25 Mac 2017

Doa Untuk Isi Hati

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



 الله، تياد اڤ يڠ داڤت ممبنتوكو تروس هيدوڤ،
چوما هاڽ دڠن هدايه دان ڤتونجوقمو،
يڠ سلالو لوڤا، ليك، لالاي، الڤا تنڤا ڤڽسالن،
دڠن دوسا2 يڠ تله اكو لاكوكن

اكو ايڠين مراساكن كمانيسن ايمان،
هيدوڤ بهاڬيا، برتمبهله چينتا كڤدامو،
سلامتكن له اكو يا الله،
دري تيڤو داي دنيا،
تتڤكن هاتي دان چينتاكو
هارڤ ننتي كيت كن برتمو

سلامتكن لا اكو يا الله،
جاڠن تيڠڬل كن كو سنديرين
كو ننتي ڤنوه كريندوان
سلامت دنيا دان اخيرة


يا الله..
ڤنجڠكنله عمور صحابة-صحابةكو;
كورنياكنله كصيحتن يڠ باءيق ڤدڽ;
تراڠي هاتيڽ دڠن نور ڤانچرن ايمان;
تتڤكنله هاتيڽ;
ڤرلواسكنله رزقيڽ;
دكتكنله هاتيڽ كڤد كبايكن;
جاوهكنله هاتيڽ ڤد كجاهتن;
تونايكنله حاجةڽ باءيق حاجة دالم اڬام، دنيا دان اخيرة..

يا الله..
جاڠن بياركن صحابة-صحابةكو ترتاتيه دان ترجاتوه دالم ڤرجالنن ڤنجڠ مڽرو مأنسي كجالن-مو;

يا الله..
كورنياكنله صحابة-صحابةكو كسنڠن، كتنڠن، كچمرلڠن هيدوڤ د دنيا دان اخيرة كلق..

أمين..

Perkara Mustahil Dapat Buat Selepas Bergelar Mak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Memang betul mimpi...
Tak dapat dah nak tidur lena waktu malam apatah lagi tidur siang.. jangan mimpi lerr...

Nak makan dengan penuh nikmat.. kena tunggu anak tidur la jawabnya.. tapi mampu kah????Haha

Yang ni lagi mimpi.. dapat rehat sepuasnya.. memang mimpi di siang hari lahir.. sehari lebih sepuluh kali kemas rumah​..Macam mana nak rehat...

Tapi bab dating dengan suami tu masih kekal kan cuma tak mampu lagi nak buat kat luar.. dating dengan suami bila anak-anak tidur.. memang buat yang ni dari zaman lepas kahwin.. sebab kita tak nak anak menjadikan hubungan suami isteri hambar...Dan mesra semata-mata hubungan kelamin shaja.. jadi, point ni MF kurang bersetuju lah.. sebagai suami isteri kena bijak jaga hubungan suami isteri ni.. kena ada mood honeymoon sentiasa.

Tapi memang dah jadi mak banyak pengorbanan.. sebab tu dalam Islam ibu tiga kali lebih utama dari bapa.. sebab tak kan ternilai dan tak kan dapat balas jasa seorang ibu kepada kita. Ibu bukan korbankan tenaga, bahkan masa dan emosinya juga demi anak-anaknya yang tercinta... 


24 Mac 2017

Cara Baca Tekanan Darah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Setiap orang pasti pernah kena periksa tekanan darah. Hatta kita demam, pergi klinik atau hospital, mesti akan diperiksa tekanan darah kita.. Setiap kali bacaan darah diambil, mesti doktor akan tulis dua nombor, atas dan bawah... owh.. kadang doktor tulis, yang atas tinggi, bawah macam ok sikit tapi paras jaga-jaga... ada kan macam tu...

Jadi, macam mana nak baca tekanan darah tu??? Apa maksud nombor atas bawah tu???

Jom faham, cara tekanan darah kita dibaca...

 

Jadi, faham dah kan.. MF pun dah faham, cara darah kita dibaca oleh doktor.. takde la terpinga-pinga lagi.. 


Info Grafik ini dibawakan oleh: MedikTV

Cara Mudah Tukarkan Lemak Kepada Duit!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Ada yang nak?

.......... kalau betul lah kan, anda sanggup tak bersenam setiap hari demi menghilangkan lebihan lemak pada badan anda demi wang tunai?


Itulah cara paling mudah dan jimat nak kurus atau bakar lemak, bersenam setiap hari... 20 minit setiap sesi 3 kali seminggu... 

dan selain tu amalkan:



Cara paling mudah ialah minum banyak air masak, ambil makanan karbohidrat dan sertakan lima sayuran seperti dalam gambar untuk menyingkirkan lemak perut. 

Sumber: MedikTV 


Jadi, sebenarnya, untuk berjaya nak kurus kena disiplin amalkan gaya pemakanan dan gaya hidup sihat setiap hari... 

Kalau dah pagi telan nasi lemak dengan teh tarik kaw selepas bersenam, jangan mimpi nak kurus ya! Belilah produk ribuan ringgit sekali pun, kalau takde disiplin, tidak ke mana kurus tu... 

Doa Pagi Jumaat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



"Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkan lah aku dari rasa takut. Ya Allah! Peliharalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri dan atasmu. Aku berlindung dengan kebesaranMu, agar aku tidak disambar dari bawah kulit (oleh ulat atau bumi merekah yang membuat aku jatuh dan lain-lain)"

23 Mac 2017

Kenapa Orang Perempuan Tak Serik Beranak Ramai?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kenapa Orang Perempuan Tak Serik Beranak Ramai? | Tiba-tiba terfikir nak kongsikan hal ini... Sebab bila ada masalah, pandang je anak rasa tenang sangat.. tak tau nak gambarkan. Mungkin orang lain tak faham kenapa orang perempuan ni sanggup nak beranak ramai... Bahkan lelaki sendiri tak faham, perempuan ni tak serik ke ???

Bagi suami yang nampak sendiri kesakitan isteri bersalin...Baguslah... Bagi yang tak pernah dapat nak teman isterinya... Mungkin tak berapa nak faham sakit tu.. mungkin anggap sakit bersalin tu macam sakit berak sembelit je kot kan.. tak pe ... Orang perempuan faham bahawa lelaki memamng tak kan faham..

Sebenarnya punca dan faktor utama orang perempuan ni tak serik beranak ramai ialah...Berkat Anak itu sendiri!!! Tautan dua jiwa iaitu anak dan ibu itu sukar nak gambarkan dengan perkataan...



Anak ni sumber utama kekuatan bagi seorang isteri dan juga ibu... Kuatnya seorang ibu harungi dugaan dalam rumahtangga bila dia lihat wajah anak-anaknya...

Allah berikan ketenangan kepada seorang ibu bila dia lihat anak dia, hilang masalah dia... Bila di lihat wajah anak dia hilang semua derita hati dia... Bila dia lihat wajah anak dia... Tenang hati dia... Itulah keistimewaan dan keajaiban Allah ciptakan seorang anak kepada seorang ibu...

Berapa ramai Ibu tunggal yang mampu hidup sendiri selepas ditinggalkan suami.... Ramai... Tapi nisbah bapa tunggal agak kurang... Bukan tak ada... Tapi tak seramai ibu tunggal.

