Kenapa Bekalan Kurang Ni???

Cilok dr pak cik gugel... hihi
Entry berkisahkan susu lagi.... Kenapa bekalan susu kurang.. bkan susu tepung, bukan susu pekat yang kurang sbb mmg xkan kurang pun bekalan susu-susu tu... tetapi SUSU IBU boleh berkurang bekalannya kepada seorang anaknya... Disini sy nak listkan beberapa sebab kenapa susu ibu boleh berkurang atau xde langsung...

1) Kurang Persediaan
Mesti sebab psikology sy letak ditangga pertama. sebabnya, ramai ibu yang tidak berjaya, susukan anaknya kerana kurang persediaan dari segi mental dan fizikal utk menyusukan anaknya. dan dalam minda memang dah ada niat nak bagi susu tepung jika susu dah kurang productionnya... 
Minda kita ibarat CPU komputer, ada setting2 tertentu... bila kita dh set minda kita + niat + doa + tawakal.. insya-Allah, kejayaan akan menjadi milik kita... xda istilah gagal bagi orang yang berusaha dan mengamalkan prinsip di atas..

2) Pemakanan
Apa yg kita makan itulah yang kita hasilkan... makan mempengaruhi pengeluaran susu. sebab tu banyak produk nak bagi susu banyak la, nutrition ni, nutrution tu la... supplement ni, suplement tu... pil la, dan macam2 lagi.. x salah amik pun sebab usaha tu penting... Tetapi pemakanan seimbang oleh ibu patut diamalkan sejak mengandung dan sehinggalah anak tu besar... Ikutlah cara pemakanan Rasulullah s.a.w.. insya-Allah akan sihat walafiat sebagaimana Rasulullah...s.a.w.. bknnya x sakit lgsung,, mst skit juga, demam pening skit kpala tu biasa, maksudnya jika nk sihat, nutrition badan cukup, susu cukup, anak sihat, wajib amalkan pemakanna seimbang.. jangan makan makanan ringan, minuman gas, minuman sejuk dan lain2 makanan yang memudharatkan... 

3) Period
Ini selalu dengar rungutan dari ibu2 yang menysukan... bekalan kurang saat "pusingan bulanan" datang menjengah.. dari sudut sains, perubahan hormon, dari segi logik dan mantik, susu adalah dari darah sebb xde kantung susu dalam badan wanita, tapi ada kilang utk serap makanan dan nutrition dari badan ibu, bertukar menjadi susu utk dibekalkan kepada anak... bila, dah darah keluar, susu juga makin sikit, sbb lau susu dan darah sama2 keluar byk, pasti longlai lah si ibu.. penat sgt, sbb tu wpun zaman anak dara, time dtg bulan je, mmg letih sikit... anggaplah, ini lumrah.. tapi saya percaya, minda boleh setting, susuku cukup utk ankku...

4)Stress
Aha.. ni musuh no 1 bagi ibu menysu... susu sgt mls/segan/malu nk keluar jika otak dan minda kita berada dalam keadaan tertekan.. jika x percaya, cuba, kita dalam keadaan tertekan, amik pump susu, pump.. cnfirm, susu mcm segan je nk keluar... tetapi cuba, kita pump susu waktu kita tengah ktwa tengok Maharaja Lawak Mega... hui, mcm paip air syabas pecah je gayanya... sebenarnya, stress ni, bukan mengurangkan susu je, tetapi blh bawa mcm2 penyakit, penyakit pling dekat penyakit jantung... sbb tu lah ada kempen senyum, dan lagu Raja Gelek, M.Daud Kilau, senyumlah-senyumlah ahai cek mek molek.. ha, sbb nk bg hati kita bahagia, bila hati senang, otak pun lapang, jiwa lapang... hidup cnfirm bahgia, dan susu pun mencurah-curah.. insya-Allah...

Stress ni juga boleh dtg dari org sekeliling... ibu dalam pantang memang stress, mcm2 lagi tambah2 ank sulung.. mcm2 dugaan, dari suami, dari mak, dari org sekeliling... tambahan, masyarakat kita ada yg kurang kesedaran, pasti kita akan dengar cakap2 org... antara yang popular:
"eh, susu badan, bagi la susu tepung, anak ko tak kenyang tu, sbb tu dia nangis"
"eh, berat x naik, tu la x bg susu tepung,  susu badan je mana cukup"
"bagi la air masak, lepas menysu tu... mana cukup dia minum susu je"
"ajar la minum susu tepung, senang nanti nak hantar pengasuh, ko kan keje"
yang paling tragis sy rasa "ko susukan anak ko, tak takut breast ko jatuh.. t x menrik, laki ko cari lain"

Ni antara dialog2 penting dan sering kita dengar... mmg stress kan dengar dialog2 ni.. tapi anggapp itu mainan dan gurauan, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan... jgn simpan kat "CPU" kita ea.. insya-Allah x stress.. anggap sesuatu tu dari Allah, dan berlapang dada dengan dugaan mendatang, pikir positif, insya-Allah stress takut nk dekati kita...

5) Jauh dari Allah...
Yang ni berkaitan hati dan spiritual kita. sebagai org Islam x blh kita jauh dari Pencipta kita,,, 
Dia lah kekasih utama kita.. 
dikala susah dia ada bersama,
dikala senang jangan lupakan Dia, 
dikala sedih berbicaralah dengan-NYa, 
dikala gembira kongsilah bahagia dengan Dia...
dikala lapang, bertemulah dengan-NYa, 
dikala sempit, mengadulah pada-Nya,
setiap masa yang ada, setiap saat masa berdetik, dekatkan diri pada-Nya, 
Tanpa Dia siapalah kita...
Jangan cari Dia ketika susah sahaja,
Di waktu senang, lupa pada-Nya..
Jangan sombong, jika kita ada rezeki lebih, kerana itu juga anugerah dari-Nya..
Kerana Alhamdulillah perkataan keramat lagi mulia...

Cukuplah, 5 sebab kenapa susu kurang... so, lepas ni kena tingkatkan dengan usaha, seterusnya jumpe Dia, dan tawakal lah pada-Nya... sebab susu ibu adalah rezeki dari Allah untuk anak kita, iaitu amanah Allah pinjaman semata-mata... jika niat kita murni lagi baik, insya-Allah.. Allah pasti kabulkan permintaan hamba-Nya... Kerana Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... 

~See U Next Entry~ Wassalam...

5 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Hi, blogwalking...
    Saya pun dah setahun setengah mneyusukan anak ke-3 saya. Niat penting, dan jaga pemakanan, itulah petua saya untuk terus menyusukan anak hingga umurnya 3 tahun, insya allah.

    BalasPadam
  2. Best baca.. menambahkan lagi semangat utk Princess ni.. ;)
    p/s ann follow sini... ;)

    BalasPadam
  3. @Pida yup.. mmg niat paling utama... bila niat kita lebih bersedia... lebih byk production nanti... insya-Allah... doakan saya juga ea... :)

    TQ atas kunjugan anda...

    BalasPadam
  4. @Ann Aziesterima kasih.. harap enjoy dgn blog kami...:)

    BalasPadam
  5. I faced the same problems before. Untuk all my babies pun..mmg inadequate ...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama