23 Ogos 2017

Viral Khasiat Minum Air Halba | Benarkah Halba Makanan Sunnah?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Viral Khasiat Minum Air Halba | Benarkah Halba Makanan Sunnah? | Sekarang tengah viral tentang air rendaman halba terutama dalam kalangan wanita dan para ibu... Yang menjadi viral tu tak kisah, cuma yang kisahnya bila ada yang sebarkan dalil hadis bersandarkan kepada Rasulullah s.a.w tentang halba. Betul ke hadis tu hadis sahih? Sahih ke cerita tu? Zaman sekarang, banyak fitnah kepada Rasulullah s.a.w... Jangan buat main-main...dan jangan main sebar aje... 

Antara hadis popular yang disebarkan ialah:

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”.

Tapi dalam hadis ini tak dinyatakan siapa perawinya... 

Jadi, ulama ada membahaskan hadis ini:
Komentar ulama hadith
Kata Abū ‘Abd Allah Badr Al-Dīn Muḥammad bin ‘Abd Allāh Al-Zarkashī dalam Al-Laāli‘ Al-Manthūrah Fī Al-Aḥādīth Al-Masyhūrah¹:

الحَدِيث التَّاسِع لَو يعلم النَّاس مَا فِي الحلبة لاشتروها بوزنها ذَهَبا

Hadith ke-9, Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup membelinya dengan sebanyak timbangan emas

اخرجه ابْن عدي فِي كَامِلَة عَن جحدر عَن بَقِيَّة بن الْوَلِيد عَن ثَوْر بن يزِيد عَن خَالِد بن معدان عَن معَاذ بن جبل مَرْفُوعا

Ia telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adiy dalam kitab kamilnya dari Jahdar dari Baqiyyah bin Al-Walid dari Thawr bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Mu’adh bin Jabal secara marfu’².

وَلَا اعْلَم رَوَاهُ عَن بَقِيَّة غير جحدر وَهُوَ احْمَد بن عبد الرَّحْمَن وَهُوَ ضَعِيف يسرق الحَدِيث

Dan aku tidak tahu adakah ianya diriwayatkan dari Baqiyyah selain dari Jahdar, iaitu dia adalah Ahmad bin ‘Abd Al-Rahman dan dia adalah seorang yang da’if serta pencuri hadith.

Kata Shams Al-Dīn Abū Al-Khayr Muḥammad bin ‘Abd Al-Raḥmān Al-Sakhāwī dalam kitab beliau Al-Maqāṣid Al-Ḥasanah Fī Bayān Kathīr Min Al-Ahādīth Al-Mushtahirah ‘Ala Al-Alsinah³

الطبراني في الكبير من حديث سليمان بن سلمة الخبائري حدثنا عتبة بن السكن الفزاري حدثنا ثور بن يزيد عن خالد بن معدان عن معاذ بن جبل مرفوعا به،

Al-Tabarani [telah mengeluarkannya] dalam [kitabnya] Al-Kabīr dari hadith Sulaymān bin Salamah Al-Khabāirī dari ‘Utbah bin Al-Sakn Al-Fazārī dari Thawr bin Yazīd dari Khālid bin Ma’dān dari Mu’āz bin Jabal secara marfu’.

والخبائري كذاب، وهو عند ابن عدي في كامله،

Dan Al-Khabāirī adalah pendusta dan [perkara tersebut tercatat] disisi Ibn ‘Adiy dalam kitab Kāmil-nya

من حديث أحمد بن عبد الرحمن الملقب جحدر وهو ممن يسرق الحديث ثنا بقية عن ثور به،

[Ia juga] adalah hadith dari Ahmad bin ‘Abd Al-Rahmān yang digelarkan Jaḥdar. Dan dia adalah dari kalangan mereka yang mencuri hadith yang diriwayatkan dari Baqiyyah dari Thawr tentangnya.

¹Muḥammad bin ‘Abd Allāh Al-Zarkashī. (1986). Al-Laāli‘ Al-Manthūrah Fī Al-Aḥādīth Al-Masyhūrah. (Muṣṭafā ‘Abd Al-Qādir ‘Aṭā, Ed.). Bayrut: Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah, halaman 153.

²Marfu’ bermaksud, periwayatannya sampai kepada Nabi sal Allah ‘alayhi wa sallam, tidak hanya terhenti pada peringkat sahabat atau tabi’in.

³Muḥammad bin ‘Abd Al-Raḥmān Al-Sakhāwī. (1985). Al-Maqāṣid Al-Ḥasanah Fī Bayān Kathīr Min Al-Ahādīth Al-Mushtahirah ‘Ala Al-Alsinah. (Muḥammad ‘Uthmān Al-Khasht, Ed.). Bayrut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, halaman 556.

Sumber: http://semakhadis.com/sekiranya-umatku-tahu-akan-kelebihan-halba/

Kesimpulan:
Hadis ini tersangat lemah, tidak boleh disebarkan.

khasiat halba

Khasiat Halba

Namun begitu, tak dinafikan halba memang banyak khasiatnya... 

Antara khasiat hulbah (halba) membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

Halba atau nama botaninya trigonella foenumgraceum tergolong dalam keluarga fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, ‘halba’, berasal daripada nama bahasa Arab, ‘Hilbeh’ (حلبة).

Negara pengeluar halba yang terutama termasuk India, Argentina, Mesir, Perancis, Sepanyol, Turki, Maghribi dan China, dengan India merupakan pengeluar yang terbesar di dunia. Negeri Rajasthan mengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran di India, dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain termasuk Gujarat, Uttaranchal, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh, Maharashtra, Haryana, dan Punjab. Halba memang terkenal sebagai herba perubatan di zaman purba, terutamanya di kalangan masyarakat China, Mesir, Rome dan Yunani.

Ahli botani masih tidak dapat memastikan jenis liar Trigonella yang menghasilkan halba tanaman. Bagaimanapun, halba dipercayai ditanam buat pertama kali di Timur Tengah, berdasarkan penemuan yang berikut:

* biji halba yang hangus di Tell Halal, Iraq (pentarikhan radiokarbon: 4000 SM);
* biji halba yang hangus di kota Lachish (Zaman Gangsa);
* biji kering di makam Tutankhamen.

Ðikenali juga dengan nama fenugreek (Inggeris), hu lu ba chai (China), keerai (Tamil), dikatakan halba merupakan tumbuhan semulajadi di bahagian Timur Eropah dan Ethopia. Malah halba juga dikatakan telah digunakan semenjak zaman silam sebagai makanan dan ubatan oleh penduduk yang tinggal di persisiran pantai Mediterranean dan Asia.

Pokok halba boleh dikenali melalui batangnya yang menegak setinggi kira-kira 30 hingga 60 cm dan berbau kuat. Ðaun halba berbentuk seperti titisan air mata dan tumbuh dalam kumpulan bertiga dari batangnya yang halus. Bunga pokok halba berwarna kuning. Biji halba berwarna kuning kecoklatan dan mengeluarkan bau yang agak pelik. Halba dikenali sebagai saurian berdaun namun bijinya yang banyak digunakan dalam masakan mahupun dijadikan sebagai ubat. Ðaun halba mempunyai bau yang kuat terutamanya jika dimakan mentah.

Selalunya daun halba banyak digunakan dalam masakan India, terutama sekali India Utara, di mana daun ini dianggap sebagai bahan istimewa dan dimasak dengan pelbagai cara. Ðaun ini juga dikatakan gandingan sesuai bagi bahan-bahan berkanji seperti gandum dan ubi kentang. Ðaun halba mempunyai perisa saderi, bayam dan mempunyai kepahitan tersendiri yang akan membangkitkan selera makan. Kepahitan daun boleh dihilangkan sedikit dengan mencelur daun halba di dalam air mendidih, kemudian dimasukkan ke dalam air sejuk sebelum digunakan, tetapi sedikit perisanya juga akan hilang.