Jadi, isteri ni tak kan serik beranak ramai... Sebab anak tu kekuatan dia... Tak larat macam mana pun, tapi sebab anak dia jadi larat... Hebat dan sungguh hebat yang menciptakan hubungan antara ibu dan anak ini... Iaitu kuasa Allah yang maha menciptakan.


Jadi, buat para suami... Hargailah isteri anda... Dia ada anak yang menyebabkan dia boleh move on dalam hidup dia... Tapi suami pula kekuatannya ialah isteri... Jadi, kalau tak hargai isteri... Meranalah badan...

Jadi, fikirkan lah ye... Renung-renungkan... Selamat beramal.

30 Cara mudah Jimatkan Air!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sejak pindah ke Johor bajet untuk bil air dan elektrik berubah... Berubah banyak... Kalau bil api masih boleh bajet lagi... Tapi bila air tak dapat nak bajet sangat.. sebab katanya tarif bil air meningkat di Johor.. tak tau la kan.. tapi sekarang ni.. kami bayar bil air setiap bulan mesti lebih RM50... Kalau dulu, RM50 tu adalah bajet bil air dan api masa kami dok di KL. jauh beza kan...

Tapi tetap usaha untuk jimatkan air supaya tak dikira membazir dan melambung bil air...



Jadi, ada beberapa tips mudah untuk kita amalkan bagi menjimatkan air..

Tandas

  • Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memlih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah.
  • Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
  • Sentiasa  melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.
  • Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air bewarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.


Bilik Mandi

  • Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
  • Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
  • Tutup pancuran mandian ketika bersabun.
Sinki

  • Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
  • Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.


Taman

  • Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
  • Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
  • Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
  • Sentiasa memeriksa dan meugubah suai pemercik mengikut cuaca.
  • Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
  • Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
  • Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
  • Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
  • Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.


Dapur

  • Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
  • Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
  • Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.
  • Cuci sayur- sayuran, buah- buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir.
  • Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.


Garaj

  • Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan pengunaan salur getah.
  • Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.


Cara-Cara Menjimatkan Air

  • Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
  • Sentisa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
  • Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
  • Galakkan aktiviti- aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
  • Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
  • Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, ditaman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.
Sumber: FOMCA

Itu antara langkah mudah nak jimatkan air... Kadang orang tak faham cara menjimatkan air ni... Tu yang dikatakan pengotor dan sebagainya. Selagi boleh jimat kita jimatkanlah kan... Sebab membazir itu amalan syaitan...

You're Not In My Shoes!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Kita tak kan faham seseorang tu sehingga kita berada pada tempat dia.. jadi tak perlu nak jadi hakim menghukum seseorang hanya kerana sesuatu tindakan yang pada fikiran kita ianya macam tak wajar.... 



Orang tak kan pernah faham kita hatta sahabat karib, pasangan cinta hidup sejati sekali pun... Bahkan bohong sangatlah kalau kata pasangan saya faham saya... No Dia tak faham tapi dia akan buat-buat faham sebab dia sayang kita... Tapi hakikatnya pasangan lelaki dan perempuan tak kan pernah memahami hingga kiamat kerana kita sememangnya berbeza... Yang menjadikan pasangan itu bahagia ialah kerana masing-masing menerima kekurangan dan kelemahan masing-masing... Dan saling melengkapi antara satu sama lain. 


Jadi, jangan judge orang lain kalau kita tak berada pada tempatnya... Cubalah faham walaupun hakikatnya kita tak faham sepenuhnya!.

22 Mac 2017

AKHIRNYA BERJAYA JUGA TUKAR TEMPLATE BLOG!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah, akhirnya terlaksana juga impian nak tukar template baru... lebih setahun guna template biru sebelum ni... Responsive SEO template., tapi kali nak ubah juga, nak cari template yang lebih simple...

Bila niat nak ubah template dipersetujui oleh En. Somi, terus MF mula mencari dan download beberapa template yang sesuai untuk blog ini...

Tapi tu lah... try and error... semuanya tak berkenan.. AKhirnya hujung minggu baru ni, google lagi the latest responsive template...dan jumpa yang berkenan... sekali try dan nampak cun dan sesuai dengan yang MF kehendaki.. ALhamdulillah... Harapnya takde lah yang tiru template ni.. cukuplah sebelum ni MF mempunyai 7 blog klon template yang sama...Harap jangan ada la yang nak tiru lagi... Carilah identiti sendiri ya... Tak payah tiru MF lagi... huhu...



MF settle set up semula dua blog dalam masa 2 hari, ALhamdulillah... selesai... puas bermain coding... BUkan tak boleh tempah, tapi takde kepuasan tu yang cari masa buat sendiri juga tu... Alhamdulillah... semalam betul-betul lengkap siap header baru... Alhamdulillah..

Harap, pengunjung setia blog ni suka dengan wajah baru blog ni... Dan kelebihannya, dah ada Facebook plugin untuk komen, jadi sesiapa sahaja boleh komen blog MF lepas ni... Tak payah guna cik anony lagi la kan.. 

Betul Ke Ada Istilah Bercinta #TillJannah???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bercinta hingga ke syurga... Betulkah istilah ini... Betulkah kita akan jumpa suami kita semula di syurga nanti??? Dan kalau lelaki atau perempuan yang belum kahwin akan berkahwin di syurga... Betul ke???

Pertanyaan ini sebenarnya mewakili setiap pasangan yang memang cinta #tilljannah. Menjadi kemusykilan sama ada mereka akan berjumpa dengan pasangannya atau sebaliknya.


sumber: google image

Ini jawapan daripada Imam Muawwidz Al-Ansori Dzulkefly. Ikuti perkongsiannya.

Bismillahir rahmannir rahim,
Terima kasih kerana bertanya, saya menjawab dengan membawakan ayat Al-Quran, hadis dan juga pandangan ulama'
1. “Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan isteri-isteri kamu digembirakan.” (QS. Az Zuhruf: 70) 
Jika seorang wanita meninggal sebelum dia sempat menikah dengan seorang lelaki maka Allah lah yang menikahkannya kelak di surga dengan seorang lelaki dunia, sebagaimana sabda Rasulullah SAW 
2. ”Tidaklah ada di syurga seorang bujang.” (HR. Muslim). 
3. Al-Syeikh Ibnu Utsaimin mengatakan bahawa jika seorang wanita belum menikah di dunia maka Allah SWT yang menikahkannya dengan seseorang yang menyedapkan pandangan matanya di syurga. Kenikmatan di syurga tidaklah terbatas untuk kaum lelaki akan tetapi untuk kaum lelaki dan wanita dan diantara kenikmatan itu adalah pernikahan. Demikian halnya dengan seorang wanita yang meninggal dalam keadaan sudah dicerai.

Demikian pula terhadap seorang wanita yang suaminya tidak masuk syurga. Syeikh Ibnu Utsaimin mengatakan bahawa seorang wanita yang masuk syurga dan belum menikah atau suaminya tidak termasuk ke dalam ahli syurga maka jika wanita itu masuk syurga dan di syurga terdapat lelaki dunia yang belum menikah maka seorang dari merekalah yang menikahinya.

Adapun seorang wanita yang meninggal setelah menikah dan dia termasuk ahli syurga maka di syurga dia akan bersama suaminya yang menikahinya saat meninggalnya.

