14 Julai 2017

DIY USB CAR CHARGER DENGAN MODAL TAK SAMPAI RM20!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

DIY USB CAR CHARGER | Menjadi masalah bila travel handphone pula habis bateri... Tambah parah bila handphone dijadikan GPS kan.. lagi cepat bateri habis.. kena pula waktu tu Power bank pula lupa nak cas tak pun lupa nak bawa.. dah susah dah... 

Jadi atas masalah tu, en.somi cheq ni cuba selesaikan masalah tu dengan D.I.Y USB CAR CHARGER... Build in terus pada kereta siap dengan Suiz untuk on off... 

Ini diy Untuk kereta Proton Exora kami... 
DIY USB CAR CHARGER
Yang dibulatkan tu adalah Suiz... Boleh on bila nak guna, dan off bila tak guna...
DIY USB CAR CHARGER


Kereta baru untung la Sebab dah ada USB CAR Ni siap dah... Tapi kereta kami tak canggih... Tapi takpe... Kita boleh canggih kan dengan modal tak sampai RM10 pun... 

DIY USB CAR CHARGER

Bahan dan alatan yang diperlukan:
  • USB CAR CHARGER
  • Suiz
  • Gam plastik (glu guna)
  • Wayar


Cara-caranya:
  1. Buka cover USB car Charger dari badan dia... Ambil yang tempat USB tu aje... Body cover USB tu tak payah ambil... 
  2. Tebuk sikit kat mana-mana part kereta nak letak (build in USB)
  3. Gamkan dari dalam usb charger tu guna gam plastik yang guna jenis gun (glue gun)... 
  4. Lepas tu smbung kan wayar 12V soket yang sedia ada... Siap!!!

Yang DIY ni kira canggih lagi sebab ada Suiz... Hehe... 

Gambar kat bawah ni DIY untuk kereta Viva 660 kami... 

DIY USB CAR CHARGER

DIY USB CAR CHARGER

Mudah je bagi yang tahu.. en.somi bukan makenik apatahlagi tukang pomen.. tapi sebab minat dia dengan kereta ibarat aur dengan tebing... Jadi, dia selalu tengok kat YouTube apa sahaja pasal kereta... 

Meraikan minat suami... Adakalanya memang mempunyai banyak kelebihan... Sama juga dia raikan hobi MF iaitu blogging... Dia juga dapat rasakan manfaat dari hobi MF... 

Sesiapa nak cuba DIY sendiri dipersilakan... Kalau tak tau.. boleh aje cari kat YouTube.. Insha Allah.. ada aje tutorial nya.. 

5 Tips Kenali Isteri Anda!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Tips Kenali Isteri Anda! | Wanita dan lelaki diciptakan sangat berbeza...namun Allah ciptakan wanita dan lelaki boleh hidup bersama... Walaupun begitu.. dalam rumahtangga pasti akan berlaku pergolakan kerana ingin cari persamaan kerana perbezaan ini... Tapi mustahil akan sama...

Jadi, sedikit tips nukilan Dr. Taufiq Razif buat para suami dan bakal suami untuk mengenali isteri masing-masing...

5 Tips Kenali Isteri Anda!

1. Kita kena tahu perempuan ni makhluk misteri. Otak perempuan memang terbukti lebih kompleks daripada lelaki. Sebab tu la mereka lebih multitasking dan memerlukan tidur 20 minit lebih lama daripada lelaki.

2. Jangan ingat bila dah kahwin tu tandanya kita dah memahami si dia sepenuhnya. Proses berkenalan tu kadang-kadang memerlukan sepanjang hidup kita. Mula-mula kahwin sifatnya lain. Dah masuk tahun pertama kahwin mula la keluar sifat yang sebelum ni kita tak pernah tahu pun. Bila dah mengandung nanti lagi la lain dengan ribut hormon yang tak menentu. Jangan panik! Kita lelaki diciptakan cepat bosan dengan benda yang sama. Sebab tu Tuhan jadikan perempuan ni susah nak difahami. Setiap hari kita akan temukan benda yang baru pada si dia. Menarik kan?

3. Perempuan memang Tuhan dah cipta untuk taat pada suami. Tu sistem yang takde siapa boleh bantah tapi kita para suami pun disuruh untuk bermuamalah dan bergaul dengan cara yang paling lemah lembut dan sopan dengan para isteri kita. Jangan tuntut mereka bahagiakan kita. Kita dulu yang harus bahagiakan mereka. Baru la mereka akan sukarela bahagiakan kita.

