Berbuka Puasa





 bukan main sedap lagi hubbyku menikmati udang masak lemak cili padi, siap bertambah lagi... 

 hidangan selepas menjamu nasi...

 air sirap ais ....

 ni lah geng2 dan rakan2 sepejabat hubbyku.. sumenya geng2 veteran..

 setelah selesai menjamu selera


 pandangan hadapan restoran My Chef, mmg sedap masakan kat cini...

singgah kt tepi highway.. amik gmbar pmandangan KL waktu mlm...

Semalam.. habis je waktu persekolahan, terus balik umah.. Hubby bagitau ada majlis berbuka puasa dengan rakan-rakan sepejabatnya dari Sel PKBM, Kem Sg. Besi. Yang terlibat hanya 5 orang, termasuk aku dan hubby jadi 7 orang kesemuanya.. 

Sesampai je kat rumah, terus buka internet, search google map, cari lokasi restoran My Chef, Desa Sri Damansara. Setelah puas cari, akhirnya hubbyku jumpe juga jalan... hampir jam 7.00 malam baru aku dan hubby bergerak ke lokasi yang dituju hanya menaiki motosikal sebb nk elakkan dari berbuka di pertengahan jalan. 

Elok je sampai, kat restoran, terus cedok nasi ke pinggan dan terus azan, Alhamdulillah sampai juga... jalannya tak lah susah pun.. Makanan bukan main banyak macam nak makan beratus org.. tapi ramai juga org yg berbuka puasa kat restoran tu... 
  
Ni antara menu yg sempat aku 'catch'
 nyum2... udang masak lemak cili padi, dan ketam masak masam manis... mmg sedap...

 Lala goreng... ntah apa nama resepinya, tapi mmg sedap.. hubbyku yg mula2 tak makan lala, terus cuba dan ulang2 makan lagi lala ni..

Hampir jam 8.30 mlm, kami pun bergerak pulang... Memang rezeki baby, aku dapat makan kat luar utk puasa kali ini... Alhamdulillah...


Catat Ulasan

0 Ulasan