01 Disember 2018

Disember 01, 2018

Boleh Ke Pakai Maskara, Eyeliner dan Bulu Mata Palsu?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Boleh Ke Pakai Maskara, Eyeliner dan Bulu Mata Palsu? | Wanita, suka dengan kecantikan. Disebabkan nak kelihatan mukanya cantik, sanggup buat apa sahaja.

Ramai dalam kalangan wanita Islam sudah tahu tentang hukum berkaitan kening.

Haram cukur dan lukis kening.

Tapi dalam trend merias mata, masih ramai wanita pakai maskara, eyeliner dan bulu mata palsu.

Boleh ke pakai semua tu?

Kita tak buang dan ubah pun kan tapi cuma tambah dan cantikkan... Boleh ke?

hukum pakai Maskara, Eyeliner dan Bulu Mata Palsu

Persoalan ini dijawab oleh beberapa orang ahli yang pakar dalam agama berdasarkan dalil serta perbahasan ulama terdahulu.

Jawapanya:

Pemakaian bulu mata palsu adalah HARAM selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakaian rambut palsu:
“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934) 
Apa-apa perbuatan berhias diri dengan melampau maka ia DIHARAMKAN dalam Islam. 
Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk. 
Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan ZAMAN KAFIR JAHILIYYAH.

Jelas kan... Pakai bulu mata palsu haram... sebab kita tambah... macam kita pakai rambut palsu juga. Kalau dah pakai yang add on pun haram, apatah lagi trend zaman sekarang iaitu sambung dan tanam bulu mata palsu... lagilah haram kan... 

Apa pun dalam solekan kita kalau berlebihan, haram hukumnya... Apatah lagi solekan yang sampai merubah wajah asal seseorang.

Kenapa haram? sebab ada unsur penipuan...

Rupa sebenar lain... tapi ditutup dengan solekan jadi lain.

Muka asal berkerepot atau tak licin pun, tapi sebab solekan... nampak licin, muda je...

Kalau lelaki yang tengok.. nak kahwin.. lain jadinya.. dan memang pernah terjadi perkara ni,.. sampai bercerai akhirnya, sebab si lelaki rasa tertipu... 

Jadi, nak solek boleh... cukuplah bersederhana... jangan lebih-lebih sangat...
Natural tu lebih baik...

sebab ...

Allah jadikan kita cukup cantik...
Tambahkan akhlak yang cantik... akan bertambah cantik... insha Allah...
Disember 01, 2018

27 TANDA KITA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

27 TANDA KITA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA | Koreksi diri... adakah kita ada diantara tanda ini?

Jika ada, sudah tiba masa untuk taubat segera...

kerana ... menjadi hamba dunia... buruk padahnya di akhirat sana,


tanda jadi hamba dunia

Antara tanda kita telah jadi hamba dunia.


1. Anda tidak bersiap-siap ketika waktu solat akan tiba.

2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an kerana Anda terlalu sibuk.

3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.

4. Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram.

5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besok, nanti dan seterusnya.”

6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.

7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah

8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.

9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.

10. Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.

11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.

maksud istidraj
sumber: google images


12. Anda merancangkan kehidupan hingga jauh ke hadapan.

13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk bekerjaya.

14. Anda memiliki rakan-rakan yang kebanyakannya tidak mengingatkan Anda kepada Allah.

15. Anda hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.

16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya

17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.

19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berpoya-poya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.

20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.

21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya

22. Anda sangat pentingkan dengan penampilan luaran Anda.

23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.

24. Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Anda sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.

25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera menyambung buat kerja.

26. Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini boleh jadi hari terakhir Anda hidup di dunia.

27. Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.

30 November 2018

November 30, 2018

Ini 8 Makanan Terbaik Untuk Hilangkan Perut Buncit

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)





Ini 8 Makanan Terbaik Untuk Hilangkan Perut Buncit | Buncit satu igauan ngeri bagi wanita. Bagi lelaki, sesetengahnya Nampak seksi.

Tapi kalau perempuan… euwww… buruk rupa… Memang kalau boleh nak sorok sebaiknya.

Cara terbaik nak kuruskan perut adalah senaman secara berkala… Tapia da juga boleh diusaha dengan makan, makanan tertentu untuk kuruskan perut buncit.


Ini 8 Makanan Terbaik Untuk Hilangkan Perut Buncit

1. Tembikai

Tembikai terdiri daripada 91 peratus air. Ini boleh menjadi makanan pembuka selera yang baik. Makan tembikai menjadikan kita kenyang dengan cepat tanpa mengambil sejumlah besar kalori.
American Dietetic Association mendedahkan bahawa tembikai adalah makanan yang sempurna untuk mengurangkan lemak pada perut.
Selain itu, tembikai juga menjadikan kita kenyang lebih lama dan membantu mencegah dehidrasi sebab buah ni banyak air.
Tembikai mengandungi banyak vitamin B1, B6, dan C, potasium, dan magnesium. Jadi, tembikai adalah satu buah yang baik untuk diet rendah kalori dan lemak.