Adapun seorang wanita yang ditinggal suaminya terlebih dahulu kemudian ia tidak menikah lagi setelahnya hingga dia meninggal dunia maka wanita itu akan menjadi isterinya di syurga.

Adapun seorang wanita yang ditinggal suaminya terlebih dahulu kemudian ia menikah lagi setelah itu maka wanita itu menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir walaupun wanita itu pernah menikah dengan beberapa lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah saw, ”Seorang isteri untuk suaminya yang terakhir.” (Silsilatu al Ahadits ash Shahihah Lil Albani)
Semoga ia menjawab..
Wallahualam.. 

Jadi faham lah sekarang... Nak bercinta till jannah kan... Kena la usaha sama-sama ke Jannah... Jangan sebut je bercinta hingga ke syurga.. rumahku syurgaku tapi amalan dan perangai macam nak ke neraka je... Sama-sama beringat!!! 
Dahsyatnya Sifat EGO!!!

Dahsyatnya Sifat EGO!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dahsyatnya Sifat EGO!!!

Ianya boleh memusnahkan diri sendiri, orang yang bersifat ego begitu berbangga dengan dirinya, seakan-akan dirinya lebih hebat dari Tuhan. Hinggakan kebenaran dan teguran tidak dipersoalkan. Renungankanlah wahai teman betapa dahsyatnya sifat EGO!

Orang yang ada ego tidak sedar dia ada ego. Ego diketahui melalui ilmunya, Kalau tahu pun ada ego, belum tentu lagi dapat membuangnya.

Ego adalah sifat batin. Tapi dapat dikesan tanda lahir dan sikapnya. Bila bercakap di kalangan kawan-kawannya selalu sahaja cakap besar, Bila berdiri selalu sahaja cekak pinggang. Apabila berbincang selalu tinggi suaranya

Apabila kebenaran itu keluar dari mulut orang payah menerimanya, kalau bercakap mahu menang sahaja. Bila bertemu orang payah bertegur sapa kecuali orang yang mendahuluinya.

Jika orang tersilap terhadapnya mudah sahaja marah dan berang, Selalunya serius sahja kurang mesra. Kalau hendak berkawan pilih-pilih orang. Biasanya orang yang setaraf dengannya. Hendak bermesra dengan orang-orang yang setarafnya sahaja.

Bila dicabar mudah sahaja mencabar, Kalau bersalah susah hendak meminta maaf. Adakalanya orang meminta maaf enggan menerimanya. Mudah marah bahkan marahnya sangat ketara.

Kalau ada kuasa, suka menzalimi dan menindas, Jika tiada kuasa selalu sahaja keras kepala untuk tunduk kepada ketua.

Bertekak dan berbahas menjadi budaya. pantang ditegur oleh sesiapa sahaja masam mukanya. Apabila ego sudah tebal sebarang kebenaran payah diterima. Bila ditegur sakit hatinya, dendam pula membara. Jangan disebut dosa pahala tersinggung perasaannya.

Kalau dipuji orang lain di hadapannya, sakit hatinya. Bahkan sebut nama Allah pun tersinggung jiwanya. Jangan cuba bala bencana datang kita kaitkan dengan kemurkaan Tuhan. Sakit hatinya, payah mahu menerima.

Jangan cuba hubungkaitkan dengan dosa. Dia akan melenting menunjuk sikap tidak menerima. Aduh, dahsyatnya ego itu amat merbahaya. Bukan sahaja dengan manusia bahkan kepada Tuhannya, kebenaran payah menerima.

Selalu sahaja menolak kebenaran bahkan dijadikan bahan perli sahaja kerana ego orang sanggup derhaka kepada Tuhan. Bahkan orang sanggup jadi kafir, lihat sahaja Namrud, Haman dan Firaun sungguh merugikan sanggup jadi kafir kerana egonya.

Sebelum matinya berbagai-bagai bala dan tanda-tanda amaran Tuhan. Namun tidak boleh jadi pengajaran. Akhirnya sanggup mati kafir kerana egonya...

Aduh, dahsyatnya sifat EGO!!!....

Sumber: JAWI

Buat apa nak bersifat ego kerana hidup kita tak boleh bertongkatkan langit... KIta tak boleh hidup sendiri di dunia ini.... Kerana itu memang fitrah kita.... kembali kepada sejarah Iblis dan Nabi Adam a.s. betapa hinanya kesan kepada sifat ego... 

JANGAN KITA MENYOMBONGKAN DIRI

Firman Allah SWT :
لَا جَرَمَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْتَكْبِرِينَ
[Surat An-Nahl 23]
Terjemahan :
"Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur."

21 Mac 2017

DOSA MENIPU ANAK!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


ADAKAH ISLAM MEMBOLEH KITA MENIPU KANAK-KANAK????

"Adik, tolong ambilkan air untuh abah..."

*Buat tak tahu sebab khusyuk tengok upin ipin..

"Kalau adik ambilkan, abah bagi adik coklat cadbury yang adik suka.." 

"Wahhh..adik dah lama tak makan coklat tu!"

Lalu anak kecil itu pergi ke dapur dan membawakan segelas air.

"Nah airnya, bak coklat adik..."

"Ahhh..lega tekak abah, coklat adik tu takde sekarang..nantilah kita beli ye."

"Alaaaa...ingatkan ada!" rungut anaknya sambil menarik muka tanda tidak puas hati. Dia kemudiannya kembali menonton televisyen. 
..........
BOLEHKAH KITA MENIPU ANAK?

Selalu situasi ini berlaku dan kita lakukan kepada anak kecil bukan? Kita menggunakan helah dan hadiah untuk menyuruh mereka melakukan sesuatu.

Perbuatan ini tiada salahnya, tapi tahukah anda jika anda tidak memberi apa yang anda katakan bermakna anda telah menipunya dan perbuatan menipu kanak-kanak termasuk salah satu dosa.

Ya, dosa yang orang ramai terlepas pandang . Yang selalu ibu bapa & orang dewasa lakukan.

Dalam hadith riwayat Abu Daud, Abdullah bin Amir pernah dipanggil oleh ibunya untuk diberikan sesuatu lalu Nabi bertanya kepada ibu Abdullah bin Amir apakah yang akan dia berikan kepada anak kecil itu..

Wanita itu menjawab kurma kemudian Baginda memberi peringatan, jika dia tidak memberikan kepada anaknya, maka dia dikira berdusta.

Dalam hadith riwayat Ahmad, baginda mengatakan:

من قال لصبي تعال هاك ثم لم يعطه فهي كذبة
"Sesiapa yang mengatakan kepada budak kecil 'Kesini, ambil ini' kemudian dia tidak memberikannya maka dia dikira berdusta.

Sebahagian orang menipu kanak-kanak kerana mereka biasanya tidak menuntut kembali janji itu sedangkan hakikatnya perbuatan ini meletakkan pelakunya dalam perbuatan menipu. [Al-Dhiya' al-Lami' min al-Khutab al-Jawami' 7/514]

Islam menyuruh agar menanam sifat jujur dan benar dalam diri kanak-kanak sehingga mereka menjadi sama seperti itu dan itu semua disampaikan melalui perbuatan dan percakapan. [Mausu'ah al-Akhlaq al-Islamiyyah 1/342]

Buat ibubapa dan sekalian orang dewasa, mari kita tanam dalam diri kita selepas ini:

• Menipu budak-budak sama seperti menipu orang dewasa.

