10 Ogos 2017

Penggunaan Kad Diskaun Berbayar HARAM!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Penggunaan Kad Diskaun Berbayar HARAM! | Setiap dari kita mesti paling kurang ada satu kad diskaun... Kad diskaun ahli mesti ada punya, kad JUSCO, kad ahli... apa sahaja pasaraya yang menawarkan kad ahli mesti kita rebut... 

Tapi baru-baru ni, rakan GPI kongsikan isu kad diskaun yang diperjelaskan oleh Dr. Rozaimi Ramlee.. 

Ramai bertanya saya tentang hukum kad diskaun iaitu membeli dari pasaraya/premis tertentu menggunakan kad keahlian dan akan mendapat diskaun dari kad tersebut.
Hukumnya boleh diperincikan seperti berikut: 
1. Jika kad tersebut mempunyai yuran berkala seperti setahun sekali perlu dibayar atau 6 bulan sekali maka hukumnya haram. Ini kerana ia mempunyai al-Gharar (ketidak jelasan) dalam jual beli berapa banyak diskaun yang akan diperolehi dalam masa setahun atau 6 bulan selepas dia membayar yuran keahlian. 
2. Jika kad tersebut percuma atau hanya dibayar sekali sahaja (iaitu dibayar ketika mendaftar) yang dikira sebagai harga kad tersebut maka hukumnya harus. Diskaun yang diberikan oleh premis tersebut dikira sebagai hadiah kepada pelanggannya.
Wallahua'lam. Moga bermanfaat.
Penggunaan Kad Diskaun Berbayar HARAM

Hukum Kad Diskaun

Berikut ialah penjelasan dari Dr. Zaharuddin:

Sidang Kesatuan Fiqh Sedunia juga menetapkan bahawa dalam pertandingan dalam Promosi Perniagaan pula antaranya :-


1.  Jenis Kad yang menawarkan keistimewaan diskaun harga di tempat-tempat dan perkhidmatan tertentu.

Hukum : Jika kad tersebut mensyaratkan pembayaran yuran tahunan dan bulanan atau apa jua yuran, maka ia adalah HARAM kerana terdapat unsur judi dan gharar yang ditegah di dalam Islam.

2.     Jenis Kad yg diberi percuma oleh syarikat untuk tujuan promosi barangan mereka tanpa dikenakan bayaran

Hukum : Hadiah yang disediakan adalah HARUS. 


3. Pemberian mata apabila menggunakan sesuatu perkhidmatan seperti Kapal Terbang dan lain-lain, lalu di beri mata tertentu.

Hukum : Mata ini kiranya terkumpul dalam jumlah tertentu akan melayakkan individu tersebut mendapat hadiah tertentu. Ia adalah HARUS.

Artikel penuh: http://www.zaharuddin.net/kewangan/267-kad-diskaun-sms-pertandingan-a-judi.html

Berikut video mengenai kad diskaun berbayar...penjelasan yang lebih jelas sebab ada dalil lagi... Sila tonton:


Belek dompet, MF ada 4 kad diskaun... MF tak ingat bayar ke tak.. sebab lama dah tak guna... Jika nanti ke kedai diaorang minta renew kad, MF tak nak la renew... sebab dah tau hukum.



Setakat ni kad yang setia diguna ialah kad Bonus Link, kad itu percuma je... Kad mesra Petronas pun percuma sahaja... Jadi, yang tiada bayaran kita boleh guna..Yang berbayar elakkan guna... Biar tak murah asalkan tak terjerumus kepada yang haram.

Rasa Semacam Bila Tak Sarapan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Rasa Semacam Bila Tak Sarapan | Sarapan antara yang terpenting dalam rutin harian MF... Rasa semacam je bila tak sarapan... 

Rasa ada yang tak lengkap bila tak sarapan pagi.. Alhamdulillah... Dari kecil mak bapak MF ajar sarapan pagi... Masa sekolah siap bawa bekal hinggalah habis sekolah... 

Bila hidup sendiri di universiti... Tetap bersarapan seringkas mungkin asalkan perut tak kosong... 

Menu untuk sarapan tak perlu yang berat... Cukup sebagai pengalas perut. Walaupun cekodok jagung atau lemak manis... 

Dulu, cekodok lah menu sarapan utama... Jarang makan nasi goreng atau kuih lain... Sekarang ni... Bila dah kahwin.. Ada kerajinan MF masak.. Jika tidak... Beli aje roti canai.. Hehe... 