2. Badam

Badam atau almond mengandungi sejumlah lemak yang sihat yang boleh membantu kita makan secara sederhana dan tak makan  terlalu banyak.
Satu kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition telah membuktikan bahawa makan badam boleh menahan kelaparan.
Badam mengandungi banyak magnesium yang merupakan komponen penting untuk membina otot.
Badam juga katanya boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Dan lagi, badam mempunyai kurang kalori, jadi tidak akan menambah lemak ke perut. Oleh itu, makanan ini sangat sesuai untuk dinikmati sebagai makanan ringan.

3. Daun Saderi

Sebut saderi teringat kartun Wonder Pet… hehe…
Saderi adalah salah satu sayuran yang rendah kalori.
Saderi juga mengandungi kalsium dan vitamin C yang boleh mengurangkan berat badan.
Kalau tak suka daun saderi dalam salad atau sup, boleh memprosesnya menjadi jus. Jus daun saderi sangat bagus, terutama sebelum makan tengahari atau makan malam. Tapi MF pilih makan dalam sup atau buat sayur campur… wangi dan sedap…

4. Timun

Timun adalah makanan rendah kalori yang disukai ramai orang.
Setiap 100 gram timun mengandungi kira-kira 96 peratus air dan hanya mempunyai 45 kalori.
Dikatakan makan timun setiap hari adalah satu cara yang sihat yang berkesan untuk membersihkan racun berbahaya dalam tubuh badan. Kira macam detox la kan…
Timun mengandungi banyak mineral, serat, dan vitamin yang baik untuk sistem pencernaan dan secara tidak langsung adalah baik untuk mengurangkan berat badan.

5. Tomato

Tomato yang masak dan mentah baik untuk dimakan setiap hari.
Tomato mengandungi sedikit kalori, tetapi menyimpan sebatian 9-oxo-ODA. Ini dapat membantu mengurangkan lipid dalam darah dan mengawal lemak perut.
Antioksidan kuat yang dipanggil lycopene yang dimiliki oleh tomato juga mempunyai pelbagai manfaat tambahan iaitu mengurangkan kedutan, melawan kanser, dan mengurangkan tahap kolesterol.

6. Alvakado

Alvakado kaya dengan serat yang mampu membantu kenyang lebih lama.
Buah ini merupakan sumber dari asam amino bernama lecithin yang berguna untuk mengendalikan berat badan.
Alvakado juga mengandungi lemak yang sihat, sehingga mampu meningkatkan proses pembakaran lemak perut.
Dan lagi buah ini mempunyai khasiat anti penuaan awal, anti kulat, dan anti-bakteria yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan.
Tapi buah ni boleh tahan juga mahal kalau nak amal selalu…

7. Epal

Epal mempunyai limpah serat, flavonoid, fitosterol, dan beta-Karoten, yang akan menjadikan perut terasa kenyang.
 Satu kajian di Brazil, seseorang yang makan tiga biji epal atau lebih setiap hari beratnya berkurangan berbanding yang tidak.
Serat pektin dalam epal dikenali berguna untuk menurunkan berat badan. Malah, pektin ini dapat mengurangkan risiko terkena kanser usus besar.

8. Nenas

Nanas mengandungi enzim bromelain yang mempunyai keupayaan anti-radang. Enzim yang memetabolisma protein berkaitan secara langsung dengan saiz ukuran perut.
Penyelidikan di University of Maryland mendedahkan keupayaan anti-bakteria pada bromelain membantu melawan bakteria yang menyebabkan cirit-birit.
Dan, ia sangat berkesan untuk menyembuhkan gangguan usus. Oleh itu, saiz perut boleh menjadi lebih kecil kerana perut kita bebas dari aduan perut kembung.

8 jenis makanan ni biasa-biasa je… tapi khasiatnya luar biasa..

Lepas ni boleh la penuhkan peti sejuk dengan makanan ini selalu…
Tapi ingat, makan makan juga, tapi senaman tetap kena buat… baru lah dapat kesan yang lebih maksima…

Semoga bermanfaat…


November 30, 2018

Boleh Jadi Kaya, Tapi Jangan Sampai Jadi Hamba Kepada Kekayaan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Boleh Jadi Kaya, Tapi Jangan Sampai Jadi Hamba Kepada Kekayaan | Seram tengok zaman sekarang, orang berlumba nak jadi kaya raya.

Masa belum kaya... niat semua suci murni... Tapi bila dah kaya... orang miskin dipandang sipi...

Itulah realiti...

