mkn coklat dan minum minuman coklat,  makan sayuran segar, sup, makan makanan yang baru di masak, bertungku  dan mandi air suam,, saya elakkan minum minuman sejuk dan masih menjaga pantang hingga sekarang... semua lakukan untuk anak tersayang dan suami tercinta.. badan wajib jaga la... tanggungjawab isteri jaga badan untuk suami.. Petua orang dulu2 nak banyakkan susu, makan ulam dan mknn yang berkhasiat.. nak pekatkan susu, makan kekacang, terutama kacang panjang... sy x mkn kcang pnjang sebb ada pnyakit angin dalam badan...

Selain itu, mengamalkan power pumping... boleh rujuk kat entry sya pasal power pumping... Klik Disini

Rahsia ketiga: Doa
"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku[berdoa] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."(Surah al-Mukmin: 40;60)
Maka berdoalah.. pasti Allah perkenankan.. doa ibu kepada anaknya sangat lah mustajab... Ada beberapa doa yang boleh diamalkan bersama... antaranya Surah al-Baqarah ayat 60, dan zikir al-Matin serta Asma al-Husna... disamping zikir dan doa, mulakn selawat ke atas Nabi s.a.w dan Istighfar sebanyak mungkin.. Insya-Allah, Allah akan perkenankan...


Rahsia Keempat: Sebarkan ilmu dan bersihkan hati..
Yang ni, mmg senang dan buat, jika betul2 nak buat... Sebarkan ilmu wpun sedikit.. ilmu yang bermanfaat jika kita sebarkan, akan menambahkan ilmu da rezeki yang lain bagi kita... Bersihkan hati, caranya dengan berdoa di dalam hati ketika berwuduk... "Ya Allah, sucikan hatiku sebagaimana, air ni mensucikan anggota zahirku ketika aku berwuduk kerana -MU".. ini adalah doa yang seringkali saya amalkan... memang susah nak suci hati.. lau blh guna Vanish tu ok gak kan, tapi penyakit hati ni, x nampak, riak, sombong, takbur, bangga diri, dan dengki dengan orang lain tu pun penyakit hati.. dan x dinafikan, perempuan mmg byk penyakit hati.. wpun solat x tinggal, tapi penyakit ni perlukan ubatnya, bukan hanya dengan solat sahaja... jika seorang isteri, taatlah pada suami, itu juga salah satu, pengubat penyakit hati...

Rasanya, setakat ini dulu perkongsian saya untuk cara-cara nak banyakkan susu.. Jangan gusar jika susu anda sikit, banyak cara untuk banyakkan susu... berusaha dan terus berusaha, berdoa dan terus berdoa dan tawakal dan berserah dirilah kepada Allah... 

Maaf andai ada yang tersalah bicara... selamat beramal... wassalam...

~see u next entry~

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. nice sharing... gud info..
    thankz..

    http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. em...tul tu...rezeki kan...alhamdullah ada...lagi satu tak leh stress sangat kot...klu stress pun tak kuar...

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. kalau ad musim2 kemeruduman susu tu jgn putus asa...sabar dan redha...buat stock byk2 sementara susu tgh meriah..

    BalasPadam
  6. susu ibu paling terbaik utk anak2,selain memberi imunisasi yg tbaik buat bayi; jika bayi sakit mata, boleh titikkan susu ibu dlm mata bayi tu...insyaAllah boleh sembuh!

    BalasPadam
  7. Selamat meneruskan perjuangan bf anakanda tercinta..anak saya dah masuk 11bulan skrg.insya Allah akan still go on selagi diberikan rezeki untuk menyusukan anak.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. @terataiyup.. betul tu... sy pnh wat kt ank sdara sy gak... hihi

    BalasPadam
  10. @Atieyzinsya-Allah.. moga Allah terus bg kita rezeki...

    BalasPadam
  11. @Ida_Iaradah x lama... sy ni masih jauh perjalannan... doakan sy juga ea.. TQ

    BalasPadam
  12. Salam kenal..

    Nice sharing..
    memang betul..semua tu penting..lagi2 persediaan & psikologi..kadang ramai yg anggap mak2 kita dlu ok je menyusu xde cari beria pn ilmu..tp situasi kita skang dah berubah kan..tambah lg pemakanan kita pn ckup jauh berbeza dgn orang dlu2. :)

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^