Recents in Beach

Power Pumping

Salam semua... 

Tajuk ni dh lama terpikir nak mencoret.. tapi belum juga terluah nak tulis kat blog ni... Alhamdulillah nak juga aku mencoret... Kisah tentang susu ibu...

Power pumping.. apa tuh.. dalam bahasa melayu jika dialih bahasa bermaksud kuasa mengepam.. haha.. apa yang berkuasa tu.. Bagi seorang yang mengamalkan dan menyusui susu ibu sepenuhnya pasti tahu apa maksud power pumping ni... Bagi saya baru mengenal istilah-istilah dalam dunia penyusuan moden sejak saya mula mengandungkan Faiqah melalui Kump. Ibu2 Menyusukan di Facebook.. kerana tekad untuk menyusu Faiqah genap usianya 2 tahun... jka lebih pun xpe,, cuma mmg nak Faiqah dapat khasiat susu badan hingga 2 tahun...

Saya ibu yang bekerjaya, sudah pasti perlu mengepam dan membuat stock utk Faiqah... Faiqah dan mula menyusu sebaik sahaja dia lahir dan dia amat menyukai susu ibu secara direct dan tidak suka melalui botol.. Ummi dah belikan botol susu yang mahal dan popular jenama MAM, tetap ditolak oleh Faiqah.. namun, ummi akan terus ajar Faiqah menyusu melalui botol.. walaupun dia menjerit dan meronta macam kena sakit gayanya...

Sya mula mengepam selepas habis berpantang 44 hari.. hari ke 53 sy pulang ke rumah sndiri, dan mula mengepam.. dari awl sy memang membuat power pumping.. caranya 10 minit pump dan 10 minit rehat dan ulang2 hingga cukup 1 jam.. mula2 hasil mengepam ni, memang kurang memberangsangkan. boleh dapat 3-4oz je sekali pump.. tapi saya tetap terus mengepam dan terus membuat jadual mengepam.. 
Jadual mengepam ummi
Jadual mengepam sy ikut selama 1 minggu je, pastu mula la x konsisten sbb Faiqah yg kuat menyusu secara direct.. so, kadang2 memang tergendala... Namun hasil power pumping memang memberangsangkan... dan sehingga hari ini, sya telah menghasilkan lebih 200oz stock susu untuk Faiqah... Jika sebelum ni saya risau sbb takut saya x smpat buat stock hingga naik kerja tahun depan, tapi rupa2 Allah sentiasa murahkan rezeki Faiqah hingga, sy kurangkan mengepam dan banyakkan direct feeding (DF) sbb x tahu mana nak simpan susu lagi.. dalam perancangan tahun depan, nak beli Deep Freezer pula untuk Faiqah. segala-galnya dilakukn utk memastikan Faiqah mendapat susu ibu yang secukupnya hingga genap usianya 2 tahun.. 
Stock susu untuk Faiqah

Hasil power pumping

Moga Allah mempermudahkan ummi menyusukan Faiqah dengan susu ibu sepenuhnya hingga genap usianya 2 tahun.. Ya Allah permudahkanlah...

Catat Ulasan

4 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^