Julai 28, 2011

Semalam adalah Kenangan, Hari ini adalah Kehidupan yg Perlu Diteruskan...

Semalam adalah kenangan.. iaitu kenangan buat aku kerana berjumpa dgn kengkawan yg posting cikgu bulan februari yg telah lama tak berjumpa... Kami menjadi bagaikan sebuah keluarga yang besar sebab apa2 sahaja program anjuran JPNWP KL, kami mmg selalu bersama...

Antara kawan2 aku yg agak rapat adalah kak wa dan mai.. Kak wa mmg la rapat sbb kenal dari zaman universiti lagi... Suka duka kami mmg sntiasa bersama.. indahnya persahabatan tu... mai pula aku kenal masa sama2 interview utk kali ke-2 iaitu bulan november 2010... jumpe kat shah alam.. pastu dapat posting pun sama2 dpt KL... dari situlah kami makin rapat hingga saat ini...

Kenangan smalam mungkin menjadi kali terakhir aku bersua dgn mereka semua sbb lepas ni aku akan bercuti panjang... cuti bersalin 90 hari... so, mmg aku tak terlibat dgn apa2 aktiviti JPN sepanjang cuti tu kecuali jika terpaksa.. tapi tak mungkin sbb jika kakitangan kerajaan sdg bercuti tak diminta buat itu dan ini... itu kebiasaannya.. tapi tak tahu la kan...

Hari ni aku meneruskan kehidupan... sebagai seorg guru.. semoga terus diberikan semangat dan kekuatan bersama babyku yg sentiasa menemaniku ke mana shja ku pergi... walaupun penat.. biarlah penat tu berbaloi... harapan guru ingin melihat anak didiknya berjaya adalah harapan yg satu... 

Semalam juga kenangan yg singkat aku bersama suami tersayang... jumpe pagi sekjap shj, kemudian dia menjemput aku dari taklimat dan malamnya kami tertido awal sbb sama2 penat... aku tertido smpai ke pagi, tapi dia terjaga sorg2 diawal pagi... huhu.. mmg sedih bila difikirkan.. waktu aku bersama utk bergurau dan bersembang dgn suami sndiri amat terbatas... bagaikan harga emas... begitu berharga dan mhal sekali... jika ada waktu terluang mmg kami akan gunakan sebaiknya... 

Itulah hakikat kehidupan.... Allah yang menentukan... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^