4. Perempuan ni makhluk emosi. Jangan sekali kali gunakan logik untuk tenangkan si dia. Guna la emosi juga kalau nak tenangkan si dia. Kalau si dia dah mula bebel tu ada lah tu lubang emosi dia yang terganggu. Mungkin kita jarang peluk si dia, mungkin kita buat si dia rasa tak selamat disisi kita, mungkin kita kurang menjadi suami dan bapa pada pandangan dia atau mungkin sebab kita lupa hari jadi dia!

5. Perempuan ni makluk auditorik. Pancaindera telinga mereka lebih sensitif dan peka dibandingkan pancaindera yang lain. Kalau nak bahagiakan si dia, bahagiakan dulu telinganya. Puji dengan pujian yang baik-baik. Kalau masak lebih-lebih kurang pun apa salahnya puji usaha si dia. Kalau dia beli baju baru pun apa salahnya puji penampilan si dia. Semua tu tak makan modal pun. Yang perlu cuma kreativiti kita sebagai suami untuk membahagiakan si dia.

Sumber: Facebook Dr. Taufiq Razif

Jadi para suami... Belajarlah untuk memahami wanita... Jangan cuba untuk carikan persamaan... Elakkan wahai para suami untuk ubahsuai isteri anda untuk ikut citarasa anda dan gaya hidup anda... Belajar untuk fahami dan hormati perbandingan dan perbezaan itu untuk memelihara kerukunan rumahtangga... Moga berbahagia hingga ke syurga... 

Doa Yang Paling Afdhal!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Apakah doa yang paling afdhal?" Rasulullah menjawab mohon keampunan dan keselamatan di dunia dan akhirat.

Kenapa pengampunan dan tidak yang lain? Sebab tanpa kita sedar, dosalah menjadi punca kepada segala masalah. Ibadah tak sedap, solat tak khusyuk, rezeki tak berkat, keluarga tak tenang, Anak-anak masalah dan banyak lagi, puncanya dosa. Andai clear masalah utama ni, maka selesailah segala yang lain. Ayuh banyakkan beristighfar.


Mari aminkan doa ini.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkau Tuhan yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. Lihatlah para hambaMu ini yang sedang menadah tangan kepadaMu ya Allah.

Kami sedang mengharap melebihi pengemis yang sedang kelaparan. Ya Allah ya Tuhan kami, pada kesempatan yang masih ada ini ya Allah. Kami merayu agar diampunkan dosa2 kami.

Ya Allah ya Tuhan kami. Kami mengulangnya lagi. Dan membesarkan rasa ini di hati kami ya Allah. Ampunkanlah dosa2 kami ya Allah.

Ya Allah kami tidak mampu menghitung setiap nikmat daripadaMu ya Allah. Tetapi pada setiap butir nikmat itu kami pulangkan kederhakaan kepadaMu ya Allah. Justeru ya Allah, janganlah Engkau matikan kami sebelum Kau berikan taubat kepada kami ya Allah.

Ya Allah pandanglah kami dengan pandangan rahmat dan kasih sayang daripadaMu ya Allah.

Ya Allah pandanglah wajah2 kami ini dengan pandangan rahmat dan kasih sayang daripadaMu ya Allah.

Cabutkanlah kemarahan dan lepaskanlah daripada kami ini kemarahan dan kebencianMu ya Allah.
Cabutkanlah kemarahan dan lepaskanlah daripada kami ini kemarahan dan kebencianMu ya Allah.

Seandainya Kau bertanya kepada kami tentang dosa, sesungguhnya kami akan menceritakan betapa banyaknya dosa kami. Tetapi hati kami sedang mengharap keampunan daripadaMu ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami. Ayah dan ibu kami ya Allah. Engkau ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami ya Allah. Wahai Tuhan kami, andai ada salah dan silap mereka dalam mendidik kami ya Allah, jangan Kau tanya mereka atas kelemahan itu ya Allah. Janganlah kau azab mereka atas kelalaian itu ya Allah kerana kami sangat yakin Kau amat Pengampun ya Allah.

يا منان يا ذالجلال والاكرام...

Ya Allah akan sampai satu detik di dunia ini apabila kami tidak lagi mampu berdoa.

Rahmatilah nanti saat kami telah jadi menjadi ahli kubur ya Allah.
Rahmatilah nanti saat kami telah jadi menjadi ahli kubur ya Allah.

Belalah kami di padang mahsyar ya Allah.
Belalah kami di padang mahsyar ya Allah.

