Ari ni berhijrah lagi aku dan suamiku. masih merantau dan mencari tempat yang lebih selesa untuk kami berdua menikmati alam rumah tangga.


Selepas berkahwin aku dan suami mnetap di Bentong, Pahang. Namun hanya sampai bulan Februari. Aku mendapat tawaran mengajar di Kuala Lumpur. Terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur... Kehidupan kami bermula setelah suamiku dapat berpindah ke Sg. Besi. Aku aje yg jauh berulang alik ke sekolah setiap hari. Kesesakan jalan raya menjadi satu lumrah bagiku dan aku dah tak kisah lagi. dh namanya pun Kuala Lumpur.

Setelah sebulan menyewa bilik dengan kawanku.. kami mencari rumah baru utk menikmati kehidupan yg lebih sempurna. Akhirnya akhir April suamiku mendapat rumah flat yg murah utk menyewa di Setapak. Jarak aku ke sekolah dekat juga. Cuma suamiku jauh lah berulang alik ke Sg. Besi. Namun itulah pengorbanannya... biar dia jauh katanya.. asalkan aku dekat nak ke sekolah.

Namun perpindahan kali ini pun bukan perpindahan mutlak. Mungkin kami akan berpindah lagi.. mencari kawasan rmah yang lebih selesa utk tumbesaran anak kami yg bakal lahir nanti apabila kewangan keluarga dah makin stabil nanti. Insya-Allah...

Kesusahan dan keperitan aku dan suami mengajar kami erti kematangan hidup yg sebenar. itulah tanda kasih sayang Allah buat kami dan ianya buatkan kami sentiasa bersyukur dgn apa yg ada....

Post a Comment

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama