04 Januari 2019

Januari 04, 2019

Motivasi Buat Guru - 13 Rutin dan Sifat Sebagai Guru dan Pendidik

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Motivasi Buat Guru - 13 Rutin dan Sifat Sebagai Guru dan Pendidik | Dah tahun baru, moga semangat juga baru buat semua guru.

Awal tahun cikgu antara yang sibuk dengan pelbagai urusan.

Kesibukan dengan kerja pengkeranian lain menjadikan kita rasa lelah dan penat dengan tugas kita sebagai pendidik.

Jadi, awal tahun ni... Jom kita motivasi diri kita untuk jadi pendidik yang cemerlang dunia akhirat serta di redha Allah.

Motivasi Buat Guru - 13 Rutin dan Sifat Sebagai Guru dan Pendidik



1. Mulakan mengajar dengan Basmalah.
2. Menjadi contoh dan teladan buat pelajar.
3. Pemberi semangat kepada pelajar.
4. Memelihara syariat Islam dalam kehidupan seharian.
5. Jauhi larangan Allah.
6. Sentiasa menjaga masa.
7. Kurang bergurau hal yang sia-sia.
8. Luas pengetahuan dan pengalaman dengan ilmu.
9. Wajah sentiasa ceria dan bersemangat.
10. Selalu berlapang dada.
11. Berpenampilan kemas.
12. Selalu bersedia dan cukup berkemampuan dalam mengajarkan ilmu.
13. Luas pembacaan mengenai ilmu pendidikan dan pedagogi.

Motivasi ini untuk diri sendiri juga... Moga terus bersemangat dan dapat tepis semua unsur negatif di tempat kerja. Sebab biasalah kita kerja dengan manusia kan.. Dalam positif mesti ada juga aura negatif tu sebagai cabaran untuk kita sentiasa positif.

Semoga terus bersemangat untuk menjadi pendidik. Dan kita semua Juga adalah pendidik untuk diri sendiri.. 

03 Januari 2019

Januari 03, 2019

10 Entry Popular Sepanjang Tahun 2018

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bercerita pasal perkembangan blog, satu motivasi buat diri sendiri.

Bukan niat nak menunjuk, tapi pemangkin semangat buat diri sendiri...

Sepanjang tahun 2018, MF kurang semangat berblog. Masa yang semakin kurang sebab lebih tumpuan kepada anak dan keluarga...

Namun, tetap berusaha untuk cuba maintainkan blog di supaya kekal di carian google.

Untuk permulaan, MF suka untuk lihat 10 entry popular sepanjang 2018.

Apa agaknya yang orang banyak cari kat blog saya ni ya...

Ini hasilnya berdasarkan google analytic.


10 Entry Popular Sepanjang Tahun 2018

10 entry popular berdasarkan blogger:


  1. RESEPI DONUT GEBU DAN LEMBUT ALA BIG APPLE TANPA DIULI!
  2. 10 Jenis Kuih Yang Boleh Dimakan Ketika Dalam Pantang
  3. Ulasan Guru Kelas Dalam SAPS!!!
  4. Panduan "Matching" Warna Baju dan Tudung
  5. TOLONGLAH WAHAI PENIAGA ONLINE, JANGAN BODOHKAN PELANGGAN ANDA!
  6. BUAT 3 AMALAN NI CONFIRM DAPAT SYURGA!
  7. 41 Ucapan dan Pantun Hari Raya Aidilfitri
  8. Jenis Ikan Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang!
  9. 9 Tanda RAHIM Tidak Sihat dan Cara Mengatasinya!
  10. Lirik Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018 : Kita Punya Malaysia - Bunkface
Blog theme lifestyle kan... jadi caca merba lah kan.. 

apa pun untuk fokus tahun 2019, MF lebihkan kepada perkongsian tentang kecantikan dan kesihatan... tapi entry dengan tema lifestyle MF serta review tetap ada. entry motivasi pagi tetap diteruskan. 

Moga terus diberikan ruang dan peluang untuk menulis di blog ni, untuk manfaat semua pembaca... 
Januari 03, 2019

Bahayanya Penyakit Duduk

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bahayanya Penyakit Duduk | Penyakit duduk atau malas bergerak satu penyakit yang boleh membunuh.

Dengan canggih teknologi menjadikan kita makin malas nak bergerak dan berjalan.

Terutamanya, akhir zaman ni...

Tengok aje kat Pasaraya, mesti parking dekat pintu yang penuh dulu.
Tak pun tengok kat masjid, sanggup parking bertindih sebab malas nak bergerak dan berjalan jauh.

Bahayanya Penyakit Duduk

Bahayanya Penyakit Duduk

Bahayanya Penyakit Duduk


Berapa jam anda “duduk” setiap hari?

☑️ Secara purata, seseorang “duduk” selama 11 jam setiap hari

☑️ Bekerja, memandu dan hanya duduk seharian memang sungguh meletihkan!

☑️ Walaupun meletihkan, hakikatnya kita TIDAK bergerak dan aktif secara fizikal

☑️ Di rumah, kita berehat dan masih lagi terus duduk menonton tv dan aktivti santai lain.
.
Setiap hari, 5 hari seminggu, 20 hari setiap bulan... ini akhirnya mendatangkan masalah kesihatan.

Duduk boleh melemaukan sebenarnya.. memang rasa lesu dan malas bila terlalu lama duduk atau baring.

Kalau tengok orang Jepun atau orang kampung, tak senang duduk diam kan..

Cuba ajak mak atau nenek kita yang masih bertenaga dok dengan rumah kita di taman perumahan yang tertutup..

Pasti tak lama duduknya.. rimas dia tak boleh buat aktiviti dan kerja.

Itu rahsia, orang tua-tua sihat dan bertenaga...
Berbanding orang muda tapi dah undang pelbagai penyakit.

Boleh je berjalan walaupun kerja pejabat... setiap 15 ke 20 minit, bangun berjalan... pergi tandas ke pantri ke... asalkan ada berjalan...

Parking la jauh sikit asalkan dapat berjalan dan gerakkan jantung dan lancarkan perjalanan darah kita.

Jangan malas berjalan... nanti dapat pelbagai penyakit...
Ingatkan diri sendiri...
Januari 03, 2019

Bertambah Tahun, Bertambahlah Usia Kita

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Usia sangat sensitif bagi sesetengah orang. Tapi bagi orang yang lain... Ianya hanya angka.

Tahun ni dah 2019, 
Bertambah lagi satu angka. 

Bagi yang usia 29, sudah bertambah jadi 30, sedap sikit nama three series... 

Bagi yang usia 39, sudah bertambah jadi 40, life is begin... 

Bagi yang 49, sudah 50... Dah Hampir pencen... 

Bagi yang 59, sudah 60 tahun ini... Bersiap sedia hadapi mati... 

Tak perlu takut usia bertambah... Cuma takutlah.. Jika amal kita tak bertambah seiring dengan usia... 

Bab usia ni Allah kata dalam surah tertentu dalam al-Quran.


Allah dah kata... 


Bila usia bertambah... Kulit dah berkedut... Ingatan makin pudar.. Rambut beruban... Tenaga makin kurang... 

Usia kita ibarat roda... Kita kembali menjadi lemah... Usia puncak kita ialah 30 hingga 40.. Tapi pabila akhir zaman.. Usia sebegini ramai yang meninggal terutama yang baik-baik Allah akan ambil dulu...

Jadi, kita nak tunggu usia berapa baru nak berubah untuk perbaiki diri?

Renungkan... 
Moga ada sinar perubahan untuk kita terus perbiaki pada tahun 2019 ini... 

02 Januari 2019

Januari 02, 2019

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)


Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my



Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2019/01/giveaway-semakanonlinecom-di-mialianacom.html#ixzz5bSQPBjiI

01 Januari 2019

Januari 01, 2019

Ini Azam 2019 | 6 Tips Untuk Mencapai Cita-cita dan Azam Yang Berjaya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ini Azam 2019 | 6 Tips Untuk Mencapai Cita-cita dan Azam Yang Berjaya | Alhamdulillah... 1.1.19 dah... Dah masuk tahun baru dah kita.

Bertambah lagi satu angka..

Sebut pasal tahun baru... Mesti sana sini sebut pasal azam.

Apa itu azam?
Azam ni satu tekad atau matlamat yang kita nak cuba capai...

Azam ni biasa orang letak target 1 tahun, tapi boleh kalau nak letak azam setiap minggu, bulan atau pun setiap hari.

Sebaiknya azam setiap hari... Untuk jadikan diri kita lebih baik.

Rasulullah SAW berpesan yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Setiap tahun, MF tak pernah bersungguh dengan azam.

Tahun ni rasa macam nak target sesuatu... Sampai berjaya...

Azam 2019

Azam Ku 2019

Mestilah nak jadi yang lebih baik dari yang terbaik...

Nak cemerlang dalam segala hal di dunia dan di akhirat...

Usaha untuk settle kan hutang...
Nak buat duit simpanan tetap
Nak travel satu Malaysia
Nak amalkan pemakanan sihat #sukusukuseparuh
Nak kurangkan makan dan banyak kan puasa
Nak kurangkan marah
Nak jadi lebih penyabar
Nak jadi cantik dan gojes
Nak lebihkan amalan sunat sepertiga malam
Nak tadabbur al-Quran
Nak lebarkan sayap bisnes

Untuk blog
Nak mantapkan income adsense
Nak maintain kan PV dan UV
Nak maintain update Blog setiap hari

Untuk diri sendiri
Tak mau malas-malas lagi
Tak mau sentap lebih2
Mohon lebih matang
Mohon kerja on time
Solat on time and overtime
Nak Kurangkan cakap
Tak mau buang masa lagi
Dan paling penting... Nak bersihkan hati dari sifat mazmumah....

Hah... Banyak betul wishlist 2019...

Dan rangkuman segala dari wishlists di atas ialah.. Moga dipermudahkan segala perancangan dan urusan...

Semoga ianya selari dengan perancangan Allah jua...

Tapi macam mana nak pastikan azam dan cita-cita ni tercapai...

MF kongsikan tips dan cara nak capai azam dan cita-cita.. Perkongsian ini MF petik dari catatan Mufti Wilayah Persekutuan...

Jom kita lihat... Macam mana nak capai cita-cita.

Cara capai Azam baru

Azam 2019 | 6 Tips Untuk Mencapai Cita-cita dan Azam Yang Berjaya

#1. Buat Keputusan untuk Tingkatkan Tahap yang Ingin Dicapai

Kehidupan seseorang boleh berubah sepenuhnya selepas membuat keputusan untuk menaikkan tahap yang ingin dicapai ke peringkat yang lebih tinggi.

Tulis dengan jelas apa yang diingini, dan beri komitmen sepenuhnya untuk mencapainya.

Masukkan juga, apakah kualiti diri yang sepatutnya dimiliki untuk mencapai perkara tersebut seperti sikap positif dan tidak menangguhkan kerja.

#2. Bersama Tekad, Binakan Keazaman yang Utuh

Seperti yang dinyatakan di atas, keazaman dalam meraih cita-cita hendaklah disusun dengan penuh strategi dan pengalaman. Maka insya Allah, sebaik-baik natijah akan digapai. Pujangga menyatakan:

إذا كُنتَ ذا رأيٍ فَكُنْ ذا عَزيمَةٍ                فإنَّ فَسادَ الرأيِ أنْ تَترددا

                             “Jika kamu mempunyai pemikiran yang baik, maka sertakan dengan azam
  Ini kerana rosaknya pemikiran apabila kamu tidak tetap pendirian.”

#3. Tulis Impian dan Cita-Cita yang Ingin Dicapai

Jadikan setiap apa yang ingin dicapai dalam bentuk bertulis. Begitu juga semua perkara yang boleh menghalang dan cara mengatasinya.

Tulis secara terus menerus setiap perkara yang dibayangkan. Curahkan semua idea berkaitan impian dan cita-cita yang ingin dicapai.

Susun dalam bentuk garis masa, mungkin sehingga 5 atau 10 tahun akan datang. Jangan sekali-kali berfikir bahawa impian kita tersebut tidak realistik.

Jangan meletakkan batas pada diri kita. Yakinlah, jika orang lain boleh mencapainya, mengapa tidak kita?

Dengan menulis impian, daripada itu kita dapat mengetahui secara terperinci berkaitan cita-cita kita serta mendapat gambaran yang jelas. Jadikan diri kita tidak dapat hidup tanpa impian dan matlamat tersebut.

#4. Beri Komitmen Sepenuhnya

Menulis impian sahaja masih belum mencukupi. Bulatkan tekad dan beri komitmen sepenuhnya untuk mencapai impian tersebut.

Beri komitmen sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi untuk merealisasikannya. Bertindak untuk mengubah strategi jika perlu.

Tanamkan pemikiran bahawa sekiranya kita berhenti dan menyerah bermakna kita telah menjual impian kita. Yakinlah, sekiranya kita betul-betul memberi komitmen, pasti ada jalan untuk mencapainya.

Untuk melakukan perubahan, hakikatnya ia bukanlah soal kemampuan. Sebaliknya ia adalah berkaitan kemahuan dan motivasi. Cari alasan atau sebab yang kuat untuk berubah, dan setelah itu beri komitmen sepenuhnya bagi mencapainya.

#5. Tempohkan Cita-cita yang Hendak Dicapai

Dengan hanya bercita-cita sahaja untuk menggapai dan mencapai sesuatu matlamat, namun tidak diberikan tempoh dan had masa untuk mencapainya, ia biasanya tidak tercapai. Kalau tercapai sekalipun, ia akan mengambil sejumlah masa yang besar.

Makanya, kejayaan yang sepatutnya diraih hanya sia-sia dan habis begitu sahaja. Malang sekali jika kejadian seperti ini sering kali berulang saban tahun dengan cita-cita yang tak pernah kunjung tiba sekalipun ditekad dan diazamkan pada permulaan tahun.

Jadikanlah cita-cita sebagai tangga yang perlu dinaiki di mana melangkah semestinya dari satu tahap ke satu tahap yang seterusnya agar kehendak cita-cita dapat direalisasikan dalam kehidupan kita. Amin.

#6. Bersahabatlah dengan Orang yang Berjaya Meraih Cita-cita

Ini kerana sahabat menjadi cerminan kejayaan seseorang. Cerdik pandai pernah menyebut: “Beritahu kepadaku siapa sahabatmu, nescaya aku boleh memberitahu siapa diri kamu sebenar.” Hal ini berbetulan dengan hadis Nabi SAW:

الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلْ

Maksudnya: Seseorang itu mengikut agama rakannya. Maka lihatlah seorang kamu siapa yang dia berkawan.

Riwayat Abu Daud (4833), al-Tirmizi (2378)
dan Ahmad (8398)

Sejarah membuktikan orang yang berjaya biasanya mempunyai rakan-rakan yang telah berjaya.

Dengan sebab itu gandingan antara yang berjaya dengan yang berjaya menghasilkan kejayaan yang lumayan dan berganda. Justeru, pilihlah rakan-rakan yang telah berjaya dan bukannya yang kecewa dan gagal dalam kehidupan.

Moga tahun ni lebih bersemangat... Tak mau malas-malas dan lebih tersusun dalam segala hal.

Insha Allah... Moga dipermudahkan Allah segala urusan kita semua.

Moga tahun ini lebih diberkati Allah dan dilapangkan rezeki dalam segala hal.. Insha Allah..

Selamat tahun baru 2019 buat semua pembaca setia dan pembaca baru Blog www.mariafirdz.com ini...

Moga anda semua juga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa... 😊😊😊