Bantulah kaki kami saat kami melalui titian siratal mustaqim. Rasailah telapak kaki kami akan lembutnya pasir2 syurga. Jauhkanlah kami ya Allah dari neraka jahannam.

Ya Allah satukan hati kami umat Islam dengan kasih sayang seperti mana kau menyatukan Muhajirin dan Ansar.

Didiklah, kekalkanlah kami, istiqamahkanlah kami ya Allah dan matikanlah kami dengan agama ini.

ربنا اتنا في الدنيا حسنة و في الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
والحمد لله رب العالمين....😢

*Doa penutup oleh naqib Ustaz Zulramli Mrazalii - Usrah Nurani 10032016 @Ikim fm 91.5mhz*


Sumber: Telegram

13 Julai 2017

Terjebak Pula Dengan Drama Adaptasi Novel Semusim Rindu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Terjebak Pula Dengan Drama Adaptasi Novel Semusim  Rindu | Konon dah insaf dah.. tak layan drama bersiri... Tapi akhirnya terjebak juga... 

Memula teman mak mentua je tengok... Sekali dah tertengok rasa best Pula... Drama adaptasi novel ingatkan macam kisah cinta biasa.. sebab memula drama ni memang tak best... Tapi.. lama-lama semakin mencabar pula.. 


Sinopsis drama Semusim Rindu


Mengisahkan Hajar Adira yang kehilangan kedua ibu bapanya sejak berumur 5 tahun, sejak itu dia tinggal bersama ibu saudaranya, Nazimah. Hajar selalu didera oleh Nazimah. Tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang terpaksa dilalui selama 5 tahun, Hajar nekad melarikan diri ke Johor untuk bertemu dengan Mak Ngah Nasriah. Namun, setibanya di Johor Bahru Hajar hilang punca tanpa mengetahui arah untuk dituju. Pertemuannya dengan Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah telah membawa Hajar ke dalam kehidupan suami isteri itu yang masih belum dikurniakan zuriat.

Bagaimanapun, nasibnya bertambah malang apabila ibu angkatnya meninggal dunia, manakala bapanya pula lumpuh. Situasi itu secara tidak langsung membuatkan segala tanggungjawab terletak di bahunya untuk membesarkan adik-beradiknya yang lain.

Muncul pula Ikhman, lelaki yang suka sangat meyakitinya. Ikhman telah jatuh hati pada Hajar, namun keegoannya menjadi penghalang untuk berterus-terang. Pertemuaan mereka itu juga membuka jalan untuk Hajar bertemu dengan keluarga kandungnya. Kehadiran Pak Usu Halil selepas 15 tahun mencarinya masih sukar dimaafkan Hajar.

Hajar dan Ikhman pula setuju disatukan walaupun, Hajar masih sangsi akan perasaannya. Perkahwinan mereka berlangsung dengan syarat, mereka takkan tinggal sebumbung selepas berkahwin.  Bagaimanapun, satu demi satu konflik muncul sehingga membuatkan mereka bergolak dengan perasaan masing-masing apabila bersikap ego.
Sumber: kbergetar.com

Semakin seronok layan tu sebab drama ni banyak konflik keluarga bukan hanya sekadar cinta... 

Jadi, memang ketagih gak dok layan... Ditayangkan di Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 hingga 7.00 malam.... 


Tu lah.. kalau dah mula memang kena gak layan sampai akhir... Tu bahayanya drama bersiri ni... Mulanya nak tanya adik je... Tapi adik MF tak ingat pula dia baca ke tak novel ni... Jadi, kena gak la layan sampai habis... 

Dah lama dah.. minggu depan habis dah drama ni... Tapi rasanya drama ni agak panjang dari drama novel yang MF dok layan sebelum ni... Sampai 40 episod tu... Bagi yang tak tengok boleh la nak cuba layan online... Best juga... Tapi agak emosional juga layan drama ni sebab watak-watak antagonis memang menjadi... Hehe... 

Harap lepas ni tak nak layan dah drama bersiri... Harap nya lah.. berjaya ke tak azam tak nak layan drama bersiri ni... Hehe... 


Tips Mengatasi Anak Degil dan Tak Nak Dengar Cakap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tips Mengatasi Anak Degil dan Tak Nak Dengar Cakap | Anak bila makin membesar makin mencabar.. anak lelaki dengan gayanya, anak perempuan pula dengan gayanya... 

Cabaran utama bila semakin membesar ni ialah bila anak punyai kehendak sendiri dan kurang beri perhatian dan tak dengar cakap kita... MF tak suka guna istilah degil tu sebab nanti jadi doa pula kan... 