Apa pun... Sarapan sangat penting... Dan merupakan waktu makan terpenting untuk diet sihat... 


Sarapan wajib, susu coklat atau susu kambing

Kepentingan sarapan...

1) Memastikan metabolisme badan sentiasa pada tahan optimum

Selepas bangun dari tidur, perut kita telah kosong selama lebih kurang 10 jam. Jika kita tidak sarapan, dan skip terus ke makan tengah hari, perut kita kosong lebih dari 12 jam. Ini akan menyebabkan otak menghantar signal untuk menurunkan metabolism badan. Dan apabila kita makan tengah hari, badan kita berada dalam mode berehat, jadi apa yang kita makan waktu tengah hari itu tidak dibakar dengan efektif, ini akan menyebabkan penghasilan lemak dalam badan.

Ini jadi penyebab kenapa diet tak berkesan. Ambillah sarapan, dulu jika tak sempat sangat, MF bawa buah epal makan dalam perjalanan ke tempat kerja... 

2) Mengelakkan kita makan secara berlebihan.


Apabila perut kita kosong, kita akan mengambil makanan lebih dari keperluan kita. Ini mennyebabkan kita sukar menurunkan berat badan.

3) Membekalkan Tenaga

Dengan mengambil sarapan pagi, kita memberi badan kita tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Kerja kita akan lebih produktif dan lebih fokus dengan apa yang kita lakukan. Badan cergas, otak pun lebih cerdas dan tak mudah lesu di pagi hari.

4) Membentuk permakanan kita sepanjang hari

Menurut satu kajian, sarapan pagi mempengaruhi tabiat permakanan seharian kita. Jika kita mengambil makanan yang tidak sihat, kita akan cenderung untuk mengamalkan tabiat permakanan yang tidak sihat sepanjang hari. Bila tak sarapan,terus makan tengahari waktu perut kita kosong.. kita akan makan ikut nafsu... sebab lapar sangat kan..berbanding jika kita makan sarapan, kita makan ala kadar ikut keperluan yang betul-betul menyelerakan.

Sumber: http://www.suria.my/

3 Keistimewaan Untuk Umat Nabi Muhammad SAW

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

3 Keistimewaan Untuk  Umat Nabi Muhammad SAW

عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فُضِّلْنَا عَلَى النَّاسِ بِثَلَاثٍ جُعِلَتْ صُفُوفُنَا كَصُفُوفِ الْمَلَائِكَةِ وَجُعِلَتْ لَنَا الْأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدًا وَجُعِلَتْ تُرْبَتُهَا لَنَا طَهُورًا إِذَا لَمْ نَجِدْ الْمَاءَ وَذَكَرَ خَصْلَةً أُخْرَى

Dari Hudzaifah RA dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda, 'Kami diberi keutamaan atas manusia lainnya dengan tiga hal: pertama, Saf kami dijadikan sebagaimana saf para malaikat (dalam solat). Kedua, bumi dijadikan untuk kami semuanya sebagai masjid (sah untuk solat). Ketiga, dan debunya dijadikan suci untuk kami apabila kami tidak mendapatkan air (untuk tayamum).' Dan beliau menyebutkan karakter lainnya.". (HR Muslim No: 811) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:

Umat Nabi Muhammad SAW diberikan keistimewaan dalam tiga perkara:

a.  Diberikan kedudukan sof ketika solat menyamai sof para malaikat

b.  Diberikan keistimewaan  boleh solat di mana-mana di atas bumi ini (tidak hanya di tempat tertentu).

c.  Diberikan kemudahan boleh menggunakan debu tanah untuk bersuci (tayamum) jika ketiadaan air atau tidak boleh menggunakan air yang dibenarkan syarak.

Kredit: hadis_ikram

Banyak kelebihan umat Nabi Muhammad s.a.w tapi kita siakan dan tak bersyukur... Banyak keistimewaan di akhirat nanti.. Ramai umat terdahulu kalau boleh nak jadi umat nabi Muhammad... Tapi kita??? 

Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com bermula dari saat ini sehingga 11.59 malam 14 Ogos 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari dan akan menerima RM10 setiap seorang.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 14 Ogos 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 21 Ogos 2017.