•Janji dengan budak-budak perlu ditunaikan.

Wallahua'lam.
..........

Ustaz Ad-Dien Abdul Kadir

Sumber: https://t.me/KemusykilanAgama

Jika nak berjanji dengan anak-anak wajib tepati... Tapi biasa kami suami isteri gunakan perkataan nanti... Sebab kat situ maknanya lepas sesuatu pertolongan tapi tak nyatakan bila... Biasanya tak pernah lagi tak tunaikan... Jika tak dapat tunaikan kami akan ceritakan kepada anak-anak sebab kenapa tak dapat nak tunaikan janji tersebut... Dan mungkin diganti dengan ganjaran yang lain... 

Hati-hati berjanji dengan anak-anak.. sebab otak mereka sentiasa ingat apa yang kita janjikan... Jangan sesekali mungkir walaupun mereka tak mengerti... 

5 RESEPI MUDAH UNTUK ANAK-ANAK YANG DEMAM, SELSEMA DAN BATUK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bila anak demam mula hilang selera makan.. risau dengan berat yang susut... Baru-baru ni pun anak MF baru baik demam kan... susut betul badannya. 

Jadi, MF nak kongsikan 5  menu pilihan untuk anak-anak yang sedang dijangkiti penyakit demam, selesema dan sakit tekak.

1. Sup Ayam Tanpa Minyak

Bahan-bahan

500 gram tulang ayam
1 sudu besar bawang besar (dihiris)
Air secukupnya

Cara memasak

1. Rebus tulang ayam dengan air dan bawang.

2. Masak dengan api perlahan sehingga isi ayam luruh daripada tulang.

3. Sejukkan, tapis dan simpan dalam peti ais apabila sudah sejuk.

4. Anda boleh buang minyak di permukaan sup dengan mudah apabila ia telah sejuk.

5. Panaskan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

Sup ini sesuai untuk anak-anak yang demam bagi membolehkan mereka terus mendapat cukup cecair dalam badan bagi mengelakkan berlaku pernyahidratan.

2. Bubur Ikan

Bahan-bahan

Secawan beras
Sekeping isi ikan
1 cm halia (dihiris nipis)

Cara memasak

1. Cuci bersih beras, kemudian masak dalam air yang secukupnya dalam api perlahan sehingga menjadi bubur.

2. Dalam kuali berasingan, tumis hirisan halia kemudian masukkan isi ikan yang sudah dipotong dadu.

3. Selepas bubur siap, masukkan tumisan ikan ke dalam bubur.

4. Siap untuk dimakan.

Bubur berkhasiat ini sesuai sekiranya anak anda mempunyai masalah sakit tekak yang menyukarkan dia mengunyah makanan keras.




3. Pisang Lenyek & Aiskrim

Bahan-bahan

Sebiji pisang masak
1 skup aiskrim vanila

Cara menyediakan

1. Lenyek pisang menggunakan garfu.

2. Letak aiskrim di atas pinggan dan susun pisang di sekelilingnya.

Anak anda tetap mendapat khasiat daripada pisang dan aiskrim vanila walaupun ketika dia sedang sakit tekak.

4. Sup Ikan & Tofu

Bahan-bahan

250 gm isi ikan (potong bentuk kiub)
2 biji telur (dipukul)
1 keping tofu lembut (potong bentuk kiub)
1 liter stok ayam
75 gm cendawan (dipotong)
2 sudu besar lobak merah (dipotong dadu)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil jus lemon
Sedikit garam, serbuk lada putih, beberapa titis minyak bijak dan kicap untuk perasa

Cara memasak

1. Perap ikan dengan sedikit garam dan jus lemon.

2. Masukkan tepung  jagung dalam beg plastik. Masukkan ikan dan goncangkan beg sehingga ikan tersalut dengan tepung jagung.

3. Panaskan stok ayam dan masukkan ikan, tofu dan sayuran. Biarkan mereneh kira-kira lima minit.

4. Tambahkan perasa dan biarkan mereneh lima minit lagi.

5. Masukkan telur yang telah dipukul dan kacau dalam sup.

6. Sedap dihidangkan bersama nasi lembut yang panas.

Selera anak yang sakit mungkin boleh dibangkitkan kembali dengan hidangan menyelerakan ini.

5. Kastard Telur

Bahan-bahan

Sebiji telur
120 ml susu
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil esen vanila

Cara memasak

1. Pukul telur dengan gula.

2. Tambahkan susu dan esen vanila.

3. Masukkan adunan dalam mangkuk kecil atau acuan. Kukus kira-kira 30 minit sehingga ia masak.

Pencuci mulut ini mungkin digemari oleh anak yang enggan makan ketika tidak sihat.


Best pula tengok resepi ni.. rasa mak budak pun nak makan sekali kan.. 


Sumber rujukan: Karangkraf.com

100 DOA RASULULLAH SAW [ BAHAGIAN 2 ]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

11- Doa
اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَنِي.
Maksudnya:
Ya Allah, banyakkanlah daku harta, anak dan berkatikanlah apa yang Engkau berikan padaku.



Doa ini Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) doakan untuk Anas bin Malik:
اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ[11]
Maksudnya:
Ya Allah, banyakkanlah dia harta, anak dan berkatikanlah apa yang Engkau berikan padanya.



12- Doa ketika kesedihan
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ[12]
Maksudnya:
Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah Yang Maha Agong, Yang Maha Sopan. Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Tuhan arasy yang agong. Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan arasy yang mulia.



13- Doa ketika menghadapi masalah
اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ[13]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku mengharapkan rahmatMu dari itu janganlah Engkau membiarkan daku menguruskan diriku sendiri walaupun sekelip mata


14- Doa
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ[14]
Maksudnya:
Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya daku ini terdiri daripada orang-orang zalim.

Lafaz doa Zannun (Nabi Yunus AS.) ketika baginda dalam perut ikan paus iaitu:
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ
Maksudnya:
(Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya daku ini terdiri daripada orang-orang zalim.) Ianya tidak didoakan oleh seorang Muslim dalam apa jua keadaan melainkan pasti dimustajabkan oleh Allah kepadanya.



15- Doa menghilangkan kedukaan.
اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي[15]
Maksudnya:
Ya Allah! Sesungguhnya daku adalah hambaMu anak kepada hambaMu anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadap daku. Daku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau telah namakan dengannya diriMu atau Engkau telah turunkan dalam kitabMu atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu. Jadikanlah al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku


16- Doa keteguhan hati
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ[16]
Maksudnya:
Ya Allah, wahai yang membolak-balikkan hati, juruskanlah hati kami kepada ketaatanMu.


17- Doa keteguhan hati
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ[17]
Maksudnya:
Wahai yang membolak-balikkan hati, teguhkankanlah hatiku dalam agamaMu.


18- Doa agar afiat.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ[18]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu kesejahteraan di dunia dan akhirat.


19- Doa
اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ[19]
Maksudnya:
Ya Allah, baikkanlah semua kesudahan urusan kami dan jauhkanlah kami daripada kehinaan dunia dan akhirat.