Daun Halba

Ðaun rawat masalah penghadaman

Ðaun halba mengandungi protein, beta karotena, besi dan zat-zat galian yang lain. Ðaun ini menyejukkan dan dikatakan mampu menaikkan selera makan seseorang jika diambil dengan cara yang betul. Ðaun halba jika ditumbuk halus dikatakan boleh disapu kepada muka kerana ia mampu menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam, muka kering dan kemunculan awal kedutan muka. Jika pes daun ini disapu pada kulit kepala sebelum mandi, dikatakan mampu memanjangkan rambut, mengekalkan warna semula jadi rambut dan menjadikan rambut halus dan lembut.

Ðaun halba juga dikatakan mampu digunakan dalam merawat masalah penghadaman dan masalah kembung perut. Air rebusan daun halba pula dikatakan boleh digunakan sebagai ubat kumur bagi masalah ulser mulut. Ðaun halba juga dikatakan mampu membantu pembentukan darah. Ðaun yang telah dimasak dikatakan amat berguna untuk gadis remaja mengelak anemia dan keadaan yang berkaitan dengan masalah pembesaran dan cukup umur.

Berikutan dengan kesan yang menyejukkan, daun yang telah ditumbuk boleh ditampalkan pada bahagian yang mengalami bengkak dan kesan terbakar.

Teh halba merawat demam

Biji halba merupakan sumber yang kaya dari galactomannan polisakarida. Ia juga merupakan sumber saponin diosgenin, yamogenin, gitogenin, tigogenin, dan neotigogens. Unsur bioaktif lain yang terdapat dalam halba termasuk lendir, minyak atsiri, dan alkaloid seperti Kolin dan trigonelina.

Biji halba pula dikatakan bersifat melegakan, melawaskan kencing, mengeluarkan angin, menambahkan air susu ibu serta sesuai dijadikan sebagai tonik perangsang dan penaik selera makan. Biji halba dikatakan mampu digunakan untuk merawat kolik, kembung perut, disentri, diarea dan dispepsia di mana semuanya berkaitan dengan masalah dalaman perut. Teh yang dibuat daripada biji halba juga dikatakan amat bernilai dalam mengurangkan demam. Teh halba juga berguna sebagai minuman pencuci dan pelega badan dan ia juga dikatakan mempunyai kelebihan untuk membuang bahan melekit dalam tubuh.

Biji halba jika diambil dengan menelannya secara mentah (sekitar 2-3 gram) atau direndam dengan air hangat setiap pagi sebelum memberus gigi atau sebelum meminum teh/kopi dikatakan mampu memberikan kesan terapi dan penyembuhan untuk sakit-sakit sendi, tanpa memberikan efek sampingan.

Merawat sakit tekak

Ubat kumur yang dihasilkan daripada biji halba dikatakan amat berguna dalam merawat sakit tekak. Apabila menyediakan ubat kumur ini, ia seharusnya lebih pekat daripada teh. Teh ini juga dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat untuk menghilangkan bau mulut dan bau badan.

Membantu pesakit diabetes

Biji halba juga dikatakan mempunyai kesan hipoglisemia yang ringan dan dipercayai mampu membantu pesakit diabetes dengan mengurangkan glukosa serum dan meningkatkan toleransi glukosa.

Penggalak pengeluaran susu ibu

Biji halba yang telah dihancurkan dan dijadikan seperti kanji dikatakan boleh dimakan oleh ibu yang baru melahirkan anak terutamanya bagi membolehkan mereka meningkatkan pengaliran susu badan. Halba digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa halba adalah stimulator pengeluaran susu ibu dan penggunaannya dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran susu sebanyak 900%.

Walaupun terdapat banyak kegunaan biji dan daun halba, namun begitu sebelum menggunakannya hedaklah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.
Sumber: https://rempahratuswannura.wordpress.com

Kesimpulannya:
Tak salah nak amal, tapi sebelum nak letak dalil semak dulu dalil itu sahih ke tidak... Mungkin ada yang kata...alah... Hadis dhaif (lemah), bukan hadis palsu... memang benar ada ulama membenarkan mengamalkan hadis dhaif selain perkara yang tak melibatkan aqidah dan hukum... Tapi ada syaratnya iaitu:

  1. Hendaklah dhaif itu bukan dhaif yang bersangatan.
  2. Hendaklah hadis dhaif itu bukan berkaitan dengan hukum hakam, tetapi hanya berkaitan dengan kelebihan-kelebihan beramal. Jadi sekiranya hadis dhaif itu membentuk satu hukum, ia tertolak.
  3. Tidak boleh meyakini bahawa hadis itu datang dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.
  4. Tidak boleh menyeru manusia beramal dengannya. Haram hukumnya menyebarkan hadis dhaif dan kemudian menyeru manusia beramal dengannya.
  5. Hendaklah hadis dhaif itu terhasil dari hukum yang asal yang telah sedia ada. Contohnya, hukum mentaati ibu bapa adalah wajib berdasarkan dalil dari Al-Quran dan hadis sahih. Maka kelebihan mentaati ibubapa termasuk dalam kelebihan beramal, at-targhib wat tarhib. Ia mestilah terhasil dari hukum asal yang sabit dari Al-Quran atau hadis sahih. Sekiranya kelebihan beramal itu membentuk suatu hukum baru maka ia tidak boleh diterima. Untuk membentuk hukum solat dengan kelebihan tertentu tidak dibolehkan, sebab itulah Imam Al-Nawawi sendiri menolak solat Raghaib sempena awal bulan Rejab kerana tiada hadis Nabi SAW tentang solat Raghaib.

Inilah lima syarat yang diperuntukkan oleh Imam Al-Nawawi sebelum membolehkan beramal dengan hadis dhaif. Sedangkan adakah orang yang beramal dengan hadis dhaif mengikuti semua syarat-syarat ini? Mereka menyeru orang beramal dengannya, bahkan orang awam tidak mampu membezakan hadis yang kurang daif atau bersangatan daifnya. Jadi jika tidak mampu memenuhi syaratnya  maka jangan beramal, tinggalkanlah yang dhaif kerana di sana terdapat banyak hadis-hadis sahih yang belum diamalkan. Beramallah dengan hadis-hadis sahih. 
Sumber: https://ustazfathulbari.wordpress.com


Jadi, lebih baik elakkan guna hadis dhaif kecuali dah takde hadis lain untuk dibuat hujah untuk menguatkan  amal. Belajarlah ilmu hadis... Sekarang ni nak cedok ilmu hadis kat Google jangan sebarang... 

Di sini,MF kongsikan tempat rujukan kalau nak semak hadis...
Telegram:   

Jadi, amallah..semua bahan alami yang Allah jadikan untuk kita ada khasiatnya... semua baik untuk kesihatan kita...Jangan taksub sangat dalam beramal... sederhana itu lebih baik.. Bahkan kisah tentang Rasulullah s.a.w menyuruh Sa'ad bin Abi Waqas rawat dengan halba juga dikatakan tak sahih sebab tiada perawi yang menepati taraf sahih... 

Jadi, hati-hati... Nak amalkan halba.. silakan.. nak kongsikan kebaikan silakan.. Jangan letakkan dalil tak sahih sahaja, itu sahaja... 

Kita mestilah hati-hati dalam penyebaran hadis, kerana kata Nabi SAW, “Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” (Riwayat Muslim)

Berkata Ibnu Mas’ud ra., “Lebih baik kamu menyekat dirimu dari melakukan satu sunnah dari kamu menyibukkan dirimu melakukan bid’ah.” Bukan beliau melarang melakukan sunnah, tetapi bagi riwayat yang kita tidak pasti kesahihannya, lebih selamat kita tinggalkan. Kalau beramal kita mungkin melakukan bid’ah sedangkan ia dilarang, jadi tidak mengapa kita tidak beramal dengannya jika tidak pasti.

Tarikh-tarikh Penting Zulhijjah Tahun Ini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bermula tarikh puasa sunat bagi yang puasa hari ini... 

