17 Mei 2017

5 Tips Elak Serangan "Wanna Cry Ransomware" Virus

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Virus terkini yang berbahaya dan mengancam dunia masa kini... Virus ni menyerang kebanyakan pengguna Windows... Jadi yang guna OS selamat la... sebab setakat ni takde laporan lagi kan.. Lagipun OS ni memang ketat kawalan keselamatannya... huhu... Lepas ni kena himpun duit la beli Macbook pula. 

Kenapa Virus ni berbahaya? Boleh baca >>> SINI <<<

Jadi MF nak kongsikan antara langkap yang boleh kita ambil bagi pengguna Windows untuk elak dari serangan virus ini... Terutama yang suka shopping online dan buat perbankan online... (Blogger memang banyak la berurusan data online ni kan... Paypal lah... dan segala macam klik ada... jadi, beware!!!

============================================================


Peringatan Penting Buat semua, terutama Pengguna Windows!
Serangan "Wanna Cry Ransomware" Virus.
Sekiranya terkena virus ini, semua data kita akan di "encrypt" atau ditukar ke format yang tidak boleh dibaca, dan kita akan diminta membayar wang tebusan untuk dapatkan data semula.

Elak dari menggunakan Public Wifi di hotel / kafe atau mana-mana lokasi dalam masa terdekat.

Also be very diligent when clicking on websites and downloading from emails.
The problem is getting very very serious.????
Attacks on 99 countries so far. 

?? To be safe, 

Ini Apa yang perlu dilakukan:

1) Untuk pengguna windows - windows telah release new update today - quickly update windows anda. 
Jika Windows anda versi "pirate", dan tidak dapat update, komputer anda berisiko tinggi. 

2) Elakkan guna public wifi buat masa ini ??, di hotel, cafe atau mana2 lokasi) 

3) Buat 'backup' sekerap yang mungkin untuk data anda. Boleh gunakan 'online shared folder' juga seperti Google Drive & Dropbox. 
Dan simpan satu salinan backup dalam harddisk (offline) juga.

4) Pastikan guna antivirus dalam komputer (pelaburan yang penting). Dan update antivirus dengan kerap. 
Antivirus boleh dibeli secara Online juga. 
Seperti Antivirus Kaspersky, Antivirus Eset dll. 

5) Elakkan klik link dari emel yang tidak dikenali. 
Berhati2 juga bila buka 'attachment' di emel. 


Phone Call:
Office Hours: 1-300-88-2999 24x7 (Emergency): +6019 - 266 5850 Calls to MyCERT and the Cyber999 Hotline is monitored during the business hours (9:00 AM – 6:00 PM)

Moga membantu. 
Click Icon Share dengan ahli keluarga & sahabat.

Sumber: http://www.fb.com/mindaTrafik

Jika ada hard disk, pendrive dan CD gunalah semula... buat back-up data penting dalam komputer... Mujurlah juga kami memang suka simpan dalam hard disk segala gambar peribadi ni... Komputer agak kosong la... kecuali yang baru download. Kadang cara lama lebih selamat berbanding cara moden... jadi sesiapa simpan gambar dalam internet tu jangan fikir semuanya akan selamat selamanya ya.. 

WW | ORANG YANG BIJAKSANA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Nampak orang tu tak betul.. betulkan kesilapannya... Dan ajar diri sendiri Supaya tak buat kesilapan yang sama... Bukannya kutuk, hentam dan aibkan kesalahan orang lain... 

Renungkanlah

16 Mei 2017

Koleksi Bingkisan Indah Sempena Hari Guru!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Antara kata-kata bingkisan indah yang dicipta oleh guru-guru kita... Antaranya merupakan bingkisan hati dan motivasi untuk guru-guru di Malaysia... 


🌺 Selamat Hari Guru 🌺

Cikgu dicaci org xbising... 
Cikgu dihina org xbising....
Cikgu diherdik org xbising... 
Cikgu dipukul org xbising..
Cikgu disaman org xbising.... 

Niat Cikgu sering disalah ertikan... 
Cikgu korban duit utk murid org xpandang....
Cikgu korban masa utk murid org xpandang...
Cikgu korban tenaga utk murid org xpandang... 
Cikgu korban rasa untuk murid org xpandang.... 
Cikgu korban perasaan anak2 dan keluarga utk murid orang xpandang....
Cikgu buat sgala kebaikan utk murid orang xpandang....
Pengorbanan Cikgu  orang xpandang....
Niat Cikgu sering di salah ertikan..... 