20- Doa
رَبِّ أَعِنِّي وَلَا تُعِنْ عَلَيَّ، وَانْصُرْنِي وَلَا تَنْصُرْ عَلَيَّ، وَامْكُرْ لِي وَلَا تَمْكُرْ

عَلَيَّ، وَاهْدِنِي وَيَسِّرْ الْهُدَى إِلَيَّ، وَانْصُرْنِي عَلَى مَنْ بَغَى عَلَيَّ، رَبِّ اجْعَلْنِي لَكَ شَكَّارًا، لَكَ ذَكَّارًا، لَكَ رَهَّابًا، لَكَ مِطْوَاعًا، إِلَيْكَ مُخْبِتًا، لَكَ أَوَّاهًا مُنِيبًا، رَبِّ تَقَبَّلْ تَوْبَتِي وَاغْسِلْ حَوْبَتِي وَأَجِبْ دَعْوَتِي وَثَبِّتْ حُجَّتِي وَاهْدِ قَلْبِي وَسَدِّدْ لِسَانِي وَاسْلُلْ سَخِيمَةَ قَلْبِي[20]
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, bantulah daku dan janganlah Engkau bantu yang lain ke atasku, menangkanlah daku dan janganlah Engkau menangkan yang lain ke atasku, tumpaskanlah musuhku dan jangan Engkau berikan musuhku menumpaskanku, pimpinkanlah daku, mudahkanlah pimpinan itu untukku bantulah daku terhadap orang yang membuat penganiayaan ke atas diriku. Wahai Tuhanku, jadikan daku sentiasa bersyukur kepadaMu, sentiasa zikir kepadaMu, sentiasa takut kepadaMu, sentiasa taat kepadaMu, sentiasa khusyuk dan tawadhuk, kepadaMu merendah diri dalam bertaubat. Wahai Tuhanku, Engkau terimah taubatku, bersihkan kesalahanku, terimalah permintaanku, teguhkanlah hujjahku terhadap musuhMu, berilah hidayah pada hatiku, luruskan lidahku, dan lucutkanlah dendam daripada hatiku.



.... bersambung


Sumber: Himpunan Doa

20 Mac 2017

7 AIR AJAIB UNTUK BUANG TOKSIN DALAM BADAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Badan penuh toksin... Apa itu toksin.. toksin ni macam racun la dalam badan... Ada tanda-tanda tertentu yang boleh kita kenal pasti yang badan kita penuh toksin.. antaranya:


1. Sering rasa letih
Walau pun cukup tidur tapi anda tetap rasa mengantuk dan kurang bertenaga.

2. Berat badan sukar turun
Sudah bersenam sudah, makan pun dikawal tapi berat badan tak juga kurang.

3. Mulut berbau
Walau pun sudah memberus gigi, berkumur dan makan gula-gula getah tapi mulut masih berbau. Bau mulut memang ada kaitan dengan masalah pencernaan yang mengganggu proses penyingkiran toksin dari tubuh.

4. Sembelit
Usus menyingkirkan banyak racun setiap hari dari tubuh kita. Tapi ketika sembelit, tubuh menyimpan semua racun tersebut, yang akan memberi kesan negatif pada kesihatan. Sembelit ini akan menyebabkan sakit kepala, lenguh badan dan keletihan.

5. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah
Selain itu anda juga kerap rasa cemas.

6. Alahan dan masalah sinus
Ini kerana sistem imun yang lemah. Boleh jadi juga anda jadi sensitif kepada bau terutama wangian.

7. Masalah kulit
Jerawat, ruam, dan masalah kulit lainnya mungkin menandakan tubuh anda banyak toksin. Awas juga jika mata bengkak atau mengalami psoriasis. Ia boleh jadi tanda bahawa kandungan racun dalam tubuh sudah terlalu banyak.



Toksin ni boleh disingkirkan dengan detox air semulajadi... Tak susah pun.. di sini MF nak kongsikan ada 7 jenis air ajaib untuk detox, buang toksin dalam badan dan sekaligus dapat turunkan berat badan juga. 

Cara paling mudah adalah dengan meminum air. Minimum 6 hingga 8 gelas air sehari mampu memberikan hidrasi yang cukup untuk badan dan juga menjadikan organ dalaman anda lebih sihat. Tetapi kadang-kadang air kosong semata-mata tidak mencukupi.

Jadi kita tambah sedikit nutrien ekstra pada air minuman biasa tu dan tingkatkan kebaikannya! 

1. Air halia

Cara membuat: Satukan air dan halia dalam periuk saiz sederhana di atas api tinggi, biarkan sehingga mendidih. Kemudian perlahankan api dan biar ia mereneh selama 15 minit dan tapiskan setelah selesai.

Kebaikan: Air halia memang tidak boleh disangkal kebaikannya. Ia boleh digunakan sebagai air rawatan untuk senggugut, kembung perut, angin, mual-mual dan muntah-muntah yang selalunya dikaitkan dengan sakit lain. Minum air halia dapat membantu mengurangkan keradangan, bengkak sendi dan juga kesakitan yang dikaitkan dengan penyakit osteoarthritis dan rheumatism.

2. Air timun

Cara membuat: Buang kulit timun tetapi jangan buangkan semua. Tinggalkan sedikit. Buang kedua-dua hujung kemudian potong setengah mengikut panjangnya. Potong kecil (1/2 inci). Campurkan air dan timun tersebut dalam jug besar dan biarkan selama 1 jam. Lebih sedap jika dihidangkan bersama ais.

Kebaikan: Air ini bagus untuk otot; timun mengandungi silica yang mana ia merupakan mineral yang diperlukan untuk menjamin kesihatan tisu penghubung ini. Ia juga boleh memastikan kulit anda bersih dan gebu.

3. Air ros (untuk kegunaan luaran sahaja)

Cara membuat: Pilih ris yang segar dan wangi. Mula dengan mencuci mereka dan cabut kesemua kelopak. Masukkan kelopak ros ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya. Tutup periuk dan hangatkan (jangan samapi mendidih!). Tapis dan simpan air dalam balang kaca.

Kebaikan: Air ros membantu maintain keseimbangan pH kulit dan juga mengawal minyak berlebihan. Ia juga memiliki properti anti-radang yang membantu mengurangkan kemerahan kulit, menghilangkan jerawat, dermatitis dan juga eczema. Boleh juga digunakan pada rambut untuk rambut lebih lembut dan bersinar.

4. Air beras

Cara membuat: Rendam beras dalam air selama tiga jam. Selepas tiga jam, didihkan campuran ini kemudian perlahankan api dan biarkan ia selama 30 minit sebelum tutup api. Pastikan ia sejuk dahulu sebelum anda pureekan campuran ini. Tapis menggunakan kain atau penapis halus.

Kebaikan: Air beras boleh menjadi pembilas rambut yang baik. Apabila ia dicampur dengan sabun castile, ia boleh menjadi syampu yang natural. Ia juga sesuai digunakan sebagai toner. Air beras boleh menjadikan rambut lebih bersinar, kulit halus dan bebas-cela dan juga baik untuk kesihatan apabila diminum.

5. Air pudina

Cara membuat: Isi air ke dalam jug. Campurkan hirisan lemon dan daun pudina bersama dalam satu mangkuk, isi air dan kacau. Masukkan campuran ini ke dalam jag air dan sejukkan dalam peti sejuk. Kacau sekali sehari selama 2 - 3 hari sehingga air itu sebati dan bergabung dengan baik.