Dah bermula bulan akhir bagi tahun hijrah... 

Moga kita dapat rebut pahala terakhir untuk tahun hijrah tahun ini... Insha Allah... Siapa yang dapat buat Haji alhamdulillah... Bagi yang mampu buat korban... Moga dipermudahkan... Bagi yang tak dapat buat keduanya... Buatlah apa yang termampu dan elakkan buat Maksiat dan dosa... 

22 Ogos 2017

Cara Bayar Hutang Orang Dah Lost Contact

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Bayar Hutang Orang Dah Lost Contact! | Hutang, perkara harus dalam Islam... Dalam Islam memang boleh berhutang... Asalkan ikut tatacara ya... Tapi kadang kita tak ikut...

Hukum bayar hutang wajib atas apa cara sekalipun... Jika mampu bayar hutang, tapi sengaja bertangguh menjadikan hukumnya HARAM.. Tapi atas kejahilan kita, kadang sikap suka bertangguh tu buatkan hutang terbengkalai...

Bila datang kesedaran dan keinginan serta kemampuan untuk bayar tu baru rasa nak membayar... Tapi malangnya kadang, orang yang kita berhutang dengannya tu, hilang tak dapat di kesan... Mungkin dah pindah, ntah hidup atau sebaliknya...

Jadi, mula risau kan... Sebab status hutang tu... Macam mana nak bayar nanti ni...

Baik... Ini penjelasan dan cara penyelesaiannya...

Bagaimana Mahu Membayar Hutang kepada orang yang Tidak Dapat Dihubungi?



SOALAN

Asalamualaikum, Ustaz. Saya ingin bertanya. Saya ada berhutang dengan kawan saya semasa belajar dahulu. Selepas belajar, kami terputus hubungan dan saya tidak tahu bagaimana mahu membayar hutang mereka.

Bagaimana cara lslam bagi membayar hutang kepada orang yang tidak dapat dihubungi atau lost contact?

JAWAPAN:

Pertama sekali kita perlu berusaha bersungguh-sungguh menghubungi kawan kita itu dan membayar hutangnya.

Jikalau kita tidak berjaya menghubunginya ataupun kawan kita itu sudah meninggal dunia namun kita berjaya menghubungi warisnya seperti isteri ataupun anak-anaknya, maka hutang itu perlu diserahkan kepada warisnya yang masih ada. Jikalau kita tetap gagal menghubungi kawan itu dan gagal juga mengenalpasti ahli warisnya, maka jalan melangsaikan hutang kita adalah dengan bersedekah sebanyak jumlah hutang itu untuknya

Wallahua'lam.


Sumber: Telegram Channel @KemusykilanAgama

Jadi, usahalah cari.. Kat Facebook ke website ke Mana-mana kan.. Jika tak tau juga... Kita sedekahkan duit tu dengan niat atas nama kawan kita tu... Selebihnya mohon ampun atas khilaf kita dan moga diterima amalan kita itu... Insha Allah... 

5 CARA BERSIHKAN DAN LEMBUTKAN HATI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



CARA BERSIHKAN DAN LEMBUTKAN HATI


Al-imam abu laith as-samarqandi dalam kitabnya "tanbihul ghafilin " ada menyebut:

5 cara hendak melembutkan hati :

1) sentiasa bergaul dengan orang yang soleh2) sentiasa membaca al-quran3) sentiasa memelihara perut daripada makan makanan yang haram4) istiqamah solat malam5) perbanyakkan berzikir dan berdoa terutamanya pada waktu subuh


jadi pastikan kita tidak terlepas daripada buat 5 perkara ini setiap hari

Moga hati kita akan sentiasa lembut dan bersih

Kredit: Facebook Bahagian Dakwah, Jakim

21 Ogos 2017

Cara Cepat dan Selamat Hilangkan Bekas Jerawat Dengan Rose Face Serum ZEETA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Cara Cepat dan Selamat Hilangkan Bekas Jerawat Dengan Rose Face Serum ZEETA | Jerawat musuh nombor satu wanita... Tambah kalau naik Kat muka... Alahai.. Lecehnya la hai... Bukan apa... Mesti ada parut nanti walaupun tak picit kan...

Bila lekat parut tu mula rasa tak selesa dan hilang keyakinan diri... Bahkan bertambah tak seronok terpaksa pantang dan sekat makanan tertentu semata-mata nak elakkan jerawat...

Tapi jangan risau, berita baik buat wanita dan para gadis.. Rose Face Serum rumusan kecantikan terbaik untuk kembalikan kecantikan semula jadi wajah anda...

Rose face serum

Rose Face Serum ni satu produk simple tapi berkesan untuk hilangkan parut jerawat dengan cepat dan berkesan sebab bahan organik yang digunakan betul-betul selamat untuk kita.

Yang bestnya... Biasanya serum ni kena sapu... Tapi Rose Face Serum ni tak perlu... Cuma spray aje pada wajah sebelum kenakan pelembap ataupun sebelum tidur...

Produk ni betul berkesan untuk segarkan wajah dan serikan wajah juga secara tak langsung merawat kulit wajah dari dalam...


Tengok aje testimonials ini... Bahkan boleh rujuk banyak Testimonial positif produk ini di Page utama produk ini...

Rose face serum

Hilangkan jeragat dengan serum


Jadi, tak hairanlah Rose Face Serum antara produk terbaik untuk rawat jerawat dan menghilangkan parut jerawat 2017.

Di sini MF kongsi kan sikit, info penting berkaitan produk ini... 


Cara Cepat dan Selamat Hilangkan Bekas Jerawat


ROSE FACE SERUM (RFS)

Serum muka berasaskan Rose Organik No.1 Di Malaysia yang menggunakan kaedah semburan untuk menghilangkan jeragat dan parut jerawat sepantas 14 hari*.

Kelebihan ROSE FACE SERUM (RFS)

  • Mengandungi Vitamin E,Vitamin C, Omega 3 dan Omega 6 yang sangat penting untuk melindungi kulit dari kesan panas cahaya matahari.
  • Semburan yang halus untuk serapan maksimun,menyamai teknologi nano.
  • VSerum semburan NO.1 tidak meleleh dan tidak melekit.
  • Parut jeragat hilang seawal 7hari


4 Nutrisi Hebat Dalam ROSE FACE SERUM (RFS)

Vitamin E

  • untuk block free radicals dari udara, di sebut anti oxidant. Ni yang menyebabkan proses penuaan pada kulit. Bila kita boleh fight free radicals dari kulit, kita boleh mengurangkan wrinkles dari berlaku degan cepat dan jaga sel kulit muka muda.
  • perbandingan, ada beza baju yang kita sidai kat tempat teduh dan baju kita sidai kat panas matahari. Warna baju pudar nampak macam baju dah lama…padahal baju baru..
  • kulit kita selalu generate sel kulit baru, kalau jaga dan dilindungi, maknanya kita jaga kemudaan sel kulit muda tu supaya slow sikit “lusuh” nya.

Vitamin C:

Macam vitamin E, kaya dengan antioxidant, tapi vitamin C berperanan mengaktifkan sel muka untuk menghasilkan collagen, molekul penting untuk kulit yg sihat.
Vitamin C ni sama ada yang kita makan atau kita sapu pada kulit memang akan merangsang kulit menghasilkan collagen.

Vitamin C ni penting sebab ia akan merawat ultraviolet (uv). UV ni yang akan rosakkan kulit muka, nama dia photodamage.  Cara yg lebih baik ialah kita ambik vitamin C, dan sapu vitamin C pada kulit. Biar kulit secara natural hasilkan collagen tu.

Omega 3 (makan dan sapu)

Kulit memang perlukan fatty acid macam omega 3 untuk kekalkan kelembapan, normalkan pengeluaran minyak dan untuk maintain kulit nya elasticity.

