15 Jun 2017

Koleksi IKLAN RAYA 2017 Best dan Menusuk Kalbu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Koleksi IKLAN RAYA 2017 Best dan Menusuk Kalbu!


Raya dah dekat dah... Tinggal 10 Ramadhan terakhir.. mood nak raya makin hampir sebab sana sini berkumandang lagu raya dah...

Dan tak ketinggalan.. kat Tv pun dah mula ada selingan lagu raya dah...

Tahun lepas macam kurang sangat iklan raya... Tapi tahun ni... Banyak iklan raya yang best-best dan menusuk kalbu...

Jom layan iklan raya... Dan kebanyakan iklan raya pasal ibu bapa... Itu yang buatkan ianya iklan yang best dan terbaik...

Sebelum​ tu sediakan tisu ya..

Iklan dari Pos Malaysia:


Iklan raya dari KFC Malaysia:



Iklan #lagilagibahulumak2017, iklan ni sambungan dari tahun lepas... Kali ni iklan ni upgrade jadi Filem pendek... Jom layan:





Iklan raya dari TNB:






Iklan Raya Yeo's:






Iklan raya Digi:



Ok... Itu antara iklan raya best 2017... 

Kebanyakan kisah ibu bapa dan hargai ibu bapa ... Pulanglah beraya... 

Jangan ada yang nangis pula ya... Hehe...

Apa pun Tetap tak lupa iklan raya Petronas, TM dan kebanyakan iklan raya tahun-tahun sebelumnya... Kebanyakan menjadi iklan yang indah untuk renungan bersama.. 

DIDIK ANAK MENJADI HAMBA AGAR IBUBAPA TIDAK MELAHIRKAN TUAN

DIDIK ANAK MENJADI HAMBA AGAR IBUBAPA TIDAK MELAHIRKAN TUAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

BENAR ATAU TIDAK

DIDIK ANAK MENJADI HAMBA AGAR IBUBAPA TDAK MELAHIRKAN TUAN

Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi

+ Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone.

+  Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai2 sebab terpaksa. 😭

+  Tak kurang juga anak lelakinya,mana mahu nak buat kerja2 perempuan.

Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang.

Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" sedari kecil

+ Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka

+ Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka

Alasannya?

+ "Kesian anak tu kecik lagi.."
+ "Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"
+ "Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi "hamba" anak sampai ke tua.

+ Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak menyusahkan mak pak. Ini terjadi dalam dunia masa kini.

+ Baju laki bini anak beranak mak basuh
+ Makan laki bini anak beranak mak masak

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa

+ Mereka akan buat secara terpaksa

+ Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka

Dan yang akan menjadi hambanya ialah mak pak mereka.

+ Sementara si anak sedap menggoyang kaki

Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya.

Bila besar mereka akan mampu berdikari

+ Usah terlalu kasihankan anak
+ Jangan terlalu memanjakan anak

+ Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
+ Ajar mereka tentang kerja rumah
+ Ajar mereka erti kehidupan
+ Pupuk kesedaran dalam diri mereka

+ Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan

+ Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik

Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba

Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita

Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA 

Sumber: Telegram



Memang pernah ada yang suarakan kata kami didik anak kejam... Kejam dan keras sangat... Biasalah orang tua, kalau dengan cucu memang kalah kan... Tapi tidak... Kami tak berlembut... Lembut ada tika dan masanya... Tapi salah dan suruh juga ada masanya. 

Alhamdulillah... didikan itu berhasil dan semakin nampak walaupun orang kata "KEJAM DIDIK ANAK". 

Si kakak, usia 6 tahun dah boleh mandikan adik, suapkan makan adik, pakaikan baju adik... dan uruskan adik dan diri sendiri tanpa disuruh. 

Bulan puasa ni, MF ajar mereka cari makan sendiri sebab diorang tak puasa. MF tak masakkan untuk diorang... Carilah makan sendiri... apa yang ada lauk semasa sahur, makanlah... Memang tak masak... Cari makan sendiri... Ini, MF belajar dari kisah anak yatim dari drama "Amsyar"... 

Sama je anak lelaki atau anak perempuan... didiklah anak supaya boleh buat kerja rumah... Untuk kesenangan masa depan kita juga... 

Dah Sampai Final! | Siapa Yang Bakal Juara?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dah Sampai Final! | Siapa Yang Bakal Juara?