Kebaikan: Daun pudina adalah appetizer yang baik atau pembersih palate dan juga membaiki sistem penghadaman. Ia juga mempu mengurangkan sakit perut yang berpunca dari ketidakhadaman atau radang perut. Jika perut anda sakit, minum air pudina boleh memberikan kelegaan.

6. Air lemon

Cara membuat: 1/2 cawan jus lemon + 2 sudu besar air panas + air sejuk (secukupnya).

Kebaikan: Lemon mengandungi vitamin C, walaupun tidak tinggi tetapi cukup untuk badan. Ia juga mengandungi potassium. Meminum air lemon setiap pagi sebelum sarapan mampu memberikan tubuh badan anda peluang untuk menyerap vitamin dengan lebih mudah. Lemon juga mampu meningkatkan sistem imunisasi anda.

7. Air madu

Cara membuat: Isi air panas dalam mug + 1 - 2 sudu besar madu. Kacau sehingga sebati.

Kebaikan: Air madu yang diambil setiap pagi boleh membantu anda menurunkan berat badan. Ia juga boleh meningkatkan sistem imunisasi anda, mencegah alergi, melegakan sakit tekak, membuang angin dan detoks badan anda.

Memang mudah sangat nak buat.. bahan pun mudah nak dapat.. cuma jadikan air itu berperisa je... sekurang-kurangnya bila berperisa tu kita minum lebih sikit kan... resepi ni sesuai untuk mereka yang tak suka air kosong... Selamat mencuba!

Sumber rujukan: Hijabista

Pendek Tapi POWER!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Pendek tetapi ini Doa yang # *POWER* .



‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً

Allahumma inni asaluka al-'afiyah.

Al-Abbas (R.A.) bapa saudara Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata: "Ya Rasulullah, ajarkanlah doa," katanya.

Nabi (ﷺ) berkata: "Wahai bapa saudara saya, bacalah :
 ‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة

Allahumma inni asaluka al-'afiyah
(Ya Allah, aku meminta kepada kamu 'afiyah).

Sekarang apa yang 'Afiyah?

'Afiyah bermaksud :
"Untuk menyelamatkan aku daripada sebarang kesusahan yang menimpa."

Untuk menjadi sihat,kita berada dalam 'afiyah.

Untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam 'afiyah.

Untuk hidup, kita berada dalam 'afiyah.

Untuk mempunyai anak-anak kita di lindungi,Kita berada dalam 'afiyah.

Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam 'afiyah.

Jadi, pada asasnya 'Afiyah bermaksud:
"Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan dan penderitaan." Ini termasuk didunia dan akhirat.

Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali selepas beberapa hari dan berkata:

"Ya Rasulullah, doa ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang besar."

Nabi (ﷺ) berkata: "Bapa saudara ku yang dikasihi, memohon kepada Allah untuk 'Afiyah, anda tidak boleh diberi apa-apa lebih baik daripada 'afiyah. Ia adalah doa yang mudah."

Yang benar bermakna apa yang anda katakan ketika berdoa.

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk selamat daripada sebarang kesusahan,kesedihan,bahaya dan jangan menguji saya dan lain-lain."

Semua ini termasuk dalam "Allahumma inni asaluka al-'afiyah" (Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi)

Nabi Muhammad (ﷺ) berkata: "Sampaikan daripada aku, walaupun ia adalah satu ayat."

💝 Semoga bermanfaat 💝


Sumber: JAKIM

Blogger Paling Senang Nak Dapat Pahala Sedekah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Setiap Kebaikan Adalah Sedekah

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ وَإِنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ وَأَنْ تُفْرِغَ مِنْ دَلْوِكَ فِي إِنَاءِ أَخِيكَ

Dari Jabir bin Abdullah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Setiap kebaikan adalah sedekah. Dan di antara bentuk kebaikan adalah kamu menjumpai saudaramu dengan wajah yang menyenangkan. Dan kamu menuangkan air dari baldimu ke dalam bejana milik saudaramu." (HR Tirmizi No: 1893) Status: Hadis Hasan Sahih 

Pengajaran:

1.  Setiap kebaikan yang dilakukan walau sekecil mana ia adalah sedekah dan mendatangkan pahala
2.  Sedekah mencakupi aspek harta,  tenaga, usaha dan, tindakan yang telus dan ikhlas dalam usaha melebarkan manfaat buat diri, masyarakat dan makhluk alam yang lain. 

3.  Antara bentuk kebaikan apabila seseorang berwajah ceria dan memberikan senyuman kepada sahabat yang ditemui. 

4.  Menolong orang lain dengan menuangkan air dari bekas miliknya ke dalam bekas milik saudaranya,  itu juga sedekah

Lakukanlah kebaikan semampu kita. Moga ia menjadi pahala diakhirat.



Bukan susah nak bersedekah... Bagi blogger... Tulis yang baik-baik..bukan viral gossip ya... Sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain... Kira sedekah dah tu. Jika orang amalkan apa yang kita buat... InshaAllah kita pun dapt saham pahala sama macam orang yang melakukannya. 

Bukan susah nak buat pahala... Tapi kita banyak nak pilih dosa juga... Sebab takut orang kata kita ni buat baik menunjuk... Pedulikan kata orang... Dengar saja apa yang Allah dan rasul kata...

19 Mac 2017

IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA!

IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

IMAN SEMUT
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padangpasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

sumber: google images


IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah
dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir.
Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya:
"Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.

Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

p/s: Ilmu itu lebih baik daripada harta, ilmu menjaga engkau, engkau menjaga harta, ilmu menjadi hakim, harta dihakimi. Harta berkurangan apabila dibelanjakan, ilmu akan bertambah apabila di belanjakan..

18 Mac 2017

Projek Memikat Isteri!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Entry tertangguh... Kisah projek minggu lepas... Sejak beli mesin jahit baru... Semakin bersemangat suami nak menjahit... MF tahu minat dia.. mewarisi ibunya..

Mulanya buat untuk anak je.. sekali ada kain lebih... Saja MF request juga.. hehe...



Alhamdulilah.. suami cheq buatkan 7 helai palazzo kain cotton tshirt... Untuk anak-anak dua helai seorang... MF sehelai je...



Tapi MF dapat dua juga.. sehelai lagi palazzo batik.. guna kain batik yang orang sedekahkan sejak zaman anak dara tu kain tu... Tahun ni baru jadi pakaian yang boleh dipakai..

Alhamdulilah...
Dalam masa sama MF pun belajar juga jahit, potong dan ukur dari suami... Tapi fuhh... Tak sabar punya MF ni tau.. haha.. sekali ukur salah..terus tak nak buat..haha..

Tapi suami pujuk dan buatkan sampai siapkan.. akhirnya dapat la pakai... Hehe..

Terima kasih En.somi... Berjaya pikat saya dan anak-anak dengan hasil kerja tangan dia ...

Sesungguhnya menjahit ni perlukan kreativiti, ketelitian dan juga kesabaran yang tinggi... Huhu.. kalau MF nak belajar menjahit kena up lagilah peringkat sabar dalam diri tu ... Baru boleh berjaya... 

