Breaking

Julai 29, 2011

Hari ini ditakdirkan Hari Yg Kurang Baik Bagiku


Hari ni, aku keluar awal.. biasanya hari Jumaat aku keluar rumah (pergi sekolah) jam 12 tgahari.. tapi hari ni aku dan suamiku keluar awal utk ke klinik utk check babyku di sebuah klinik swasta di Setiawangsa... 

Aku katakan kurang baik sebabnya.... 

1) Awal2 keluar rumah, aku hampir tergelincir hanya kerana terpijak ranting kecil di hadapan rumahku.. namun Alhamdulillah.. Allah masih melindungi aku dan babyku... tak terjatuh...

2) Aku betul2 terjatuh ketika kakiku terpelecok semasa suamiku membayar duit parking di hadapan klinik di Setiawangsa... Tanganku calar dan berdarah sedikit.. namun Allah masih melindungi aku kerana aku terjatuh mengiring, bukan jatuh terlentang atau terhentak... Allamdulillah.. 

3) Aku tersepit pintu semsa ingin solat di surau guru di bilik guru waktu zohor tadi... Alhamdulillah xde pape tapi sakit la juga...

Itulah kejadian yang aku rasa kurang baik bagiku hari ni... Rupa2nya apa yang dikatakan malang tak berbau tu mmg tepat... Semalam semsa aku balik dari sekolah, ketika dalam perjalanan ada satu kemalangan... dalam hati.. mmg nasibnya malang hari.. entah bila pula hariku ku sndiri tak tahu... dan hari ni adalah hari yang malang bagiku yang telah termaktub dalam ketentuan Ilahi... 

ITulah malang tak berbau... walaupun kita dah mengelak, dah cuba berwaspada, namun jika Allah dah tetapkan perkara tersebut akan berlaku juga.. maka, kita sebagai hamba, tiada kuasa utk mengelak dan mengatakan tidak..

Namun, malang yang aku alami ini, mengingatkan aku dgn Ilahi.. betapa Allah masih melindungi aku, suamiku dan baby dalam kandungan ni... 

Ya Allah.. hanya pada-Mu tempat ku dan keluargaku berlindung.. dan hanya pada-Mu ku mohon pertolongan... ameen...

1 ulasan:

Naz Nur Nhazzla berkata... [Reply]

mujur xda pape..bahaya gak kalau terhentak..kwn kaklong jatuh terkangkang masa dia dah nak bersalin..terus kena operate sbb tulang rahim dia bengkak..kalau dipaksa meneran dia boleh lumpuh kekal