Alhamdulillah... Makin hampir ke penghujung Ramadhan... Sedih sebenarnya mengenangkan Ramadhan tahun ni bagi MF... Tapi redha... Moga Allah gantikan pahala itu dengan pahala sabar, redha dan tabah. 

Apa pun.. mencari semangat diri sebab kita dah sampai ke Final dalam Liga Ramadhan... Siapa bakal juara??? Dah tentu yang juara ialah yang akan dapat Lailatul qadr... 

Kenapa, sana sini orang perkatakan tentang lailatul qadar??? 
Jadi, ini jawapannya...



KOLEKSI HADITH SAHIH: LAILATUL-QADAR. 

Antara hadis-hadis berkenaan LAILATUL-QADAR :

Hadis 1:
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

‎تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah Lailatul-Qadar pada 10 malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2020 dan Muslim no. 1169)

Hadis 2:
Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha pula, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

‎تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2017)

Hadis 3:
Dari Ubay bin Ka’ab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata:

‎هِىَ اللَّيْلَةُ الَّتِى أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِقِيَامِهَا هِىَ لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِى صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لاَ شُعَاعَ لَهَا.

“Malam itu adalah malam yang cerah yaitu malam ke dua puluh tujuh (dari bulan Ramadhan). Dan tanda-tandanya ialah pada pagi harinya matahari terbit berwarna putih tanpa memancarkan sinar ke segala penjuru.” (HR. Muslim no. 762)

Hadis 4:

‎عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: – كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا دَخَلَ اَلْعَشْرُ -أَيْ: اَلْعَشْرُ اَلْأَخِيرُ مِنْ رَمَضَانَ- شَدَّ مِئْزَرَهُ, وَأَحْيَا لَيْلَهُ, وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa ketika memasuki 10 Ramadhan terakhir, beliau bersungguh-sungguh dalam ibadah (dengan meninggalkan isteri-isterinya), menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah, dan membangunkan isteri-isterinya untuk beribadah.” (HR. Bukhari no. 2024 dan Muslim no. 1174)

Hadis 5:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

‎مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إَيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barang siapa berdiri (solat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR. Bukhari no. 4/217 dan Muslim 759)

Hadis 6:
Juga dari Aisyah, (dia berkata) :

‎كَانَ رَسُوْلُ اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لاَ يَجْتَهِدُ فِيغَيْرِهَا

“Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam ke-10 (terakhir) yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya” (HR Muslim no. 1174)

Hadis 7:
Dari hadis Abu Hurairah, beliau berkata:

‎عَنِ النَّبِيِّ قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَاناً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ, وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيْمَاناً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

“Dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam , beliau bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan (dari Allah), niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Dan barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan (dari Allah), niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR Bukhari (2/709 no.1910, 2/672 no.1802, 1/21 no.35), Muslim (1/523 no.760)

Sudah siap sediakah kita untuk memburu malam yang dijanjikan oleh Allah dimana setiap amalan malam Lailatul Qadar akan dikira dengan 1000 bulan bersamaan dengan 83 thn 4 bulan.

Marilah kita sama-sama berazam untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar ini kerana kita tidak pasti adakah kita akan bertemu lagi malam Lailatul Qadar pada tahun hadapan. Banyakkan berdoa dan kuatkan azam untuk mengapai malam Lailatul Qadar malam yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam yang mengetahui kehebatan dan keistimewaan malam tersebut. Jangan sia-siakan usia kita dengan menangguhkan untuk beribadat dan melakukan amal soleh. Jangan. Ingatlah bahawa Firman Allah Ta’ala :

‎قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلاَقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari da

ripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. [Al Jumu’ah:8].

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang Allah bagi peluang untuk membuat kebaikan namun kita sia-siakan dan terus menangguh-nangguh sehinggalah ajal menjemput kita. Wallahua'lam.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)


Moga perkongsian yang sedikit ini memberi semangat untuk kita mengejar dan memburu Lailatul qadr.. buat apa sahaja ibadah dan amalan agar kita dapat pahala akhir Ramadhan yang hanya setahun sekali datang ni... Tahun depan tak tahu kita sempat atau tak bertemu Ramadhan lagi... 