Rasa geram sedih dan terasa gagal jadi ibu bapa yang baik... Apa pun kena juga cari ilmu keibubapaan untuk atasi masalah yang dihadapi... 

Alhamdulillah... Terjumpa artikel yang ditulis oleh Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad... Rasa bahagia sekejap sebab ada panduan untuk diaplikasikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi ni... 

Tips Mengatasi Anak Degil dan Tak Nak Dengar Cakap

BETULKAH ANAK SAYA DEGIL, NAKAL DAN TIDAK MAHU MENDENGAR CAKAP?
Untuk anak-anak usia 5 - 6 tahun?
Oleh: Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad

Ibu bapa seringkali salah faham dan mudah melabel anak-anak secara negatif. Apabila anaknya degil, maka pada anggapan ibu bapa ia adalah tingkah laku yang negatif. Sebenarnya, setiap tingkahlaku anak-anak berbeza sebab mereka akan membesar sebagai individu yang berbeza dari segi watak dan peribadinya.

Degil itu dilihat sebagai negatif disebabkan anak-anak tidak mendengar kata nasihat yang ibu bapa berikan. Sebaliknya, jika dilihat dari satu sudut lain pula, degil itu membuktikan bahawa anak-anak tetap dengan kemahuan dan pendiriannya. Sifat degil sebegini perlu ada jika anak mahu berjaya satu hari nanti. Kejayaan memerlukan seseorang itu berdepan dengan masalah, cabaran dan ujian. Hanya mereka yang degil sahaja yang mampu melepasi semua ini.

Oleh itu, adalah satu kesilapan sekiranya ibu bapa mahu agar sifat degil anak itu dibuang. Sebenarnya, apa yang perlu dilakukan ialah menyalurkan sikap degil ini secara positif dan betul. Anak-anak yang masih kecil tidak mampu bezakan antara degil yang positif dan degil yang negatif. Maka adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk membantunya.

Anak yang degil biasanya menunjukkan tingkah laku berikut:

- Suka melakukan sesuatu ikut kehendaknya
- Tidak mendengar arahan atau nasihat
- Persisten dalam melakukan sesuatu hingga berjaya atau selesai - Menunjukkan sikap kepimpinan dan adakalanya macam bos
- Tidak bergantung pada orang lain
- Suka lakukan apa yang dilarang
Setiap kali anak menunjukkan sifat degil, lakukan langkah-langkah berikut:
- Hargai sifat semulajadinya yang degil itu.
- Banyakkan berkomunikasi dan tanya apa yang dia mahu lakukan atau capai
- Beritahu padanya, pasti dia gembira jika dia boleh lakukan sesuatu yang juga membuatkan kita
sebagai ibu bapa gembira
- Berikan dia alternatif untuk salurkan kehendaknya dalam situasi yang sesuai dan tidak
berbahaya
- Puji apabila dia mula mendengar nasihat atau cakap kita

Contoh:
Imran seorang anak yang keras hati (degil). Walau pun telah dinasihati banyak kali, dia tetap akan panjat tepi tangga untuk naik ke atas dan ini membahayakannya.

Ibu : Imran, ibu tahu Imran suka memanjat betul?
Imran : Betul ibu
Ibu : Ibu pun suka apabila Imran memanjat, ia menunjukan bahawa Imran seorang yang berani
dan sukakan cabaran. Agak-agaknya kenapa ibu selalu bising apabila Imran memanjat? Imran : Tak tahu.
Ibu : Cuba Imran fikir apa boleh berlaku jika Imran salah panjat atau terlepas tangan? Imran : Imran akan jatuh.
Ibu : Kalau jatuh sakit tak?
Imran : Sakit.
Ibu : Sebab itulah ibu bising, sebab ibu sayang Imran. Kalau Imran betul-betul suka memanjat ibu akan bawa Imran ke Mall pada hujung minggu ini, dan dalam tu ada tempat untuk kanak-kanak panjat-panjat. Di situ Imran boleh panjat sesuka hati, tetapi kena janji dengan ibu untuk tidak panjat tangga lagi, boleh?
Imran : Betul ker ni ibu?
Ibu : Betul ibu janji.
Imran : Yeay, ok Imran janji takkan panjat di situ lagi.
Ibu : Hah, macam itulah anak ibu. Ibu suka apabila Imran mendengar kata. (Sambil peluk atau usap kepalanya)

Contoh di atas jelas menunjukkan ibu menghargai kedegilan anak, menyatakan sebab kenapa dia dihalang untuk menerukan kelakuannya dan menawarkan alternatif baru untuk disalurkan kesukaan dan bakatnya. Akhir sekali, ibu memuji anak.