Sama macam vitamin C, Omega 3 penting untuk melindungi kulit dari photodamahe dan kesan sunburn. Kesan sunburn ni dipanggil “inflammatory skin response”. Lebih kurang macam kesan kulit macama kena minyak panas tu…

Omega 3 dalam minyak ikan yang kita makan, akan pergi ke liver, di proses dan akan ke kulit untuk fungsi yang sama. Omega 3 yang kita sapu pada kulit akan pergi ke kulit dengan lebih cepat.

Omega 6

Omega 6 ni kaya dengan linoleic acid, ianya ringan dan nipis rasa minyaknya. Peranannya untuk menyuburkan kulit tapi tak rasa berat berminyak.

Omega 6 ni tujuannya untuk  mengekalkan fungsi kulit sebagai pelindung muka kita dan mengurangkan sel kulit dari mengelupas. Mereka yang ada masalah jerawat dia kurang linoleic acid, tu yang menyebabkan mukanya  kurang keupayaan “melindungi” dan kulit jadi senang di serang bahaya dari uv dan toksik udara.

Sebab tu, serum tu memang  diformulakan untuk ada 4 benda ni, bila spray kita guna kan teknologi sama dengan nano, spray tu tak akan meleleh, dia cantik je kat muka, slowly meresap. Paling penting tak melekit.

Harga ROSE FACE SERUM (RFS):

Sebotol RM50 sahaja tidak termasuk postage.
Tahan selama 2 bulan bergantung kepada kekerapan pengguna.

Testimoni RFS:


Media Sosial:
Facebook page: ZEETA PAKAR MAWAR
Instagram: @zeetaofficial
Whatsapp untuk order: 019-2209069

Jadi.. jom..tunggu apa lagi... Jika dah ada produk terbaik untuk hilangkan jeragat dan jerawat macam ni nak tunggu apa lagi kan...


Keyword :
→ Cara hilangkan jeragat paling berkesan ←
→ Cara hilangkan bekas jerawat cepat dan selamat ←
→ Bagaimana nak hilangkan parut jerawat ←
→ Produk terbaik untuk hilangkan jeragat 2017 ←
→ Produk terbaik untuk hilangkan parut jerawat 2017 ←

Terima kasih baca artikel Rose Face Serum Zeeta ini! Share jika suka dan tinggalkan komen jika ada sebarang pertanyaan :)



3 Resepi Untuk Tambah Darah

3 Resepi Untuk Tambah Darah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

3 Resepi Untuk Tambah Darah | Masalah kekurangan darah juga boleh diatasi dengan menu pemakanan.

MF memang keturunan darah kurang dan tekanan darah kurang. Memang ada wanita jenis kurang darah... lebih ketara bila datang bulan... kesian dan bahaya... Bagi mereka yang mengalami masalah ini dan ingin cuba cara mudah yang sedap, jom cuba resipi ini.


3 Resepi Untuk Tambah Darah

DELI SPINACH DIP

Bahan-bahan:
1 sudu minyak zaitun
2 ulas bawang putih cincang
1 ikat sayur bayam yang dicincang
1 cawan krim masam
1/2 cawan mayonis
Sedikit serbuk lada sulah


Cara membuat:
Tumis bawang putih.
Masukkan bayam.
Biarkan sejuk seketika sebelum boleh dimasukkan krim masam, mayonis dan lada sulah.
Gaul hingga sebati dan sejukkan sebelum di hidang.
Ia lazat dimakan bersama roti, biskut keju atau apa saja pembangkit selera.


TIP
Terdapat dua jenis bayam iaitu bayam hijau dan bayam merah. Bayam merupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat haid kerana wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan.

MF tak pernah buat resepi ni, biasa bayam hijau goreng kering je... bayam merah buat sayur air je... Bayam goreng pun sedap juga..


KERANG KUKUS TANPA AIR

Bahan-bahan:
400gm kerang
3 batang serai yang dititik
Daun bawang
3 batang cili
1 sudu minyak zaitun


Cara membuat:
Masukkan kesemua bahan ke dalam satu periuk yang besar. Elak masukkan air kerana kerang akan menghasilkan air sendiri.
Masak selama 15 minit dengan api besar.
Boleh dihidang makan begitu saja sambil cicah sambal kicap.


TIP
Cara mudah membersihkan kerang yang berpasir adalah dengan memasukkan kerang ke dalam plastik. Goncang supaya kerang 'berlaga' untuk menanggalkan pasir pada cangkerang. Kerang menyimpan mineral berupa zat besi, zink dan Vitamin B12 yang berguna untuk mengangkut oksiegn ke seluruh tubuh. Selain itu, membantu meningkatkan kadar albumin dalam darah.


HATI AYAM DAN CILI BENGGALA BAKAR

Bahan-bahan:
200gm hati ayam
2 biji cili benggala warna merah, hijau dan kuning
Halia
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
Serbuk jintan putih
Serbuk jintan manis
Serbuk ketumbar
Serbuk kari ayam
Kicap pekat
Madu

Cara membuat:
Kisar kesemua bahan kecuali hati ayam dan cili benggala.
Bahan kisar ini dijadikan sebagai bahan perapan hati ayam dan cili benggala selama 30 minit.
Setelah sebati, cucukkan isi hati ayam dan cili benggala pada pencucuk seperti kayu lidi.
Dengan suhu 180 darjah selsius, bakar hati ayam dan cili benggala selama 15 sehingga dua puluh minit.


TIP
Ramai yang memperkatakan keburukan memakan organ dalaman seperti hati ayam. Namun, hati ayam amat sesuai di ambil oleh pesakit yang baru kehilangan darah seperti selepas pembedahan atau penghidap anemia. Hal ini kerana, hati ayam  kaya zat besi, folate dan vitamin B12. Oleh sebab itu, resipi hati ayam ini dibakar bersama cili benggala untuk lebih berkhasiat.

Sumber: Majalah Keluarga


Makanan lain yang kaya dengan zat besi untuk tambah darah dan mengatasi masalah tekanan darah rendah atau masalah HB rendah ialah:
Jambu batu
Delima'
Kurma
Pucuk paku
Jantung pisang

KISAH SI ABID DAN REZEKI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

KISAH SI ABID DAN REZEKI | Kisah seorang abid yang hidupnya sentiasa berpindah randah dari satu masjid ke satu masjid untuk beribadah kepada Allah. 

Satu hari,  si abid telah datang ke sebuah masjid yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. 

Tinggallah si abid di masjid tersebut dan seperti biasa beliau menjalani rutinnya.

Setelah hampir sebulan di situ,  kehadirannya mula menarik perhatian dan menjadi pertikaian oleh penduduk-penduduk kampung.  

Penduduk kampung mula merasa gelisah kerana si abid itu tidak bekerja untuk menampung perbelanjaan keperluan hidupnya. 

Penduduk kampung menyoal si abid siapakah yang menampung perbelanjaan sehariannya.  Si abid pun menjawab bahawa segala keperluan dan makanannya telah dikurniakan oleh Allah.  

Maka kecohlah kampung tersebut kerana tidak percaya dan menyangkakan bahawa si abid tersebut telah menjadi gila.

Setelah beberapa kali si abid disoal soalan yang sama,  maka barulah si abid tersebut menjawab bahawa sebenarnya segala perbelanjaannya telah dibiayai oleh orang-orang yahudi. 

Jawapannya ini telah menimbulkan kemarahan penduduk kampung tersebut dan mereka bertindak menghalau si abid tersebut. 

Maka si abid tersebut bersetuju untuk keluar dari Kampung tersebut sambil berkata : Apabila aku mengatakan bahawa Allah yang mengurniakan rezeki kepada diriku,  tidak ada siapa yang mahu percaya tetapi apabila aku mengatakan bahawa manusia yang memberikan rezeki, kamu mempercayainya kerana hati-hati kamu hanya bergantung kepada sesama manusia dan bukan lagi kepada Sang Pencipta. 