Di sekolah ;
Cikgu sentiasa ingatkan murid supaya sentiasa menghormati ibu bapa... 
Sentiasa mengenang jasa ibu bapa....
Sentiasa menyayangi ibu bapa.... 
Jangan bercakap kasar dengan ibu bapa... 
Jangan biadab dengan ibu bapa....
Jangan melawan ibu bapa... 
Jangan derhaka pada ibu bapa...

Tapi berapa ramai ibu bapa yg ingatkan anak supaya hormati Cikgu..... 
Supaya mengenang jasa Cikgu... 
Supaya menyayangi Cikgu... 
Supaya tidak bercakap kasar dengan Cikgu...
Supaya tidak biadap dgn Cikgu... 
Supaya tidak melawan Cikgu...
Supaya tidak derhaka pada Cikgu....

Gaji Cikgu yg sering diungkit... 
Hadiah utk Cikgu yg sering diungkit... 
Cuti Cikgu yg sering diungkit.... 

Seorang dua Cikgu  yg buat silap, 
Semua Cikgu kena kutuk... 
Seorang dua Cikgu  yang buat salah, 
Semua Cikgu kena hina... 
Cikgu pun manusia biasa....

Orang yg bukan Cikgu ; 
Tidak pernah memahami perasaan Cikgu....
Tidak pernah memahami hati Cikgu...

Orang xtahu... 
bila tiba hari kejohanan sukan,
Cikgu kumpul duit utk tampung beli makanan murid.... 

Bila tiba hari anugerah kecemerlangan Cikgu kumpul duit utk tampung beli hadiah utk murid cemerlang....

Bila dekat hari raya Cikgu kumpul duit untuk beri sumbangan pada murid miskin..

Orang xtahu, 
ada Cikgu yg menitiskan mata kerana terharu menerima hadiah sebàtang pensil yg bernilai 30 sen drp seorg murid yg miskin... 

Ada Cikgu yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebatang pen yg bernilai 50 sen drp seorg murid yg miskin..

Ada Cikgu yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sesikat pisang drp pelajar yg miskin...
Orang x tahu....

Cikgu dikata kejar nama....
Cikgu dikata kejar duit...
Cikgu dikata kejar pangkat...
Cikgu dikata kejar glamour....

Wahai Cikgu...
Biarkan apa org nak kata...
Biarkan apa org nak cerca...
Biarkan apa org nak nista...
Biarkan apa org nak hina...

Bukan pujian yg Cikgu pinta...
Bukan sanjungan yg Cikgu damba....
Bukan darjat yg Cikgu puja..
Bukan hadiah yg Cikgu paksa...

Serahlah saja pada yg Esa..
Sekali Cikgu, selamanya Cikgu..

Kepada sahabat2ku yg bergelar CIKGU...
SELAMAT HARI GURU
Terima kasih CIKGU...

========================================================

UNTUK SEMUA SAHABAT YG BERNAMA  GURU

 Jadilah seorang guru yang hadirnya diTUNGGU, hilangnya diRINDU, ilmunya diBURU, nasihatnya diSERU, dan tingkahlakunya diTIRU... SELAMAT HARI GURU.

Selamat Hari Guru buat semua para pendidik...Guru Pembina Bangsa Negara. Terima kasih sekali lagi yang tak terhingga kepada semua yang bergelar guru... Khidmat baktimu, jasamu dan ilmu yang kau titipkan kepadaku akan aku manfaatkan demi kebaikan semua...

🌅 Wahai para guru...
Ladang pahala bagi kamu begitu luas...
Lebih luas dari apa yang anda sangkakan. 
Anak² murid anda boleh menjadi penyebab untuk anda 
merasai kemanisan 'syurga'.
Semailah mereka dengan benih² kebaikan.
Sirami mereka dengan akhlak terpuji...

🌅 Bergembiralah para guru. 
Semakin banyak ilmu yang anda ajarkan, 
semakin banyak pahala yang anda raih. 
Peliharalah ladang pahala anda ini. 
Jangan rosakkan ia dengan keluhan dan rungutan. 
Suburkan ia dengan rasa keikhlasan. 
Walaupun kadangkala anda terasa keletihan, 
percayalah keletihan itu akan terbayar 
dengan kerehatan di 'Syurga Abadi'...
ٍِاَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Sekian, moga ada manfaat...
Sekadar songsang aksara kata,  tanpa kembali ke tunjang makna... 

"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"

SELAMAT HARI GURU 2017

==============================================================

GURU.....( khas buat smua yg bgelar guru)

Apabila murid duduk.. Cikgu berdiri,
Apabila murid diseligi.. Cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7 siri.. Cikgu datang naik Myvi..
Murid dah dewasa jadi Somebody, 
Cikgu tetap begini..
Namun begitu.., Di dunia cikgu berbakti,
Moga di akhirat, syurga tempat cikgu kekal abadi..SELAMAT HARI GURU..