Dengan pendekatan sebegitu, anak-anak akan membesar dengan jiwa yang kuat. Mereka memliki kecerdasan emosi (EQ) yang tinggi. Kekuatan emosi membentuk anak-anak yang berakhlak mulia dan memiliki nilai moral yang tinggi. Mereka tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan masa depannya. Mereka berfikir sebelum bertindak.

Sumber: Telegram Channel

Tips Mengatasi Anak Degil dan Tak Nak Dengar Cakap

InshaAllah.. akan cuba aplikasi ilmu ni... Memang mencabar sebab anak bila bersekolah dia dah ada kawan... Anak-anak zaman sekarang pula jenis kuat mengikut... Sekali dia tengok iklan, terus dia boleh ikut dan lakonkan semula apa yang dia tengok tu... Memang kebanyakan anak sekarang macam tu.. jenis visual... Sekali pandang terus melekat kat memori dia... 

Sebab tu kat rumah, kena kawal apa yang dia lihat... Tapi kalau kat luar macam mana kan... 

Moga artikel ini dapat bantu kita sebagai ibubapa mendidik dan mengasuh anak kita sebaiknya...supaya menjadi anak yang mendengar kata... 

MF fikir positif... Anak kita ni dia bukan degil atau tak dengar cakap... Tapi dia ada kehendak dan naluri dia sendiri... Sebab tu dia ikut kehendak dia berbanding kehendak kita... Jadi, kita  sebagai ibu bapa kena faham kehendak anak-anak dan didik ikut fitrah yang sepatutnya...berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah... InshaAllah... 

Cara Mengawal Hawa Nafsu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

CARA MENGAWAL HAWA NAFSU

Dikisahkan seorang pemuda datang kepada seorang alim dan berkata,

"Saya seorang lelaki yang mempunyai hawa nafsu yang kuat. Saya tidak dapat menahan diri dan mata dari melihat orang yang lalu lalang di bazar atau pasar. Apa perlu saya lakukan untuk menahan diri saya?"

Orang alim itu memberikannya secawan penuh air susu dan mengarahkannya untuk menghantar ke satu alamat dengan syarat dia tidak boleh menumpahkan air susu tersebut walau sedikitpun.

Dia akan ditemani seseorang untuk mengawasinya dan jika ia menumpahkan air susu tersebut maka dia akan dipukul dengan kuat.

Akhirnya pemuda tersebut berjaya menghantar air susu itu ke tempat yang diarahkan tanpa tumpah walau sedikitpun.

Orang alim bertanya kepadanya,

"Apakah dan siapakah yang kamu lihat sepanjang perjalananmu tadi?"

Pemuda itu menjawab,

"Saya tidak sedarpun apa apa yg berlaku di sekeliling saya sebab saya asyik memberi tumpuan kepada air susu yang saya bawa, takut bertumpah dan saya pasti malu jika dipukul di khalayak ramai."

Orang alim pun berkata,

"Situasi yang sedang kamu hadapi samalah seperti keadaan orang yang beriman. Orang beriman bimbang Allah akan menghinanya di hadapan ramai orang pada hari kiamat, jadi imannya itu tersimpan kukuh didalam hatinya."

Pengajaran:
Orang yang sentiasa menjaga tindakan didalam kehidupan ataupun berhati hati dan bersungguh sungguh menjaga imannya, takut berbuat dosa dan tidak menghiraukan pandangan manusia kerana Allah SWT semata mata, mereka akan lebih fokus kepada hari pengadilan atau hari pembalasan.

Kalam Ulama. 

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Kredit: Ustaz Iqbal Zain



Kita jaga hak Allah.. Allah akan pelihara hidup kita.. Insha Allah... Allah sebaik-baik pemelihara... Dalam hidup ni, kalau nak betul-betul capai bahagia sebenar, meletakkan Allah itu lebih utama dari segalanya... 

Hari ini, kita mungkin boleh mengucap dua kalimah syahadah, laksanakan semua rukun Islam... Tahu sebut rukun iman...tapi nak menunaikannya belum tentu mampu... 
Umur dah berusia... Sejauh mana kita dah laksanakan rukun Islam dan rukun Iman??? Sama-sama muhasabah diri... 

Dalam mendalami ilmu dunia.. jangan lupa cari masa untuk dalami ilmu akhirat agar seimbang hidup kita...