** sila klik pada banner untuk join segmen ini.....

09 Ogos 2017

Mak Ayah, Jangan Mudah Sumpah Anak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ibuu..👧
Ayah..👦
Jangan sumpah anak-anak walaupun hatimu tercabar!!
Tahan marahmuu..😓

😶Bila anak-anak mencabar kesabaran ibu dan ayah, mengguriskan hati ,,
Lalu terdetik rasa marah hingga kesudut hati,
Rasa benci dan menyampah,
Maka Hilanglah redho seorang ibu disaat itu.
Hilang jugalah redho Allah pada anak itu.

😔Ingatlah wahai ibu..wahai ayah..

😥Cepat-cepatlah beristighfar,,
 jangan dibiarkan benci dan marah itu bertakhta  walaupun sekejap..
 Dirisaukan ketika itu Allah cabut nyawa kita
Ataupun nyawa anak kita.

😡Maka tergolonglah anak itu dalam golongan anak derhaka,,

😳selayaknya neraka jahannamlah buatnya..
Nauzubillah.

😲Sanggupkah ibu dan ayah biarkan anak yang dikandung itu begitu pengakhiran hidupnya?

✋Sedangkan anak2 itu tidaklah begitu..

👐Sebetulnya ibu dan ayah kembali kepada permulaan kehidupan..

🙌Selidikilah diri kita:

🤔Sejauh mana kita didik mereka dengan ilmu agama?  

🤔Sejauh mana kita dampingi Anak-anak dengan nasihat berguna?

🤔Sehebat mana kasih sayang yang kita curahkan?

🤔Sejauhmana keperihatinan kita pada mereka disaat diperlukan?



⏰Ibu ayah Jangan lupa..

🤡Anak yang terlalu dimanjai juga akan  bersikap degil kelak kerana mereka sukar memahami hak ibubapa.

😡Anak yang sering dimarahi tidak akan ada jati diri, akhirnya sifat itu dilepaskan kembali.

😠Anak melawan cakap kemungkinan kerana diri kita yang selalu melawan dengan orang tua kita

😖Anak jadi liar kerana punca rezeki yang didapati tidak berkat

😒Anak tidak mesra dengan ibu ayah kerana tiada komunikasi yang sempurna.

😟Anak menjadi kurang ajar kerana kurang ketaatan kepada Allah.

😭Anak yang degil bukan kehendaknya kerana pengaruh gangguan jin iblis yang menguasi jiwanya. Rawatlah ia.

⭐️Carilah dimana silap kita dalam mendidik Anak-anak.
Bukan semata-mata mencari salah si anak.

😀Anak-anak itu acuan kita

💪🏻Didiklah dari seawal kejadiannya.

🤗Peluk dan usaplah anak disaat dia memberontak.

🌟Ada sesuatu mesej yang Allah nak kita faham disebalik kesulitan itu.

👌Belajarlah dari kerumitan agar tidak berulang kesilapan.

😍Pupuklah cinta Allah dalam keluarga.

👍Insyaallah..kita tak akan hilang pedoman.

👨‍👩‍👧‍👦Anak-anak jadi soleh solehah kerana punya bimbingan bukan kutukan.

Muhasabah Diri 😔😔

Untuk Peringatan Kita Bersama

Kredit: @Pendidik2u

BETUL KE MERUANG ITU ADA DALAM SYARIAT ISLAM?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

BETUL KE MERUANG ITU ADA DALAM SYARIAT ISLAM? | Meruang, istilah yang kian menjadi tular... Meruang ni mula diperkatakan hebat oleh penjual jamu yang kononnya meruang ni bertujuan membersihkan bahagian intim wanita. 

Bertambah hebat lagi, ada yang kata meruang ini ada dalam syariat Islam.. terutama bagi wanita yang berkahwin..

Apa itu meruang?

Meruang faraj adalah proses mengeluarkan sisa kotoran dari dalam faraj dengan menggunakan jari telunjuk.

Biasanya, proses meruang ini dikatakan digalakkan oleh bidan kampung selepas beristinjak atau mandi hadas besar sama ada selepas haid, nifas atau selepas berjimak.

TUJUAN MERUANG???
Bidan terdahulu sangat menitikberatkan kemantapan dan kebersihan faraj setiap kali habis tempoh berpantang kerana:

1. Mengelakkan keluarnya bau busuk dari faraj akibat kotoran darah nifas yg tertinggal.
2. Mencegah dari keputihan
3. Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim.
4. Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri. Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi.


RUAS UNTUK MERUANG....