=======

Sumber: google images


Inilah iktibar yang boleh kita ambil agar kita kembali bertawakal kepada Allah. Dan tawakal ini bukanlah untuk menunjukkan kesombongan, kebesaran diri dan kemegahan tetapi bagi menzahirkan sifat Allah yang Maha Besar. 

Apatah lagi untuk bertujuan memutuskan silatur rahim dengan menjauhkan diri dari manusia serta melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah. 

Sebagai contoh, konsep tawakal tidak pernah menghalang seorang yang bertawakal itu mengambil lesen kenderaan tetapi sebaliknya bahawa kerana beramal dengan konsep tawakal itulah seseorang itu sentiasa berusaha mentaati peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa. 

Dalam disiplin ilmu tarekat sebagaimana yang terdapat di dalam Kitab Lawaqih Anwarul Qudsiah Fi Ma'rifati Qawa'id Sufiyyah karangan Imam Abdul Wahab al-Sya'rani r.a bahawa sekiranya seorang guru mengeluarkan murid dari madrasahnya adalah setelah murid tersebut melakukan kesalahan yang berkali-kali (kebiasaannya guru telah memberi peluang sebanyak tiga kali). 

Namun begitu,  sudah menjadi kebiasaan juga sang guru tidak mengeluarkan murid itu tadi tetapi dibiarkan sahaja kerana kasih dan bimbangnya sang guru itu terhadap muridnya agar tidak menjadi lebih buruk lagi sekiranya dikeluarkan. Tetapi tetap menjadi kebiasaan murid itu tadi mengeluarkan dirinya sendiri dari madrasah dan kasih gurunya itu kerana sifat sombong serta kejahilannya. Maka fahamilah...

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Kredit: Facebook Ustaz Iqbal Zain

Giveaway Blog Bycikrenex

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Cik Renex mencari TIGA ORANG PEMENANG BERTUAH. Apa hadiahnya??

Cash RM10 + Keychain Nama

Pemenang dipilih melalui http://www.random.org

Tarikh tutup penyertaan : 24 September 2017. 


Jom support cik renex... 
Klik banner untuk join....

20 Ogos 2017

Hilang Stress Main Giant Bubble!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hilang Stress Main Giant Bubble!  | Dah lama plan nak main dengan anak-anak.. Alhamdulillah akhirnya tercapai juga...

Hari minggu baru ni dapat juga main... Cuaca petang yang baik dan cerah.. Terus bersiap selepas solat Asar ke tempat lapang tanpa gangguan...

Lepas tengok YouTube cara buatnya... Tapi terus siapkan bahan...

Guna bahan yang mudah dapat aje... 



Cara Mudah Buat Giant Bubble:

Sabun basuh pinggan 
Baking powder 
Tepung ubi
Air
Tali
Kayu

Caranya:
Campurkan sabun, baking powder, tepung ubi dan air... Kacau hingga berbuih... Fungsi tepung tu untuk pekatkan bancuhan dan menjadikan buih tahan lama dan tak mudah pecah. 

Ikat tali, kalau boleh guna tali benang yang besar... Sebab benang serap dan simpan air... Menjadikan buih mudah jadi dan tak mudah pecah.. Ikat tali pada kayu jadi seperti bentuk segi tiga. 

Nak main.. Celup aje tali dan buka perlahan dan hala pada arah angin... Kalau takde angin... Lari la sikit untuk hasilkan buih... 

Ini hasil buih yang kami main... 





Suka betul anak-anak dapat main buih... Kita mak bapak ni pun hilang Stress tau.. Seronok main... Tak rasa penat.  Berhenti main sebab hari dah makin gelap... Elok sampai rumah hujan turun dengan lebatnya... Insha Allah.. Hari cuti sekolah ni nak main lagi... Dah macam ketagih pula... Kali ni nak buat alat untuk hasilkan Giant Bubble tu elok sikit.. Buat sorang satu untuk anak-anak... 


Sesekali raikan anak2... Seronok tengok mereka seronok... 

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum
Hai korang. Kisahsidairy.com sedang mencari lebih 10 orang pemenang untuk memenangi Wang Tunai, Voucher, Top up dan barangan lain .Jom pakat Join Giveaway yang mudah ini.

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Giveaway berlangsung bermula 16 OGOS sehingga 29 Ogos 2017

JOM JOIN GIVEAWAY NI BERAMAI-RAMAI, PAKAT SHARE UNTUK MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI.


HARGA LUTUT ANDA RM64k. PELIHARA & JAGALAH...!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

HARGA LUTUT ANDA RM64k. PELIHARA & JAGALAH...!

Tips Dr. Hendrawan Nadesul

Banyak yang tidak tahu, kerana memang tidak ada yang memberi tahu, kalau sudah usia di angka 5, sebaiknya tidak memilih jogging, berlari, apalagi melompat.

Pengetahuan yang sesungguhnya murah ini, menjadi mahal, bahkan boleh menjadi sangat mahal jika masyarakat tidak tahu, kerana sendi lutut terlanjur rosak.

Oleh kerana kos mengganti satu lutut yang telah rosak akibat tidak tahu itu.. boleh mencecah RM64k !!

Jangan sampai salah memperlakukan sendi lutut, akibat masih tetap jogging, berlari, bermain tenis, badminton, volley, & aktivitas fizikal lain yang membebani sendi lutut.

Itu yang saya maksudkan dengan pengetahuan sihat itu murah...

Contoh lain yang tidak boleh dilakukan di usia angka 5 ialah tidak memijak batu kerikil tanpa alas kaki hinggakan saraf tapak kaki menderita sakit akibat kerasnya tekanan batu kerikil kerana bebanan berat tubuh.

Alasan bahwa itu sebagai refleksologi tidak boleh diterima akal sihat.

Refleksologi? Tekanan yang mampu diterima tapak kaki hanyalah dilakukan dengan tangan saja yang tekanannya paling kuat hanya seberat 5 kg.

Namun apabila berdiri di atas batu kerikil, tekanannya adalah seberat berat tubuh.. Bayangkanlah!!

Kerana tidak ada yang memberi tahu dan hanya kerana cakap orang bahawa memijak batu kerikil tanpa alas kaki boleh menyihatkan, akibatnya diri sendiri yang menjadi mangsa dengan berlakunya kerosakan saraf tapak kaki.

Salam sehat,
Dr HANDRAWAN NADESUL

Sumber : Google image 

YOGA nya orang Islam itu dengan gerakan SOLAT.

MEDITASI nya orang Islam ialah duduk bersunyi diri sambil berZIKIR.

SELF HEALING nya orang Islam itu ialah selalu melakukan MUHASSABAH.

DETOX nya orang Islam adalah dengan rajin berPUASA.

RITUAL TOLAK BALA nya orang Islam ialah dengan SEDEKAH.

VITAMIN nya orang Islam adalah sikap mudah MEMAAFKAN. ✌

UBAT AWET MUDA nya orang Islam: TIDAK MENCAMPURI urusan yang tidak perlu. 👌

NUTRISI TERBAIK nya orang Islam adalah BERBAIK SANGKA (Huznudzon).

PEMBERSIH HATInya orang Islam dengan menahan GHIBAH.

PENYUCI JIWA-nya orang Islam adalah: Menjauhi sifat IRI DENGKI.

PENJAGA PAHALA-nya orang Islam: Tidak RIYA'

PENCEGAH PERMUSUHAN-nya orang Islam: Menghindari PERDEBATAN.
                                                                                           Fastabiqul Khairat.. Barakallahu..

Kredit : Saja Sembang @telegramchannel

19 Ogos 2017

Akhirnya Dapat Juga Merasa Susu Goodday Pelbagai Perisa Baru

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Akhirnya Dapat Juga Merasa Susu Goodday Pelbagai Perisa Baru | Pernah jadi viral dalam kalangan Blogger... Susu Goodday dengan perisa baru... 


Perisa Baru yang rare sari susu sedar keluaran lain... Iaitu perisa green tea dan Perisa madu... 

