08 Januari 2019

Januari 08, 2019

Yang Melemahkan Semangat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Yang Melemahkan semangat kita ialah orang yang suka berprasangka dan hati busuk... 

Dua jenis manusia ni tak boleh dibuat kawan. 

Bahkan penyakit ni juga bagaikan barah dalam diri sendiri... Jika ada dalam hati sendiri... 

Jadi, usahakan lah untuk elakkan dan jauhkan penyakit prasangka dan hati busuk ni dalam diri dan sekeliling kita.. 

Be positive dan 

Sebarkan aura positive... 

07 Januari 2019

Januari 07, 2019

Sup Ayam Resepi Ibu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sup Ayam Resepi Ibu | Salah satu nikmat terindah balik kampung ialah dapat menikmati air tangan ibu. Memang sejak kahwin ni sentiasa rindukan masakan mak.

Masakan mak adalah yang tersedap kan sepanjang kita hidup. Walaupun masakan tu cuma tak seberapa pun.

Ada beberapa resepi yang MF akan buat sendiri bila teringatkan mak..

Rasanya memang tak kan sama walaupun resepinya sama.

Antara yang mak banyak masakkan bila kami balik kampung ialah sup ayam.

Sup Ayam je pun... Tapi yang mak masak memang sedap. Boleh habis nasi sepinggan.

Ni resepi sup ayam mak kami...

Sup Ayam Resepi Ibu

Bahan-bahannya 

Ayam
Bawang merah 
Bawang Putih 
Halia
Sup bunjut
Serai
Cili besar
Saderi
Kentang
Asam keping
Air
Gula dan garam sebagai perasa

Resepi sup ayam simple
Sup Ayam Resepi Ibu


Cara membuat 

  1. Didihkan air dalam periuk. 
  2. Masukkan ayam dan semua bahan kecuali kentang, saderi dan cili hingga mendidih... 
  3. Kemudian, dah mendidih barulah masukkan kentang dan saderi.
  4. Dah agak nak empuk, masukkan cili, asam keping, gula dan garam. 
  5. Kacau dan biarkan mendidih hingga semuanya masak. 

Siap untuk dihidang... 

Senang je... Istimewa sebab takde guna minyak tumis... 
Januari 07, 2019

5 Cara Elak Tabiat 'Membawang' - #azam2019

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Cara Elak Tabiat 'Membawang' - #azam2019 | Membawang sinonim dengan mengumpat. Kira istilah baru bagi kegiatan yang tak berfaedah lagi berdosa ini.

Membawang ni seronok tambah kalau dok sembang ramai-ramai... Tapi sebenarnya, itulah yang berdosa.

Buat dosa memang sedap kan.. Tapi azabnya tak nampak lagi kan.

Mengumpat ni tak kira lelaki ke perempuan... Sama je... Bila dah dok ramai-ramai.. Mulalah nak bercerita pasal orang.

Kalau dulu kena cari kawan atau geng kat rumah jiran.. Sekarang kat WhatsApp, telegram dan Facebook lagi senang nak mengumpat.

Kita bukan tak tau dosa mengumpat... Bahkan banyak ancaman Allah kepada dosa orang mengumpat... Tapi... Kadangkala... Perkara tu bila dah jadi tabiat susah nak buang kan.

Apa pun, jika kita berusaha nak berubah.. Kena kuatkan semangat.

Boleh cuba beberapa usaha ni.. Untuk elak membawang perkara yang tidak elok.

Membawang


5 Cara Elak Tabiat 'Membawang' - #azam2019

1. Banyak kan zikir...

Bila kita banyak kan zikir... Insha Allah.. Takde masa kita nak kata kat orang sebab lidah kita sibuk dengan zikir.

Amalkan je apa sahaja zikir yang simple dan senang.. Nak mudah dan nak mulakan.. Pasang je zikir ni kat smartphone kita.. Insha Allah.. Automatik, lidah akan mengikut.

2. Banyak doa

Doa... Doakan senjata mukmin..
Doakan untuk diri sendiri dan doakan untuk orang lain. Bila kita biasakan doa.. Insha Allah... Kurang aktiviti nak kata kat orang.

3. Banyak kan diam

Cuba elakkan diri dari bercakap.. Insha Allah... Bila kita cuba buat perkara di atas.. Kita akan jadi lebih pendiam. Cakap perkara yang perlu sahaja. Insha Allah...

4. Jauhi kumpulan membawang

Bergaul dan berkomunikasi bagus.. Tapi bila orang mula nak membawang... Kita buat-buatlah ada kerja dan buat kerja sendiri...

Kalau dalam WhatsApp group tu... Just silent atau... Clear chat bagi yang suka membawang. Nak left group nanti nampak sangat pula kan..

Jadi, diam itu lebih baik.