- Bagi anak dara yang belum berkahwin, cukup sekadar meruang pada ruas 1.
- Bagi yang telah berkahwin, meruang boleh dilakukan pada ruas 2 dan 3.

Tapi baru-baru ini, ada pakar dibahagian kedoktoran pula mengeluarkan pendapat mengenai meruang ini... 


DOUCHING ADALAH AMALAN BAHAYA
Ramai yang bertanyakan saya mengenai amalan douching iaitu membasuh faraj dengan memasukkan air bercampur ''ubat" ke dalam faraj.
Ia mengurangkan rasa gatal dan memberikan "perasaan bersih" kepada wanita yang melakukannya.
Namun ia adalah amalan yang bahaya.
American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), melarang amalan ini dan hanya mencadangkan agar dinding faraj dibasuh dengan air yang biasa dan gunakan sabun yang berPH 7.0.
Ini kerana douching akan mengundang kesan yang lebih buruk. Sumber: Dr.Zubaidi Ahmad

Doktor Melarang Perbuatan Meruang Kerana:

APA BERLAKU APABILA ANDA MERUANG/DOUCHE?

1. Risiko Jangkitan Kuman
Faraj atau vagina ini adalah organ yang ‘self cleansing’, iaitu mancuci sendiri dengan mengeluarkan lendiran (lendiran atau mucus adalah normal. Jika berbau teruk atau berwarna, sila jumpa doktor). 
Di dalam faraj terkandung pelbagai flora bakteria yang hidup seimbang. Bakteria2 ini menjaga pH dalam faraj supaya kekal asid (pH <4.5), yang mana keadaan ini menghalang bakteria atau pathogen lain dari membiak. Jika keseimbangan ini terganggu (ps bila anda meruang/douche, ini AKAN berlaku), maka pH di dalam faraj akan berubah, dan mengizinkan pertumbuhan bakteria atau pathogen lain yang menyebabkan thrush, bacterial vaginosis dan jangkitan kuman lain.

2. Sukar Hamil dan Kandungan di Luar Rahim
Meruang/douche menyebabkan bakteria serta pathogen dalam faraj ditolak lebih dalam melangkaui pangkal rahim, oleh itu meningkatkan risiko untuk ‘Pelvic Inflammatory Disease (PID)’. PID adalah jangkitan kuman yang menular ke bahagian dalam system pembiakan wanita, dan boleh menyebabkan ‘scarring’ atau kesan parut pada bahagian dalam rahim serta tiub falopia.
PID menyebabkan wanita sukar untuk hamil, dan jika hamil - risiko kandungan di luar rahim meningkat (ectopic pregnancy)

3. Bayi Pramatang
JIka meruang/douche sewaktu hamil, perubahan pH dan jangkitan kuman yang dibincang di atas boleh menyebabkan risiko kelahiran bayi pramatang.

4. Kanser pangkal rahim dan kanser ovari
Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan wanita yang selalu douche mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim,
Douche yang dijual pula dikhuatiri mengandungi ‘phtalates’, sejenis bahan kimia yang boleh mengganggu keseimbangan hormon wanita, seterusnya meningkatkan risiko kanser ovari.
Risiko kanser ini masih memerlukan kajian yang mendalam, namun beberapa kajian kecil sudah menunjukkan kaitan.

Sumber: Facebook, Nukilan Dr Afida Sohana


Cara Mencuci Kemaluan Menurut Islam

1. Istinjak yang biasa dilakukan Nabi sama dengan cara menghilangkan najis umumnya yang ciri-cirinya adalah sebab:

(a) Memakai air seperlunya; tidak boros dalam penggunaan air. Jadi, Rasulullah memakai air sekadarnya untuk menghilangkan najis. Ulama sepakat penggunaan air yang berlebihan hukumnya makruh sebagaimana keterangan dalam Al-Mausuah Al-Fiqhiyah, hlm. 4/180 dan hadits riwayat Muslim (#325).

(b) Istinjak memakai tangan kiri berdasarkan hadits riwayat Abu Daud (#33) dari Aisyah: "bahwa Rasulullah memakai tangan kanan untuk makan dan bersesuci (wudhu, mandi junub) dan memakai tangan kiri untuk istinjak (kencing dan BAB) [Teks hadits: كَانَتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْيُمْنَى لِطُهُورِهِ وَطَعَامِهِ ، وَكَانَتْ يَدُهُ الْيُسْرَى لِخَلَائِهِ، وَمَا كَانَ مِنْ أَذًى].