Memula dapat rasa masa bulan lepas.. Mencari jauh di Petronas Kulai... Kebetulan ke bandar, jadi singgah... Alhamdulillah ada jual... Dapat la merasa... Tapi masa tu nak rasa green tea sekali takde stok pula.. 

Jadi, simpan dulu keinginan nak rasa perisa green tea... 

Sekali semalam singgah di kedai runcit dekat dengan rumah kami... Alahai.. Punya la banyak dia jual susu Goodday... Macam mana boleh tak tau kan.. 

Lagi sekali memborong susu ni... Susu perisa madu tu memang sedap... I like it..  

Nak rasa green tea, tapi takde pula kotak kecil.. Beli aje la kotak besar... 

Balik rumah terus rasa... Tapi sebelum tu sejukkan dulu dalam peti sejuk... 

Sekali rasa.. Hadoiii.. Tak berapa nak boleh diterima dek tekak la pula... Pelik sangat bau dan rasa... Tapi mungkin tak cukup sejuk kot... Tapi dah beli kan. Kena la minum habiskan... Rugi la kan... 

Tapi MF memang peminat susu... Semua jenis susu segar MF minum... Sekarang tak dapat nak rasa lagi susu Farm Fresh... Agak susah nak jumpa Kat sini terutama perisa kurma tu..  

Insha Allah... Kalau terjumpa kat Mana-mana pasaraya besar nak beli la nanti... 

Susu Goodday perisa madu memang sedap.. Rasa macam ketagih pula minum susu tu.. Tapi dah tau tempat yang banyak stok dan mudah dibeli... Lepas ni tak susah lagi... Boleh restock aje bila habis... 

22 Ogos 2017 | HARI SELASA ADALAH HARI AKHIR POTONG KUKU!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

HARI SELASA ADALAH HARI AKHIR POTONG KUKU!


22 Ogos 2017
29 Zulkaedah 1438
Adalah HARI TERAKHIR POTONG RAMBUT DAN KUKU BAGI MEREKA YANG NIAT UNTUK BERQURBAN.

Hadis riwayat Imam Muslim disunatkan bagi yg buat Qurban bila masuk  bulan Zulhijjah tidak lagi potong kuku dan rambut sehingga binatangnya di sembelih

Sekadar sebagai Peringatan..
Mula1-9 Zulhijah Rabu 23 OGOS mari kita puasa bagi yg mampu berpuasa

Sumber : Google image 

Jawapan:

Assalamualaikum.

Hadis yang disebutkan adalah hadis Sahih.

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا ‏"‏
Daripada Ummu Salamah radiallahu ‘anha, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Apabila masuknya sepuluh hari (awal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban, janganlah dia mencabut bulu atau kukunya. [Sahih Muslim, Kitab Al-Adhohiy, Bab Nahy Man Dakhala ‘Alaihi ‘Asyr Dzulhijjah…, hadis no: 1977].

Menurut mazhab Syafie, dimakruh sesiapa yang ingin melakukan korban untuk memotong kuku dan sebarang bulu yang ada di tubuh badan bermula pada awal Zulhijjah sehinggalah dia melakukan korban.

Menurut Imam Malik dan Abu Hanifah: Tidak makruh.

Sa’id bin al-Musayyib, Rabi’ah, Ahmad, Ishaq dan Daud pula berpendapat ia haram.

Mazhab Syafie berhujahkan dalil di bawah untuk menunjukkan bahawa larangan dalam hadis di atas adalah makruh dan bukan haram.

عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ قَالَتْ كُنْتُ أَفْتِلُ قَلاَئِدَ الْغَنَمِ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَيَبْعَثُ بِهَا، ثُمَّ يَمْكُثُ حَلاَلاً‏.‏

Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, beliau berkata: Aku membuatkan kalung untuk kambing (yang akan dikorbankan) milik Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Baginda mengirimkan kambing itu, kemudian baginda tinggal dalam keadaan tidak berihram. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hajj, Bab Taqlid al-Ghanam, hadis no: 1703].

Seperti diketahui antara perkara yang dilarang dalam ihram ialah memotong kuku dan membuang bulu daripada badan.

Kesimpulan: Bermula 1 Zulhijjah yang dijangka pada Rabu ini janganlah kita memotong kuku dan membuang sebarang bulu di tubuh. Lakukan semua itu sebelum datangnya 1 Zulhijjah.

Wallahua'lam.

Kredit : Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

18 Ogos 2017

Hukum Isteri Mengidam : Wajibkah Suami Tunaikan?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hukum Isteri Mengidam : Wajibkah Suami Tunaikan? |  Wanita mengandung atau tak mengandung pasti ada rasa mengidam, sebab emosi makan wanita ni tak menentu... Cuma bila mengandung tu, mengidamnya tu lebih dahsyat la kan...

Tapi ada juga wanita yang tiada keinginan mengidam yang dahsyat tapi dia pass kat suami pula.. Suami mengidam takpe kan... dia cari sendiri... Tapi kalau isteri mengidam suami kena cari... camne tu?

Dalam hukum Islam wajibkan suami tunaikan keinginan isteri yang mengidam... tak kira mengandung atau tak.. asalkan mengidam.


Hukum Isteri Mengidam : Wajibkah Suami Tunaikan?


Erti Mengidam
Dalam bahasa arab :
الوَحَم: شهوةُ المرأة للشيء على الحَبَل.
"Al-Waham artinya adalah keinginan wanita akan sesuatu ketika dia hamil." ( Kamus Maqayis al-Lughat )

Yang biasa berlaku ialah para isteri yang sedang hamil mengidam mahu makan sesuatu. Kebanyakkannya yang kita dengar ialah mahu makan asam atau buah2 yang masam seperti buah pauh dan seumpamanya. Tetapi ada juga isteri yang mahu makanan lain samada buah2an atau masakan tertentu.

Mengidam tidak berlaku pada semua wanita yang hamil tetapi sebahagiannya sahaja. Ramai juga para isteri yang hamil yang tidak mengidamkan apa-apa.

Tetapi yang pasti mengidam tidak berlaku pada wanita yang tidak hamil.

Mengidam juga ada diberitakan berlaku pada masyarakat barat. Dalam bahasa inggeris mengidam disebut sebagai longing atau craving.

Elizabeth Somer, penulis buku 'Nutrition for a Healthy Pregnancy' menyebut bahawa penyebab mengidam adalah perubahan hormon dalam badan yang memainkan peranan kepada perubahan selera dan bau.

Hukum Suami Tunaikan

Para ulama menjelaskan bahawa para suami adakalanya wajib menunaikan apa yang diidamkan oleh isteri yang hamil dan adakalanya sunat dan kadang-kadang hukumnya haram.

Hukum Wajib
Jika apa yang diidamkannya itu adalah termasuk nafaqah kebiasaan seperti makan minum maka hukumnya adalah wajib atas suami menyediakannya.

Hukum Sunat
Jika ia diluar dari nafaqah seperti mengidam mahu makan aiskrim atau main buaian contohnya atau lainnya, maka sunat dan sebaiknya suami tunaikannya.

Idaman Yang Tidak Boleh Di tunaikan

Idaman yang boleh membahayakan nyawa atau kesihatan isteri dan bayi maka tidak boleh suami tunaikan seperti isteri yang mengidam mahu melakukan selpie dengan buaya atau terjun dari tempat yang tinggi atau atau mahu berlumba motor atau mahu makan sesuatu yang sangat manis sedangkan isteri ada penyakit kencing manis dan semisalnya maka tidak harus suami tunaikan.

Begitu juga tidak bolih ditunaikan jika isteri mengidam melakukan sesuatu yang salah dan dosa seperti mengidam mahu pakai pakaian ketat pergi ke pantai atau mengidam mahu tidur selama sehari sampai meninggalkan solat atau seumpamanya.

Kesimpulan

Sunat hukumnya dan berpahala suami melayan karenah isteri yang mengidam selagi tidak merbahaya dan tidak berlawanan dengan syariat. Isteri yang mengidam adalah isteri yang hamil, isteri yang hamil sangat mudah tersentuh hatinya kerana beban yang ia tanggung dari hilang selera makan, pening, lenguh tubuh badan dan seumpamanya. 