5. Banyak kan muhasabah diri

Cuba letakkan diri kita dalam keadaan orang yang kita umpat.

Cuba bayangkan kita sedang makan daging saudara kita sendiri. Sebab orang yang mengumpat ni ibarat makan daging saudara sendiri.

Mesti kita tak sanggup nak makan kan..

Banyak kan muhasabah diri dan tengok diri sendiri.. Kita sendiri pun banyak dosanya...

Itulah sedikit sebanyak usaha kita untuk elak mengumpat orang lain.

Kita kadangkala bukan nak umpat orang.. Tapi situasi dan kadangkala sikap orang tu buatkan kita geram dan nak kata kat dia kan..

Cuba tarik nafas dan bertenang... Sesuatu sikap yang tak menyenangkan kita... Anggap itu ujian buat kita.

Jom... #azam2019... Jauhi membawang dan mengumpat... Moga kita dapatkan kurang kan dosa dan gandakan pahala di tahun baru ini... Insha Allah...

Sebab...

Usia kita semakin bertambah dan semakin dekat dengan kubur... Jadi.. Bila lagi kan nak berubah kan.. Kalau bukan sekarang...


Sama-sama muhasabah diri..
#peringatanbersama 

06 Januari 2019

Januari 06, 2019

Pantang Larang Kalau Nak Kurangkan Lemak Dalam Badan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pantang Larang Kalau Nak Kurangkan Lemak Dalam Badan


  1. Kurangkan makanan bergoreng: Tidak lebih daripada dua kali seminggu
  2. Hadkan makanan segera – ayam goreng, kentang goring, ‘milkshakes’ dan burger.
  3. Hadkan snek berlemak – kerepek, kek, biskut, kacang. Kuih nyonya.
  4. Pilih daging kurang lemak, ikan dan ayam tanpa kulit.

Semasa penyediaan makanan

  1. Buang kulit dan lemak pada daging atau ayam sebelum masak
  2. Gunakan minyak sayuran
  3. Elakkan menggunakan minyak kelapa
  4. Tukar mayonis dengan jus limau nipis.

Semasa memasak

  1. Rebus. Panggang , bakar dan kukus
  2. Gunakan susu tanpa lemak , susu skim, yogurt atau santan cair bagi menggantikan santan pekat.
  3. Buang lemak berlebihan daripada sup atau masakan
  4. Gunakan rempah-ratus sebagai perasa.
  5. Goreng tanpa miyak atau kuali tidak melekat atau ketuhar gelombang mikro.
  6. Mengurangkan pengambilan kolestrol
  7. Pemilihan makanan rendah kolestrol dan rendah lemak akan membantu merendahkan paras kolestrol dalam darah
  8. Makan lebih banyak bijirin, buahan dan sayuran
  9. Kurangkan pengambilan gula dan garam
  10. Elakkan makanan segera, makanan tin, burger dan lain-lain
  11. Jauhi jeruk dan makanan tinggi garam seperti ikan dan telur masin, jeruk sayuran dan buah-buahan
  12. Kurangkan makanan ringan yang kaya MSG (Monosodium glutamate), gula dan garam.
Januari 06, 2019

SYUKUR PENAMBAH REZEKI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Salah satu tips mudah murah rezeki... 

BERSYUKUR... 

Syukurilah dengan apa yang Allah kurniakan... 
Syukur dengan perkataan ucap Alhamdulillah sentiasa... 
Syukur dengan perkataan, lakukan amal soleh.. Ikut apa Allah suruh dan jauhi apa Allah larang. 
Syukur dengan hati, yakin dengan rezeki Allah. 

Kadang rezeki yang kita minta Allah tak nak kurniakan sebab rezeki dan nikmat yang telah Allah beri kita kurang syukuri... 

Banyak syukur lebih dari kita meminta... Insha Allah.. Lagi banyak kita syukuri.. Akan bertambah nikmat kepada kita. 

04 Januari 2019

Januari 04, 2019

Harga Minyak Petrol dan Diesel Terkini 2019 (5 - 11 Januar 2019)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Harga Minyak Petrol dan Diesel Terkini 2019 (5 - 11 Januar 2019) | Berita yang dinanti semua... Akhirnya terjawab dah...

Harga minyak turun ke naik. Akhirnya turun jua...

Buat pertama kali tahun 2019, kita kembali menikmati harga petrol Ron95 di bawah paras RM2.

Ini memang kenyataan Rasmi dari KPDNKK

Harga Minyak Petrol dan Diesel Terkini 2019 (5 - 11 Januar 2019)

Harga minyak petrol 2019

Alhamdulillah... Walaupun takde la banyak mana kan... Tapi kira banyak juga la ni jika nak banding sebelum ni...

Harap janganlah naik mendadak lagi...

Penurunan ni dapat jimat banyak bajet keluarga kan.. Alhamdulillah .. Rezeki dari Allah jua...