Lazada Birthday Blogger Contest

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Lazada Birthday Blogger Contest | Lazada menganjurkan satu peraduan mudah untuk blogger iaitu Lazada Birthday Blogger Contest (Peraduan Ulang Tahun Lazada)  sempena ulang tahun Lazada ke 5. Baru 5 tahun rupanya Lazada ni... baru tahap budak tadika tapi popularnya Lazada ni macam dah 50 tahun dah... Sebut sahaja Lazada siapa tak kenalkan, hatta budak sekolah rendah boleh kenal tau... Lazada ni boleh dikatakan tempat shopping online utama pilihan ramai kaki shopping online di Malaysia dan beberapa buah negara sekitarnya, termasuk Filipina dan Thailand juga kerana banyak pilihan jenama, harga yang murah, dan juga banyak cara pembayaran untuk pembeli pilih. 



Contest yang terbuka untuk para blogger ini sedang berlangsung 1 March sehingga 23 March 2017. Semakin ramai blogger yang join, semakin banyak dan lumayan hadiah Lazada tawarkan. Jom kita tengok, apa hadiah hebat Lazada nak bagi blogger yang join contest ni...

Kurang 50 Peserta (10 Pemenang) 
1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 3 x RM200 
3rd Prize: 6 x RM100 

Lebih dari 50 dan Kurang dari 100 Peserta (20 Pemenang) 
1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 7 x RM250 
3rd Prize: 12 x RM125 

Lebih dari 100 Peserta (30 Pemenang) 
1st Prize : 1 x RM800 
2nd Prize : 12 x RM300 
3rd Prize :17 x RM150 

Lumayan kan. Jadi jom kita memeriahkan contest blogger ni sebab makin ramai join, makin tinggi peluang nak menang hadiah. Mana tau kan... rezeki... Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu.


Bagi yang tak jadi blogger jangan sedih, sebab birthday sales Lazada (http://www.lazada.com.my/birthday-sale/) pun ada dimana kita akan dapat sehingga 90% diskaun. bukan 9% ye, 90% peratus diskaun... Fuhhh... berpeluh tau... mana nak dapat tawaran diskaun hebat camni, melainkan Lazada je berani dok bagi ni.. Jadi, jangan lepaskan peluang tu!


Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia?

Apa yang saya suka??? Hmmmm.... Panjang berjela pula kalau nak terangkan... tapi saya cuba ringkaskan mana yang boleh. Sebenanrnya, saya suka shopping kat Lazada ni sebab banyak pilihan produk. Kalau kita pergi satu Shopping Mall, belum tentu kita akan dapat seperti mana barang yang terdapat di Lazada, silap hari bulan, 3 barang kita nak beli, tapi banyak tempat nak kena beli... sebab tak semua barang ada kat satu tempat. Tapi di Lazada, hanya satu klik "Search", terus akan keluar senarai barang yang kita nak tu... Mudah dan cepat sangat...

Selain tu, MF suka beli kat Lazada ni, sebab mudah nak bayar... boleh pilih nak bayar pakai apa, kad kredit, kad debit, Online atau ATM transfer... Paling best Cash On Delivery... Tapi tak berapa meluas perkhidmatan Cash On Delivery ni.. bergantung pada tempat dan barangan tertentu sahaja. 

Dan, bestnya, MF suka Lazada ni, sebab selalu sahaja ada diskaun tak masuk akal... Produk beratus ringgit boleh jadi belasan ringgit... Ini bukan cobaan, tapi betul-betul punya.. Itu yang best... 

Jadi, tak hairanlah MF dan suami merupakan pembeli tegar di Lazada Malaysia, boleh dikatakan saban minggu ada sahaja produk kami beli. Penghantaran pun cepat tau, dulu ada yang complain lambat, tapi tahun ni pantas betul perkhidmatan diorang ni... Email hantar tracking tak sampai lagi, tapi barang dah sampai dah... Good Job Lazada.. I love it!!!


Top tiga produk pilihan dari Lazada Malaysia (tiga produk kegemaran anda)

Soalan ni mencabar bila nak pilih barang kesukaan di Lazada... Haha.. Kalau boleh nak beli semua.. apa sahaja barang yang tak ada, saya nak adakan kalau boleh la... Antara kategori yang biasa dibelek ialah, barangan electik, kelengkapan rumah, tak terkecuali barangan untuk anak juga. Tapi takpe.. saya akan pilih 3 produk yang memang nak minat buat masa sekarang ni... 


Xiaomi Redmi 4A (Rose Gold)

Smartphone ni memang terbaik sebab memang mana-mana tengok review memang positif. Dah la harga murah, tapi fungsinya setanding smartphone harga ribu riban. Dengan harga mampu milik RM459.00, memang berbaloi untuk spec yang ditawarkan. Camera yang tinggi megapixels, bateri saiz besar, dua simcard + dua whatsapp dalam satu phone, dan internal storage 16gb, memang idam sangat nak ni... kebetulan smartphone tua saya dah tak berfungsi dengan baik.. Tu yang macam gila bayang... Setiap hari mesti tatap ini smartphone... hehe... Haaa, kalau nak cepat follow di Lazada kat http://www.lazada.com.my/redmi-4a-rose-gold-19016329.html



Philips HD2139 Pressure Cooker Electric 6.0L (Brown)  

Bagi mak yang bekerja dan sibuk memanjang macam saya memang satu keperluan ada periuk cepat masak seperti Philips HD2139 Pressure Cooker Electric 6.0L ni. Sebabnya, senang nak masak makanan yang sedap-sedap bila ada pressure cooker ni... Dah lama dok membelek periuk ni... Dengan review positif, buatkan tak sabar nak memiliki periuk jenama Philips. Lagipun, jenama Philips ni terkenal satu dunia sebagai jenama yang berkualiti dan terbaik di pasaran. 


Lenovo Ideapad 710s Plus 1.2KG Ultrabook -i7-7th gens 512GB SSD 

Produk piliha ketiga ialah Lenovo Ideapad 710s Plus 1.2KG Ultrabook -i7-7th gens 512GB SSD. Netbook MF bermasalah pula... Dah dua kali repair, kali pasrah nak beli baru... Nak beli yang lebih berkualiti.. Tak kisah tang harga, asalkan tahan lama...dan serba boleh. Jadi Lenovo Ideapad 710s Plus 1.2KG Ultrabook -i7-7th gens 512GB SSD   menarik minatsaya sebab spec tu buatkan ianya sangat berbaloi dengan harga... Dengan RAM dan prosessor yang besar, memang sesuai untuk saya yang sukakan design dan berblog serta bekerja menggunakan laptops setiap hari. 



Apakah pendapat anda untuk Lazada Malaysia boleh diperbaiki/dipertingkatkan?

Saya harapkan Lazada dapat pertingkatkan cara pembayaran. Perluaskan lagi lingkungan produk yang ada cash on delivery, sebab ramai pelanggan suka cara pembayaran begitu...memandangkan tak semua orang mampu nak bayar online ataupun debit dan kredit kad. 

Selain, harap Lazada lebih effesien memberitahu pelanggan tracking number secepat mungkin. Supaya pelanggan bersedia menerima barang yang dibeli pada masanya.

Apakah ucapan selamat hari lahir anda untuk Lazada Malaysia?

Selamat Ulangtahun ke-5 Lazada! Semoga Lazada Malaysia terus maju jaya dan kekal sebagai peneraju shopping mall online di Malaysia dengan harga terendah, selamat, berkualiti dan dipercayai ramai. Terima kasih Lazada kerana memudahkan rakyat Malaysia membeli belah dengan mudah dan cepat. 

