Tinggal 2 Hari Lagi Aku Bersekolah




Hari ni dan hari esok itulah tinggal dua hari sahaja lagi aku akan bersekolah untuk tahun ini... Kemana aku menghilang??? Cikgu nak pergi mana??? Ustazah nak pindah ke??? itulah persoalan yang timbul bila ku khabarkan kepada anak-anak didikku...

Ustazah tak pergi mana, cuma uztazah terpaksa bercuti panjang untuk 'adikmu' anak didikku...

Aku mula bercuti panjang bila bermulanya cuti pertengahan penggal persekolahan. Cuti penggal ku sambung terus dengan cuti bersalin. Walaupun jangkaan bersalin 13 September, tapi ku ambil awal seminggu memandangkan aku beraya di kampungku.. so, aku nak kurangkan kos perjalanan dan lain2 masalah yang akn mendatang, aku tinggal terus (berpantang) di kampung bila balik beraya nanti... Cuti bersalin yang pada awal hanya ingin ku ambil 60 hari, akhirnya setelah dibincang dengan suami tersayang, ku tambah lagi 30 hari, maka 90 hari cuti bersalin yang pihak kerajaan war2kan kepada kakitangan awam ku guna sepenuhnya...

Ku sedih juga sbb terpksa tinggalkan anak2 didikku ketika saat getir mereka akan menghadapi peperiksaan akhir.. Aku tak dapat bersama-sama mereka utk bagi semangat. Namun ku doakan dari kejauhan... Silibus pengajaran, ku cuba habiskan kerana memandangkan tiada guru ganti lagi utk guru bersalin... Ku harap mereka bertambah rajin kerana mereka semua bijak pandai, cuma sikap sahaja membuatkan mereka kurang cemerlang.

Ramai juga rakan-rakan guru yang terkejut dan tak percaya bila ku khabarkan Jumaat nanti adalah hari terakhirku di sekolah bagi tahun 2011. Memandangkan perutku sangat 'comel' mereka ingat lmbat lagi aku akan bersalin.. tapi hakikatnya, aku sedang menunggu hari.. ealah sape tak terkejut, jalanku, gayaku macam org tak mengandung 9 bulan... hehe.. anugerah perut kecik...

Perasaanku, sedih meninggalkan anak2 murid yang masih mencari arah.. semalam hari terakhir, aku mengajar di kelas terakhir tingkatan 1... rasa sayu sangat walaupun diorg selalu membutku rasa nak terberanak, tapi mereka bukanlah jahat... cuma tak matang membuatkan mereka sangat nakal...

Anak2 didikku, kelas 2 Bakti, ku layan mereka ibarat anak sendiri... Nakal, tapi bijak... kadang2 buat hal.. tapi tetap ustzah ni sayang juga kat korang.. harap diorg dapat berubah bila dah naik tingkatan 3 tahun dpn.

Rasa sayang pula nak tinggalkan alam persekolah dalam jangka waktu yang panjang.. tapi ku juga perlu pikirkan tentang anak kandungku... dan masalah2 yang lain.... semoga anak2 didikku cepat matang dan berubah. itulah doaku sehari2... ameen...

Catat Ulasan

0 Ulasan