Setahun Dah Berlalu

Salam semua….

Sethn dah berlalu.. itulah detik perkahwinan aku yang memakan masa setahun… Semalam genap setahun usia perkahwinan aku dan suamiku yang amat ku cintai dan dialah satu2 insan yang ku cintai.. Alhamdulillah syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana terus member nikmat utkku dan suamiku mengecapi nikmat bersuami isteri dan berumah tangga hingga ke saat ini…

Sambutan ulang tahun yang pertama ini, tidak disambut meriah dgn candle light dinner atau hadiah yang mewah, hanya ucapan syukur… dan solat dan doa yang dipanjatkan…

Planning asalnye nk sambut sama2 kat dataran merdeka tepat jam 12, 19hb 11 2011… So sebelum tu kami singgah dulu kat Taman Tasik Permaisuri jumpe member2 yang sama minta kereta.. Say=ja utk release tension kan… Ingat lepas tu baru nak gerak ke dataran merdeka, xde apa, Cuma just smbut dengan burger cheese kesukaan ku dan suami.. tapi x jadi sbb kesiankan Faiqah.. ealah dah jauh malam bawa dia keluar.. dia pulak nak tido… so, kami balik dan smbut kat rumah je…

Keesokan pagi 19hb 11, dgn cuti rehat yang sedikit, sbb suami ku kena kerja pulak ari ahad 20hb 11… so, mmg 19hb tu plan kuar jalan2.. tempat pertama yang dituju selepas makan tengah hari di Medan Selera Danau Kota, ialah Tutti Fruiti,, teringin nak merasa mknn yang baru muncul dialaf baru ni… beli la satu, ingatkan murah, mahal upernye sbb harga mengikut gram… kena RM14.85sen secawan.. xde apa yg istimewa, hubbyku amik aiskrim coklat, buah strawberry, longan dan laici.. xpe lah dh rasakan…

Ni lah Tutti Frutti yang telah dihabiskan tu...

 Kat KL Birds Park

 At KL Butterflies Park

 Timang Tinggi-tinggi...

 Kat Taman Botani KL

Lepas makan Tutti Frutti gerak ke Taman Burung Kuala Lumpur… memang seronok dengan kicauan burung.. tenang je rasa.. Kami tak masuk pun sbb bayaran tiket yg agak mahal.. maklumlah , hujung2 bulan ni, kena la jimat2.. so, amik gmbar kat luar je… tp dr luar dpt tgk burung merak kembangkan ekor.. seronok sgt… Lepas tu gerak kat taman rama-rama yg x jauh dari situ… pun kena bayr juga, tapi x msuk amik gmbr kt luar je.. Lepas tu ajak hubby g tempat yg free of charge… iaitu Taman Tasik Perdana, atau ditukar namanya baru2 ni, Taman Botani.. memang free je.. riadah sambil tgk pokok2 hutan yang ada.. lepas snap gambar kami pun gerak pulang.. memandangkan hujan nk trun… mmg ngam2 masuk kereta, hujan turun…

 Alhamdulillah... atas nikmat-Mu Ya Allah...

Alhamdulillah… mmg indah sgt.. Aku bersyukur, wpun mcm suka dan duka, fitnah yg melanda kpd diriku dan suamiku, sedikit pun x menggoyahkan kelurga ku, malah hubungan dan kasih syang aku dan suamiku tetap uth dan bertambah sejak dahulu…

Ya Allah, Kau campakkanlah kasih sayangmu ke dalam rumah tangga kami, agar rumah tangga kami terus dilindungi dari fitnah dunia, agar kami terus diberkati dan dirahmati oleh Kasih Sayang-Mu… Ameen Ya Rabbal ‘Alamin…

Catat Ulasan

0 Ulasan