Islam tidak melarang kita jadi kaya... Tapi andai kekayaan kita tu menjadikan kita jadi hamba kepada kekayaan kita, lebih baik hidup sederhana.





عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعِسَ عَبْدُ الدِّينَارِ وَالدِّرْهَمِ وَالْقَطِيفَةِ وَالْخَمِيصَةِ إِنْ أُعْطِيَ رَضِيَ وَإِنْ لَمْ يُعْطَ لَمْ يَرْضَ

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya; “Binasalah hamba wang: dinar dan dirham, hamba pakaian, dan dengan segala macamnya yang menarik, jika diberi dia merasa gembira, dan jika tidak diberi maka dia tidak merasa gembira.” (HR Bukhari No: 5955) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang Islam dilarang menghambakan diri kepada harta benda dunia kerana ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada seseorang di akhirat kelak.

2.  Harta benda dunia yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seseorang berbentuk wang ringgit dan sebagainya adalah cubaan untuk mengukur imannya terhadap Allah SWT. Oleh itu, hendaklah menggunakannya kepada perkara-perkara yang diperintah oleh Allah SWT dan RasulNya.

3.  Orang Islam dilarang terlalu gembira apabila menerima sesuatu nikmat dan jangan berdukacita apabila ditimpa musibah.

4.  Harta yang tercela ialah harta yang lebih daripada keperluan dan mengganggu daripada mengingati Allah SWT serta tidak digunakan untuk taat kepada Allah SWT.

Jika kita menjadi hamba kepada harta dan wang ringgit, ia akan membinasakan masa depan kita di sisi Allah. Jadikan harta didunia sebagai jambatan untuk ke akhirat.


Boleh jadi kaya, tapi jangan terlalu mengejar kekayaan hingga lupa Allah...

Tanda kita ni dah jadi hamba duit:
1. Siang malam kejar duit, cari rezeki katanya hingga lupa anak bini.
2. Tidak bersosial dengan orang sebab kerja
3. Tak cukup gaji yang ada buat parttime pula.
4. Hati jadi keras bila bab duit.
5. Tak kisah halal haram asalkan duit.
6. Habiskan duit untuk dunia bukan untuk akhirat.
7. Bermegah dengan duit dan kekayaan untuk dapat nama dan pujian.

Check lah diri sendiri kot kita dah jadi hamba duit...

Tak salah kaya dan berduit, asalkan fikirkan sumber dan ke mana nak salurkan duit bila kita ada duit.

Nak sedekah tak perlu tunggu kaya...
sebab kalau nak kaya, bersedekahlah...

Dah kaya jangan lupa zakat;
kerana itulah punca rezeki kita jadi berkat.

28 November 2018

November 28, 2018

Belajar Tentang Hidup Dari Drama Mencari Qiblat di TV3

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Belajar Tentang Hidup Dari Drama Mencari Qiblat di TV3 | Drama bersiri yang lain dari yang lain di Slot Zehra.

Slot Zehra bertemakan drama Islamik, tapi kali ni sungguh lain dramanya sebab kisah yang penuh pengajaran tentang kehidupan.

Drama bersiri MENCARI QIBLAT ada sedikit kelainan...


Mencari qiblat
Sumber: Google images 

SINOPSIS MENCARI QIBLAT


Menampilkan Aeril Zafrel sebagai teraju utama, drama Mencari Qiblat yang bertemakan kerohanian ini mengetengahkan penceritaan berbeza pada setiap episod.

Adam lakonan Aeril Zafrel ialah anak tunggal dalam keluarganya, dan dia sudah biasa hidup dengan penuh kemewahan.

Oleh kerana Adam lalai serta alpa dengan kemewahan hidupnya di dunia, dia sentiasa berfoya-foya dan kerap melanggar segala hukum-hakam kehidupan sebagai seorang umat Islam sehingga hilang pedoman hidupnya.

Kemalangan jalanraya telah meragut nyawa ibu dan ayah Adam. Kematian mereka ini akhirnya telah memberi kesedaran kepada Adam yang bahawa duniawi ini hanyalah sementara dan selama ini, dia sedang hidup dalam kegelapan. Sejak itu, Adam cuba kembali ke pangkal jalan, dan memahami erti sebenar kehidupan ini. Mampukah Adam mencari qiblat hidupnya?


Adam merantau dari satu tempat ke satu tempat... Menjadi musafir yang menumpang teduh di sebuah rumah atau keluarga yang agak susah.

Setiap keluarga yang dia singgah ada cerita dan pengajaran tentang kehidupan yang kita boleh jadikan tauladan.

Setiap episod ada jalan cerita yang berbeza...

Dan memang seronok serta sangat bermotivasi drama ni...