Maka seeloknya para suami penuhi hajatnya dari kerana jika tidak dipenuhi, akan mudah merajuk dan sakit hati. Apalah susahnya bagi seorang suami kalau isteri mengidam hendak makan sebiji epal, lainlah kalau mengidam hendak beli telefon bimbit cap buah epal.

Manakala para isteri yang mengidam pula, banyaklah bersabar dan jangan disusahkan suami pula dengan idaman yang pelik-pelik atau yang tidak mampu dipenuhi oleh suami.

Firman Allah swt :
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Ertinya : dan pergaulilah isteri-isteri itu dengan cara yang terbaik.


Manakala Rasulullah saw pula bersabda :
خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وأنا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي
Ertinya : Sebaik2 kamu ialah yang paling baik kepada isterinya dan aku adalah paling baik terhadap isetriku.

Wallahua’lam

Kredit : Ustaz Azhar Idrus ( Original )


Mujur, MF takde rasa mengidam yang pelik... Alhamdulillah 3,3 mengandung mengidam yang biasa aje... dan mudah dapat... takde yang pelik-pelik... 

Cekodok Jagung Lembut Gebu di dalam Crispy di Luar!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cekodok Jagung Lembut Gebu di dalam Crispy di Luar! | Alhamudlillah... hari bercuti dihujung minggu sangat dinanti-nantikan... bukan apa, inilah masanya MF nak masak dari sarapan pagi hingga ke makan malam... Jika hari bekerja suami yang masak, jadi peluang cuti 2 hari dihujung minggu dimanfaatkan sebaiknya. 

Pagi ni, memang dah plan awal nak masak cekodok jagung, sebab dah beli jagung awal-awal lagi hari Rabu di pasar malam dekat rumah. 

Biasa buat cekodok jagung macam liat dan keras sikit bila sejuk... Kali ni ubah resepi sikit.. Konsep ala-ala buat donut tapi tak perlu nak uli bagai, cuma bancuhan tu lain... 

Alhamdulillah... resepi menjadi, 


Cekodok Jagung Lembut Gebu di dalam Crispy di Luar!


Bahan-bahan:
1 batang jagung yang siap diparut
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar gula
2 sudu susu pekat
1/2 paket yis kering
1 cawan air suam
1/2 sudu kecil garam

Cara membuatnya:
1. Campurkan yis, gula, susu pekat dan air suam dalam satu bekas.. gaul dan biarkan yis kembang.
2. Dalam bekas yang lain, gaulkan jagung, tepung dan garam sebati.
3. Campurkan bancuhan yis dan bancuhan tepung bersama jagung dan gaul sebati... 
4. Biarkan adunan 10 minit atau agak kembang.
5. Buatlah cekodok/jemput-jemput macam biasa.

Tips:
Pastikan goreng dalam minyak yang betul-betul panas dan banyak.
Terbalikkan dengan cepat bila cekodok timbul...nanti hangus.... 


Memang terbaiklah... lembut dan gebu... di dalam tapi crispy dan ranggup di luar... memang terangkat makan ketika masih suam-suam... Tapi kalau sejuk pun cekodoknya tak keras... 

Jika nak mencuba, dipersilakan... 

Hati-hati, Semuanya Akan Terbongkar Jua!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hati-hati, Semuanya Akan Terbongkar Jua! | Sebelum ini dalam Surah Zalzalah, kita telah ketahui bahawa amalan / perbuatan manusia walau sebesar “zarah” akan diperlihatkan. Maka dalam ayat ke-10 ini pula Allah menambah lagi peringatan, “hatta dalam hati pun boleh diperlihatkan”.

Ia satu amaran kepada kita agar berwaspada dan berusaha menjaga diri kita sebaik mungkin. Bukan sekadar syariat, amalan luaran atau perwatakan luar. Bahkan hati juga mestilah tunduk dan utamakan cinta kepada Allah.

Contoh penjagaan hati ialah seperti niat, atau sebarang sifat dari dalam diri manusia. 

Contohnya :

- Jangan miliki hati yang sombong. Meskipun mulut kita tidak sebut, namun apa yang ada dalam hati juga akan diperlihatkan.

- Kena buang juga sifat malas untuk membuat kebaikan, apatah lagi perkara yang wajib. Sebab meskipun kita tidak berkata malas di mulut, namun apa yang ada dalam hati juga akan diperlihatkan.

Apa sahaja perkara "mazmumah" yang ada dalam hati, kena usaha singkirkan.

Kita akan menjadi saksi setiap perbuatan atau kekufuran yang kita lakukan sebagaimana dalam Surah Yasin, Allah ada jelaskan ( alyauma nahktimu ala..)

Apa sahaja yang ada dalam dada ( Sudur ) (apa sahaja perihal dalaman ) - sangkaan, niat, fikiran dan yang sewaktu dengannya. Baik seketul daging (hati) maka baiklah jasad (mafhum hadis). 

Allah benar-benar memberikan peringatan kepada kita berkaitan perkara ini, maka ayat terakhir sekali lagi Allah menyatakan sifat Maha Mengetahui terhadap apa yang manusia lakukan.

Tafsir Ayat Ke-11:
إِنَّ رَبَّهُم بِهِم يَومَئِذٍ لَخَبيرٌ
“Sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka”.

Orang-orang yang ingkar mungkin tetap akan mempersoalkan kebenaran "peristiwa bahawa hati juga akan dibongkarkan". 

Oleh itu, Allah SWT memberitahu lagi dalam ayat ini,” Allah Maha Tahu apa yang mereka telah lakukan”.
خَبيرٌ
Allah Maha Mengetahui : Luar dan dalam perbuatan manusia. Allah bukan hanya tahu amalan fizikal sahaja tetapi turut tahu apa yang ada dalam hati.

Ini satu pengukuhan Allah SWT, bahawa benar-benar segala perihal manusia tidak dapat disembunyikan di sisi Allah SWT. 

Mungkin semasa atas dunia, kita terselamat kerana tiada siapa yang mengetahui perbuatan ingkar kita. 

Atau mungkin semasa atas dunia, kita dipandang mulia kerana tiada siapa yang mengetahui isi hati kita.

Namun berwaspadalah, kerana suatu masa nanti segala perihal diri kita akan dibongkarkan. Bahkan perihal hati kita juga akan dikupas kepada umum satu persatu.

رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ ۗ وَمَا يَخْفَىٰ عَلَى اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah! [Ibrahim: 38]


الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan”. [ Ya Sin: 65 ].



Ibrah dan kesimpulan :

Pertama :

Semua nikmat atas dunia ini, sama sekali tidak akan bersama dengan kita untuk masuk ke dalam kubur. Oleh itu, hendaklah kita berusaha agar menjadikan ia sebagai alat untuk ditukar sebagai ganjaran amalan. Dengan melakukan amal soleh yg Allah beritahu dalam Al-Quran dan Sunnah.

Kedua :

Usaha kita di atas dunia ini bukan sahaja untuk menjauhi perbuatan mungkar, bahkan termasuk sifat-sifat hati yang mazmumah kerana kelak, hati juga tidak terlepas diperlihatkan isinya oleh Allah SWT.

Ketiga :

Jangan lah kita menjadi golongan yang sombong dan lalai terhadap kekuasaan Allah SWT. Orang yang sentiasa ingat akan kebesaran Allah SWT, pasti akan menjaga dirinya agar tidak menjadi hamba yang rugi.

Allahu a’lam.
Kredit: Kempen Semak Hadis @telegramchannel

Kita mungkin boleh sorok kejahatan kita di dunia, tapi di akhirat segalanya akan terbongkar tanpa terlepas satu pun termasuklah yang tersembunyi di dalam hati....