14 Jun 2017

Cari Kelengkapan Raya Sedondon di Lazada!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Cari Kelengkapan Raya Sedondon di Lazada | Dah jadi trend zaman sekarang, tema gaya sedondon... nampak sweet kan... MF pun sejak kahwin la reti nak sedondon bagai ni... Kadang pening juga nak tema apa tahun ni... Bila makin bertambah anak, makin bertambah pening... cuma untungnya MF anak semua perempuan, jadi satu fesyen lain saiz sahaja... 

Setiap tahun pasti fikir tema warna apa, tahun lepas kami bertemakan warna biru purple... Tahun ni tema "Happy Bee"... Haha... agak-agak boleh agak tak warna tu... 

Tahun ni, baju raya MF memang cari di Lazada.. baju raya anak-anak dan suami bikin sendiri... Cuma kelengkapan je belum cukup ni... Kalau boleh nak bergaya juga dengan handbag raya la tahun ni... Bukan apa, pakej baju, kasut dan handbag ni MF buat pergi kerja juga lepas raya nanti... Jadi, tak membazir pun, hanya setahun sekali... 

Dalam dok ushar Lazada tu, ternampak handbag cantik harga diskaun 55% lagi... huii.. terbeliak mata jawabnya... 



Beg Ni kena betul dengan tema "Happy Bee" kami sekeluarga... Tu yang berkenan betul tu...

Korang pun boleh cari pakaian sedondon dan outfit Raya korang di Lazada kerana Lazada tengah buat Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) yang bermula 19 Mei hingga 30 Jun 2017, di mana Lazada Malaysia menawarkan diskaun hingga 90%!. Jadi, jom cari baju, tudung, kasut, baju anak semua ada sale hebat sekarang ni di Lazada. Sempat lagi kalau nak beli sekarang... Sebelum pos laju masih beroperasi ni kan...


Khas buat blogger Malaysia. Jom sertai Ramadhan Raya Blogger Contest dan menangi pelbagai hadiah sehingga RM10,000. Contest ini dari 19 Mei - 23 June 2017. Jom cepat-cepat join. Mana tahu rezeki semepena Raya tahun ini. Untuk join contest sila layari website www.lazada.com.my/blogger-contest/. Good luck blogger!!!



LORONG TAMBAH NILAI PLUS DITUTUP! | SILA TAMBAH NILAI TOUCH N GO SEBELUM BALIK RAYA BAGI PENGGUNA PLUS

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



LORONG TAMBAH NILAI PLUS DITUTUP! | Persediaan raya... amacam... dah tak sabar nak balik kampung ni... MF dah 6 bulan tak balik kampung... hhu.. tinggal di perantauan beginilah... jauh pula tu... selalu doa supaya kaya .. boleh balik selalu... takpe.. Allah tak makbulkan lagi.. sabar je la kan.. inshaAllah, Allah dengar..

Semestinya nak balik kampung, kami adalah pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS Highway). Jadinya, segala info kena ambil tahu... 

Nak semak harga tol semasa website highway PLUS terbaca notis penting yang dikeluarkan oleh PLUS.. iaitu

PLUS TUTUP SEMUA LORONG TAMBAH NILAI UNTUK BANTU LANCARKAN PERJALANAN TRAFIK DI PLAZA TOL PADA MUSIM PERAYAAN


Fuhh.. nasib juga bawa awal notis ni... kalau tak mau tak keluar tol nanti.. haha... 


Sumber: google images

Berikut MF kongsikan Notis Penuh dari PLUS.

PLUS TUTUP SEMUA LORONG TAMBAH NILAI UNTUK BANTU LANCARKAN PERJALANAN TRAFIK DI PLAZA TOL PADA MUSIM PERAYAAN


Bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik pada cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol. Langkah ini juga bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh orang ramai beratur di lorong tambah nilai di plaza tol.

Kesemua 134 LorongTambah Nilai di plaza tol di lebuh raya PLUS akan ditutup kepada orang ramai mulai 22 Jun hingga 2 Julai yang akan datang.

Justeru itu, PLUS mengingatkan orang ramai supaya memastikan kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi menjelang cuti perayaan Aidilfitri yang akan datang.

PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 9,200 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara. Ia termasuklah di mesin ATM, kedai serbaneka 24-jam, stesen-stesen minyak dan lain-lain lagi.

Orang ramai juga boleh menambah nilai kad mereka di stesen-stesen minyak yang beroperasi di kawasan-kawasan rehat (R&R) di sepanjang lebih raya.