Bagus untuk segenap lapisan umur... Terutama dalam kalangan remaja... Sebab banyak kisahnya berkisar tentang remaja..

Kisah anak kepada ibu bapa... Ibu bapa kepada anak...

Menyentuh tentang kasih sayang, solat dan kewajipan berkeluarga.

Ajaklah anak-anak tonton drama sebegini... Banyak sangat pengajarannya. 
November 28, 2018

Hati-hati, Ini 45 Nama Alkohol Kategori Arak Yang Mungkin Kita Tak Tahu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hati-hati, Ini 45 Nama Alkohol Kategori Arak | Arak, semua orang tahu haram.

Tapi zaman sekarang, arak kadang dijual secara berleluasa...

Ada juga digunakan dalam makanan.

Jadi, kena hati-hati...

Nama Alkohol Kategori Arak

Hati-hati, Ini 45 Nama Alkohol Kategori Arak 

Istilah-istilah Bagi Alcoholic Beverages & Bahan Ramuan Makanan Mengandungi Alkohol Dalam Kategori ARAK..

1. Wine -
Hasil fermentasi/pemeraman/penapaian buah-buahan khususnya anggur

2. Beer/Ale -
Hasil fermentasi gandum atau barley

3. Wiski -
Hasil fermentasi bijian/gandum/jagung/barli

4. Brandy -
Sejenis ark yang dihasilkan hasil penyulingan wine

5. Cocktail -
Minuman campuran yang salah satu bahannya mestilah mengandungi minuman beralkohol (istilah international).

6. Rum -
Hasil fermentasi tebu

7. Tuak -
Hasil fermentasi beras atau air kelapa (mengikut kawasan/daerah)

8. Mojito -
Cocktail yang dihasilkan daripada campuran rum, gula, pudina, lime dan sparkling water.

9. Spirits -
Istilah umum bagi arak/ minuman beralkohol

10. Liquor -
Istilah umum bagi arak / minuman beralkohol

11. Pinacolada -
Sejenis cocktail berasaskan  jus nenas yang mengandungi rum.

12. Gin -
Sejenis arak daripada buah 'juniper berries'

13. Bitters -
Minuman beralkohol dengan mempunyai rasa pahit (bitter) drpd herba-herba.

14. Nasih , Baa atau b'a, Nasih , Kinomol , Lihing ,Bahar -
merupakan nama lain bagi arak beras atau tuak dalam bahasa Kadazan.

15. Tequila -
Minuman beralkohol yang dihasilkan daripada 'blue agave plant'

16. Margarita -
Sejenis cocktail yang mengandungi tequila dengan campuran orange-flavoured liqueur dan lime atau lemon juice, sellunya dihidangkan dengan garam pada 'glass rim'.

17.Champagne -
Adalah Sparkling wine, hasil fermentasi wine pada tahap kedua

18. Sake -
Hasil fermentasi beras.

19. Mirin -
Sejenis rice wine yang digunakan dalam masakan.(teriyaki sos mengandungi mirin)

20. Todi -
Arak hasil daripada air kelapa (palm wine)

21. Scotch -
Sejenis wisky dihasilkan di Scotland

22. Amaretto -
Arak Itali berperisa Kacang Badam

23. Calvados -
Apple brandy

24. Chambord -
Black raspberry liqueur

25. Claret -
Light red wine or Bordeaux.

26. Cognac-
Aged, double-distilled wine or fermented fruit juice. Cognac is considered the finest brandy.

27. Cointreau -
French, orange-flavored liqueur.

28. Curacao -
Liqueur made from bitter Seville oranges.

29. Creme de menthe -
Thick and syrupy, sweetened mint liqueur. Comes both clear and green.

30. Framboise -
French raspberry liqueur.

31. Frangelico -
Italian hazelnut liqueur.

32. Galliano -
Golden Italian anise liqueur.

33. Grand Marnier -
French liqueur, orange-flavored.

34. Grappa -
Italian grape brandy.

35. Grenadine -
Pomegranate syrup, sometimes alcoholic.

36. Hard Cider -
Fermented, alcoholic cider.

37. Kahlua -
Syrupy Mexican liqueur made with coffee and cocoa beans.

38. Kirsch (Kirchwasser) -
Colorless liqueur made of cherries.

39. Red Burgundy -
Dry French wine.

40. Schnapps -
Flavored, colorless liquor.

41. Sherry -
Fortified dessert wine, sweet or dry, some with a slightly nutty flavor.

42. Southern Comfort -
Bourbon mixed with peach liqueur.

43. Triple Sec -
Orang-flavored liqueur.

44. Vermouth -
Wine-based drink infused with herbs, sweet or dry.

45. White Burgundy -
Dry French wine.

#BiarTahu
#JanganKeliru
#SemakSebelumSebar

sumber: Hub Halal JAKIM