(c) Nabi menggunakan air dan mengalirkan ke kemaluannya tempat keluarnya najis (Ibnu Rajab, Fathul Bari, 1/276). Teks hadits riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik [كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَرَجَ لِحَاجَتِهِ، أَجِيءُ أَنَا وَغُلاَمٌ، مَعَنَا إِدَاوَةٌ مِنْ مَاءٍ ، يَعْنِي يَسْتَنْجِي بِهِ].

(d) Sunnah mengusap tangan kiri bekas istinjak dengan tanah, atau debu, atau sabun supaya lebih bersih (Imam Nawawi, Syarah Muslim, 3/231).

2. Yang perlu dibasuh adalah tempat keluarnya kencing yakni ujung zakar (kemaluan lelaki) . Dan tidak perlu melihat kemaluan ketika cebok. Cukup membersihkan dan membasuh najis yang nampak dari luar yakni ujung kelamin (kepala zakar) bagi lelaki dan membasuh sesuatu yang nampak pada kemaluan wanita ketika mencangkung.  Jadi, tidak perlu membuka lubang kelamin.

3. Kalau anda membuka lobang zakar lalu terlihat seperti ada kencing di dalamnya, maka itu dianggap bahagian dalam yang tidak perlu dibasuh dengan air. 



Cara menyucikan kemaluan bagi laki-laki: 
Selepas membuang air kecil, disunahkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Setelah itu, urutlah kemaluan dari pangkal ke ujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air hingga bersih.

Cara menyucikan kemaluan bagi perempuan:
Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan memasukan sedikit jari tengah dan diputar-putarkan sewaktu disiram air bersih. Bukan dengan hanya menyiram air saja. Jika dengan menyiram air saja, itu tidak membersihkan bagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Catatan:
Ketika membasuh air besar (berak), sangat dianjurkan memasukkan satu jari ke dalam dubur, diputar beberapa kali agar najis bisa keluar dari dinding dubur. Lakukan hal itu sambil menyiram dengan air hingga terasa najis benar-benar telah hilang dan bersih.

Cara Mencuci Kemaluan Wanita Mengikut Ustaz Azhar Idrus


Larangan Berlebihan Ketika Membasuh Kemaluan:


Ibnu Majah (no. 464) meriwayatkan dari Jabir radhiallahu anhu dia berkata, "Rasulullah shallallahu alaih wa sallam berwudhu, kemudian dia menyiram kemaluannya." (Dinyatakan shahih oleh Al-Albany dalam Shahih Ibnu Majah)

Disebutkan dalam Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyah (4/125), "Ulama kalangan mazhab Hanafi, Syafii dan Hambali menyebutkan bahawa jika seseorang selesai istinja dengan air, disunahkan baginya untuk menyiram kemaluannya atau seluar dalamnya dengan sedikit air, untuk menghentikan was was, sehingga apabila dia ragu, maka basah itu dia anggap sebagai bekas siraman tadi, selama dia tidak meyakini selain itu."

Syaikhul Islam Ibnu Taimiah rahimahullah berkata dalam Majmu Fatawa (21/106), "Memeriksa kemaluan dengan berupaya mengalirkan air (yang ada di dalamnya) atau selainnya, merupakan perbuatan bid'ah, bukan wajib juga bukan sunah menurut para tokoh ulama. Begitu pula dengan menggerak-gerakkan kemaluan merupakan bid'ah berdasarkan pendapat yang shahih. Hal itu tidak disyariatkan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.

Sumber: http://www.alkhoirot.net, dutaislam.com, Facebook, Youtube, https://islamqa.info

Kesimpulan:

Meruang, sekadar perlu.... Bagi MF anak dara tak perlu buat meruang ini... Bagi yang dah berkahwin, cukup sekadar cuci seperlunya tanpa guna alat atau bahan-bahan tertentu.. Dan meruang cukup sekadar selepas haid,nifas atau selepas berjimak ketika mandi wajib sahaja!. Tak perlu sembur air... cuci sekadarnya dan tak perlu korek hingga ke pintu rahim... Tak perlu guna alat insert-insert rahim.. boleh bawa risiko yang lebih bahaya.. sayangilah aset kita... kalau nak guna pencuci wanita pun sekadarnya cuci luar bahagian intim sahaja, tidak perlu masukkan sampai ke dalam...