Selain daripada itu, pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka di antara jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari (termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) untuk membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza-plaza tol terpilih.

PLUS menjangkakan trafik yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan bersempena dengan cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang meningkat kepada 21 peratus berbanding hari-hari biasa.

Jadi, sila topup awal-awal ye touch n go anda sebelum masuk highway plus... Sekarang dah takde lorong tunai, apatah lagi dengan lorong tambah nilai pun ditutup juga... Jadi, bagi kengkawan yang tahu, sebarkan info ini... Untuk perjalanan yang lebih lancar. 

Harap balik raya, tak hadap jem yang teruk.. mudah dan lancar perjalanan... Insha Allah.. dan harap juga, memandu tu ingat orang lain juga nak raya dengan keluarga dan jangan pentingkan diri sendiri... 

Suami MF mengatakan kerisauan juga nak balik ni... dengan eksiden sana sini kan.. kadang kita dah berjaga, orang lain pula tak beringat... Mf kata banyakkan doa... Jom kempen baca doa naik kenderaan, kita pakat tampal doa naik kenderaan pada cermin belakang kereta... orang boleh baca bagi yang terlupa supaya semua selamat sampai ke destinasi dan kampung tercinta. 


Jangan lupa download aplikasi di Play Store dan Apps Store untuk dapatkan info cepat dari Highway PLUS. Boleh download [DI SINI]

Jangan Tunggu Lagi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


JANGAN MENANGGUH MEMBUAT AMAL IBADAT, AMAL KEBAJIKAN DAN AMAL KEBAIKAN.

Menangguh merupakan satu sifat yang tidak digalakkan dalam Islam terutama dalam membuat amal ibadat kerana sifat yang suka menangguhkan ini merupakan perangkap syaitan. Kita tidak pasti bilakah ajal dan maut menjemput kita. Contoh: menangguhkan solat Isyak, kita tidur dulu sebelum solat. Adakah kita pasti bangun untuk solat Isyak atau adakah kita pasti masa kita tidur itu, kita akan bangun?

Allah Ta’ala berfirman :

Maksudnya: “Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) lalu berkata: “Bukankah kami dulu bersama-sama dengan kalian?” Orang-orang mukmin menjawab: “Benar, tetapi kalian mencelakakan diri kalian sendiri dan kalian menunggu dan kalian ragu-ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah; dan kalian telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu.” (QS Al Hadid: 14)

Petua untuk mengelakkan kita menangguhkan-nangguh kerja ibadat, kebajikan dan kebaikan ialah dengan mengingati mati.

Firman Allah Ta’ala: Maksubnya: “Tiap-tiap umat mempunyai ajal (batas waktu), maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya sesaat pun dan tidak dapat mempercepatkannya.” (QS Al-A’raf: 34)

Mati boleh datang bila-bila masa. Jangan kita menafikan kebenaran yang sudah ada didepan mata dan menolak kebaikan semata-mata kita merasakan kita masih ada waktu lagi. Siapakah memberi jaminan yang kita mampu membuat kebajikan dan kebaikan selepas kita terlepas peluang?

Allah memberi peringatan dalam al-Quran berkenaan kematian dalam Surah Al Munafiquun: Ayat 011.

Maksubnya: "Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan."

Oleh itu, selagi kita diberi peluang dan waktu untuk melakukan amal ibadat, kebajikan dan kebaikan janganlah kita menangguhkan-nangguhkan ia. Niatkan di dalam hati kita untuk berusaha menyegerakan membuat amal kebaikan walaupun ia susah namun InsyaAllah jika kita ada tekad dan berusaha untuk melakukan, Allah akan membuka jalan kemudahan untuk kita bersegera melakukan amal kebaikan. Wallahua'lam.

Sumber: Channel Jalan-jalan Cari Ilmu.


Jangan bertangguh jika nak buat baik.. jika niat terus buat tanpa tunggu dan tunggu lagi... Kerana mati tak pernah menunggu kita...

Buatlah kebaikan semampu yang ada... Jika tak mampu buat baik... Lebih baik diam... Sama juga kaedahnya... Jika tak mampu nak keluarkan kata-kata yang baik kerana kata-kata yang baik itu juga satu kebaikan dan sedekah... Lebih baik diam... Tapi kebanyakan dari kita tidak begitu... Komen dan kata sesedap rasa tanpa berfikir dahulu..asalkan puas hati dapat komen.