17 Ogos 2017

Antara PASTI dan Pra-Sekolah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Antara PASTI dan Pra-Sekolah | Saja MF nak kongsikan pengalaman anak sekolah. Alhamdulillah, tahun lepas bermula fasa sulung bersekolah. Masa usianya 4 tahun memang dah fikir pasal ni… Selepas berbincang dengan suami, kami sepakat nak hantar anak ke Pusat Asuhan Kanak-kanak Tunas Islam (PASTI). 

Alhamdulillah, selepas mencari PASTI dekat aje dengan rumah kami… sebelum tarikh tutup kami terus buat permohonan dan pendaftaran serta terus bayar yuran tahunan. Bayaran pendahuluan siap pakej dengan buku, uniform dan keperluan lain termasuk makan dalam RM500… Bulanan kena bayar RM80 sahaja. Kira murah sangat la tu kan berbanding taska swasta… 

Anak MF masuk ke PASTI tanpa  kenal ABC, tau sebut aje… Perkara ni dah pun  kami maklum kat guru di PASTI… Alhamdulillah… berkat didikan guru pasti tak sampai 3 bulan sekolah, anak kami boleh kenal huruf. Alhamdulillah. 

Di PASTI,menekankan aspek agama… Banyak amalan doa harian, hadis dan hafalan surrah-surah lazim… Alhamdulillah… cepat dia belajar bab agama ni…terang hati bila selalu dekatkan diri dengan ilmu agama… 

MF tak letakkan harapan yang tinggi..tapi bila periksa akhir tahun ..Alhamdulillah…kakak dapat keputusan yang cukup buat kami rasa syukur. Cuma..tahun lepas dia selalu tak kesekolah sebab tak sihat… Jadi, banyak kerja sekolah tertangguh…jadi setiap hari ada saja kerja sekolah yang dia kena siapkan di rumah… Ini kengkadang buatkan dia takde mood kengkadang.. 

Untuk 6 tahun, lagi sekali kami suami isteri berbincang nak teruskan dia di PASTI atau hantar ke tadika ataupun mohon Pra-Sekolah. Selepas berbincang, sepakat cuba mohon Pra-sekolah. .. Tujuan utama, nak dia sesuaikan diri dengan suasana sekolah yang sebenar sebelum masuk ke Tahun 1.

Tawakal sahaja mohon, sebab nak mohon Pra-sekolah pihak sekolah akan lihat Pendapatan Ibu Bapa… MF dah la cikgu kan… sah-sah la, gaji 3ribu ke atas… tapi mohon aje… kalau dapat Alhamdulillah… tak dapat teruskan aje di PASTI.

Alhamdulillah, permohonan Pra-Sekolah diluluskan. Tahun lepas masih manual..Mohon terus di sekolah… tahun 2018 Pra-Sekolah kena mohon online. .Rupanya, sekolah di tempat tinggal kami ni kalau 6 tahun memang terus serap masuk tanpa pilih… kalau Pra 5 Tahun baru ada pemilihan ikut kelayakan tertentu. 

Antara PASTI dan Pra-Sekolah.

Sudah tentu keduanya berbeza…silibus dan system yang berbeza. Di Pra Sekolah tiada peperiksaan… Tapi, pembelajaran mengikut silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Di Pra Sekolah, menekankan konsep belajar sambil bermain… Memang seronok la.. Anak MF balik rumah happy je, sebab tiada kerja sekolah… Kalau ada pun praktikal membaca. 

Masa masuk Pra, kakak baru kenal huruf  sahaja… Alhamdulillah, bila 3bulan belajar di Pra Sekolah dah mula sebut suku kata… setengah tahun dah pandai membaca… Alhamdulillah… walaupun kakak kuat bermain di rumah…tapi di sekolah, dia betul-betul belajar. 

Masa suami pergi ambil laporan setengah tahun, cikgu terangkan yang kakak layak dan bersedia ke Tahun 1… Alhamdulillah… 

Kini, dah fasa akhir tahun, peringkat akhir pecutan menulis tanpa meniru contoh… Alhamdulillah… kakak antara yang terpilih dalam kelas dia… 

Terus terang, pembelajaran kakak di sekolah sepenuhnya, di rumah MF tak bebankan dia dengan belajar… tapi dia tetap belajar sambil main… Dia suka main cikgu-cikgu dengan adik dia.. Alhamdulillah… pembelajaran tak langsung… 

Jadi, berdasarkan pengalaman ni, MF tak Nampak kekurangan pun mana-mana… PASTI atau Pra Sekolah ada kelebihan… jika di PASTI kakak belajar agama dan ikut seperti pembelajaran Tahun 1 ke atas… Tapi di Pra Sekolah tak ditekankan sangat konsep itu… belajar sambil bermain dan menekankan aspek soft skill….. Alhamdulillah…jadi, MF rasa seimbang keduanya.

MF kongsikan sedikit info tentang PASTI dan Pra Sekolah..sebagai rujukan kepada ibu bapa yang mungkin tengah nak pilih yang mana satu nak tempatkan anak belajar.



Bidang Pengajian Persekolahan PASTI

UNSUR TARBIYYAH 

Penekanan 5 unsur Tarbiyah:
Tarbiyah Imaniyyah (Aqidah)
Tarbiyah Ruhiyyah (Ruh)
Tarbiyah Khuluqiah (Akhlak)
Tarbiyah Aqliah (Intelek)
Tarbiyah Jasadiah (Jasmani)

BIDANG ILMU 

4 bidang ilmu:Ilmu Fardhu Ain
Ilmu Fardhu Kifayah
Ilmu Alat Sumber
Ilmu Komponen

MATA PELAJARAN :Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
Jawi
Matematik
Sains Sosial & Pembangunan Insan
Al Qur‘an
Peribadi Muslim
Pra Penulisan
Pengenalan Asas Komputer

UMUR
PASTI menerima kanak-kanak yang berumur 4, 5, dan 6 tahun.
Masa belajar Mesti mencukupi tiga jam termasuk waktu rehat
Hari Persekolahan Sama seperti hari persekolahan biasa.
Cuti Am dan Cuti Peristiwa Cuti am dan cuti kelepasan berdasarkan takwim Kerajaan Pusat dan Negeri. Di samping itu, PASTI berhak mengambil 5 hari Cuti Peristiwa dalam setahun (contohnya cuti sehari selepas Sukan atau Lawatan) dengan dimaklumkan terlebih dahulu kepada ibubapa pelajar.

Semak cawangan PASTI di Malaysia: http://www.pastimalaysia.com/action-cawangan.html

Pra Sekolah KPM

Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex pada tahun 1992, sebagai projek rintis berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 yang telah bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah. Sementara itu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 telah bersetuju supaya KPM meneruskan program peluasan prasekolah mulai tahun 2002. Sejak daripada itu peluasan prasekolah telah dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar sedia ada, NKRA Pendidikan dan juga cadangan peluasan dalam RM Ke10.

PEMILIHAN MURID

Syarat-syarat kemasukan murid ke kelas parsekolah adalah seperti Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 2 Tahun 2012 - Hanya untuk Warganegara Malaysia sahaja dan dipilih menerusi JK Pemilihan.

Jawatankuasa Pemilihan murid dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Prasekolah, Guru Tahap 1 dan 2, PPM dan seorang wakil komuniti.

JENIS-JENIS BANTUAN

  • Bantuan makan murid (RM2.00 sehari bagi Semenanjung / RM2.25 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012, Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid)
  • Peruntukan PCG Murid (RM100.00/ murid setahun)
  • Bantuan Kokurikulum (RM25.00/ murid setahun)
  • Bayaran Takaful (RM1.50/ murid setahun)



Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2018

1. Semakan keputusan boleh dibuat melalui laman sesawang eprasekolah.moe.gov.my atau melalui sekolah yang dimohon. 

2. Rayuan Permohonan 
Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan melalui laman sesawang eprasekolah.moe.gov.my atau melalui sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW mulai 5 Ogos 2017 hingga 20 Ogos 2017.