All the best for the future!

===================================
Lazada birthday Blogger Contest

Bagaimana untuk Join Lazada Birthday Blogger Contest?

1. Peraduan bermula dari 1 Mac sehingga 23 Mac 2017 (11:59).

2. Setiap peserta (blogger) perlu menulis catatan dan menjawab soalan-soalan ini pada / pos blognya:

a. What do you love about Lazada Malaysia? 
b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 
c. How do you think Lazada Malaysia can improve? 
d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 

3. Perkara ini mesti mengandungi screenshot untuk ketiga-tiga produk tersebut dalam titik 2.b (yang "Pilihan Produk Top" pos).

4. Peserta dikehendaki menyerahkan pautan ke jawatan mereka melalui e-mel kepada contest@lazada.com.my dengan subjek bertajuk: Lazada Contest Birthday Blogger

7. Peserta adalah dialu-alukan untuk menghantar artikel dalam mana-mana bahasa.

6. Pemenang akan dipilih secara rawak.

17 Mac 2017

10 Perangai Anak-kecik Yang Buatkan Mak Bapak Geram, Tapi Bila Ingat Senyum Sendiri!

10 Perangai Anak-kecik Yang Buatkan Mak Bapak Geram, Tapi Bila Ingat Senyum Sendiri!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Perjalanan membesarkan anak satu moment indah buat ibu bapa.. sebab tu mak bapak sekarang, kamera handphone tak lepas tangan bila ada anak.. sebab ada masa yang dijangka akan ada moment indah itu dicipta tanpa sengaja oleh anak-anak ini...

Ini, 10 perkara yang biasa anak-anak buat, yang buatkan mak bapak geram, tapi ingat-ingat balik buatkan kita senyum seorangan kan.. hehe..

1. Tiba-tiba berbogel sebab nak masuk bilik air
Mentang-mentang dia dah pandai buka baju dan seluar sendiri termasuk 'pampers', suka hati dia bogel sambil beritahu nak mandi. Alasan sebenar sebab nak main air.

2. Asyik nak tukar baju
Mama mesti nak naik 'angin' bila si kecil asyik nak tukar baju dan seluar. Baru pakaikan baju bersih, dia dah minta tukar baju lain.

3. Mengamuk dalam masa 2 saat
Tengah asyik bermain, tiba-tiba ada yang tak kena dan terus mengamuk, lepas tu tak sampai 5 saat dah 'ok' balik.

4. Melukis di mana-mana dia suka
Walaupun sudah dimarah dan dia sudah minta maaf serta berjanji tak buat lagi tapi anda masih akan terjumpa lukisan kecil di sudut-sudut rumah.

5. Tukar fikiran tentang sesuatu perkara tanpa amaran
Jangan ingat kalau hari ini si kecil gemar makanan yang anda masak, esok dia akan suka lagi. Mungkin esok hari dia mengamuk tak mahu makan.

6. Ingat semua perkara
Kalau ada sesuatu perkara yang dia sangat suka, si kecil akan ingat sampai bila-bila dan tak boleh 'move on'. Dia akan sebut perkara itu bila-bila masa sahaja.


7. Korek hidung
Sepanjang masa bila-bila masa dia suka.

8. Sangat 'drama queen'
Kadangkala mudah sangat sentap! Pantang tersilap sikit, cepat sahaja mengamuk walaupun anda cuma mematahkan sebiji pisang jadi separuh supaya dia senang makan!

9. Tertidur pada waktu yang tak kena
Bila suruh tidur, dia berkeras tak nak. Bila anda nak keluar rumah, elok masuk kereta si kecil pun terus tertidur. Sudahnya bila sampai ke destinasi, dia mengamuk sebab kena kejut.

10. Buat sepah
Ada sahaja idea dia untuk buat sepah di rumah walaupun tiada barang mainan depan mata. Memang kreatif sungguh!

Semestinya, kanak-kanak normal akan buat perkara ni kan.. memang kita geram.. tambah-tambah bab sepah dan conteng dinding... Peristiwa memalukan korek hidup depan cashier masa nak bayar barang ... huhu... malu kott... hehe... tapi itulah.. moment indah tu, akan jadi kenangan berharga bila anak-anak dah besar nanti kan..





 MF doakan mereka yang berusaha mendapatkan zuriat akan merasai moment ni satu hari nanti... Jangan putus asa okey.. Allah know the best for you...


Rujukan: karangkraf.com

16 Mac 2017

Debaran Keputusan SPM

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Debaran Keputusan SPM

Hari ini, 16 Mac 2017 (Khamis) merupakan saat yg dinantikan oleh calon-calon SPM 2016. Tidak terkecuali guru-guru mata pelajaran khususnya Tingkatan 5. Debaran guru bagaikan satu hentakan kuat menantikan saat keputusan diumumkan. Hanya Allah swt saja yg tahu saat itu.

Bagi guru-guru yang pernah mengajar pelajar tersebut dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 hanya melihat dari jauh keadaan muridnya itu. Dengan harapan semoga anak-anak didiknya berjaya mengamalkan ilmu yg disampaikan walaupun tidak begitu cemerlang dalam akademik tapi itulah harapan seorang pendidik.

Walaupun selepas dapat keputusan, guru tingkatan 1 hingga 4 hanya mampu pandang sipi dari jauh... Yang nampak riak wajah gembira, sedih dan Macam-macam ragam ialah guru tingkatan 5. Itu yang pernah dirasakan dulu...

Tahun ni, tahun pertama MF merasa debaran itu... Sebab tahun lepas tahun pertama ajar tingkatan 5 di sekolah baru... Alhamdulillah... Jadi, memang rasa debaran tu dah seminggu yang lalu...

Tak sabar nak tunggu berita keputusan... Walaupun tak lama MF mengajar tahun lepas.. Tapi tetap letakkan harapan... Moga mereka cemerlang... Tak tahu nak cerita debar tu camne...

Jika cemerlang, para guru mampu menumpang gembira atas usahanya bertungkus lumus mengadakan kelas-kelas tambahan, mengorbankan cuti serta keterbatasan masa bersama keluarga.

Apa pun... MF selaku guru tapi juga ibu bapa..  Harapannya kepada ibu bapa yang merupakan pendidik di rumah yang sentiasa mengambil berat akan pembelajaran anak-anak agar menghargai guru dengan sekadar ucapan terima kasih.

Para guru tidak meminta untuk dihargai tetapi menghormati guru itulah akhlak terpuji terhadap perjalanan hidup generasi akan datang. Jika tidak cemerlang pun kata-kata dorongan seorang pendidik tidaklah melemahkan anak-anak didiknya. Yang penting tingkatkan usaha lagi, jangan sesekali berputus asa.

Kita mengharapkan anak-anak kita yang akan mewarisi negara ini supaya hidupnya cemerlang dan gemilang dengan cara menghormati ibu bapa, guru serta masyarakatnya. Ajarkan anak-anak kita supaya pandai menghargai dan berterima kasih. Sentiasalah mengucapkan syukur pada Allah swt atas nikmat yang telah diberikanNya kepada kita semua.

Terima kasih cikgu

Semoga semua calon SPM 2016 cemerlang dalam keputusan yang akan diterima hari ini... Buat yang berjaya.. Tahniah.. Buat yang kurang berjaya... Usaha lagi hingga berjaya...  Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.