Macam mana nak kenal guru?
Garang orangnya, itulah guru disiplin..
Penyayang orangnya, itulah guru prasekolah.
Sabar orangnya, itulah guru pendidikan khas..
Sentiasa cool & tak pernah marah, itulah guru kaunseling..
Petah berucap, itulah guru besar..
Pelik orangnya, itulah guru pendidikan seni..
Gelap orangnya, itulah guru pendidikan jasmani..
Warak orangnya, itulah guru agama..
Sopan orangnya, itulah guru pendidikan sivik..
Berbahasa orangnya, itulah guru Bahasa Malaysia..
Berseni bahasanya, itulah guru sastera..
Walau sesiapa pun dia.. dia tetap berjasa..SELAMAT HARI GURU..

Erti sebenar seorang cikgu- 
C: Cantik budi pekertinya.
I: Inovatif praktisnya.
K: Kreatif mindanya.
G: Garang semangatnya.
U: Unggul ilmunya

(😝😝😝😝😝😝😝)
Mak cakap cikgu macam MAGGI,
Makanan rutin pd waktu susah..

Ayah cakap cikgu macam D SEEKERS,
Garang dan menakutkan..

Atuk cakap cikgu macam ASTRO,
Macam-macam ada..

Tapi saya cakap cikgu macam LOREAL,
Kerana dirimu BEGITU BERHARGA..

SELAMAT HARI GURU.
*"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"*
Anda yang terbaik! 👍 TQ

💐🌸🌷🍀🌹🌻🌺🍁🍃

===========================================================

Wahai guru,
Insan yg terpilih, 
Daripada ramainya manusia, 
Teruskanlah berbuat baik, 
Berkata baik, 
Memberi nasihat yg baik, 
*Walaupun*
Tidak ramai orang, mengenalimu. 

Cukuplah *ALLAH* mengenalimu
Lebih daripada yg lain. 
*Jadilah seperti jantung*, 
Yg tidak terlihat
Tetapi
Terus berdenyut
Setiap saat, 
Hingga membuat kita
Terus hidup
Menjelang akhir hayat. 

Buatlah seikhlas hati anda, 
Mungkin tiada *ganjaran di dunia*
Namun, 
Pahala Allah senantiasa 
Menanti di sana. 

*SELAMAT HARI GURU*

================================================================

~ GURU ~ Manusia paling syok sendiri di atas dunia.😘😘💐🎂🎶🎶🎵💗

Jadi cikgu ni, kita jadi syok sendiri. Masuk kelas tahun 1, tak kira mengajar apa pelajaran sekalipun, Math ke,BI ke, BM ke, PJK ke, mesti ada dalam buku teks part nyanyian dan lagu.

Maka, mahu tak mahu kena la menyanyi walau suara tu langsung tak sedap. Walau sumbang, walau piching ke laut,nyanyi saja. Tanya budak tahun 1, mesti diorang cakap suara guru sedap. Makin syok menyanyi!

Nak bagi penerangan,terkadang kena lukis gambar. Maka walau tangan sekeras batu, walau lukis ayam dah macam kucing, tetap perasan dan syok sendiri rasa lukisan tu cantik. Tambah2 bila ada murid puji,"wah, cantiknya cikgu lukis." Makin kembang hidung,makin syok sendiri dibuatnya. 

Budak tahun 1, lukis camne pun diorang cakap cantik. Kalau tahun 4,5,6, memang kena kutuk la lukisan cikgu. Kalau sekolah menengah lagi la, mau tak lalu makan seminggu teringat kutukan anak murid.

Ni menjelang hari guru, makin menjadi-jadi perasaan syok sendiri ni. Majlis sendiri, sendiri yang beli hadiah, pastu buat2 tukar dengan rakan. Punya nak merasa dapat hadiah mahal sikit. Punya la teruja!

Buat jamuan, sendiri kutip duit, sendiri makan, kemudian sendiri pakat puji meriahnya jamuan itu. Sedapnya masakan diri sendiri. Oh,betapa syoknya puji diri sendiri. Lepas tu, buat la persembahan. Kononnya sempena hari guru. Sebenarnya untuk diri sendiri. Kan kita ni cikgu!

Maka bersajaklah,menyanyilah, berlakonlah. Penat lelah hafal skrip lakonan berminggu-minggu. Semata-mata nak buat persembahan untuk diri sendiri. Pastu suruh budak sorak. Suruh budak tepuk kuat-kuat. Pastu rasa bangga, hebat betul lakonan aku. Hebat sungguh aku deklamasi sajak. Ah,betapa syok sendirinya kita ni kan?

Tu belum kira Anugerah Guru Garang, Anugerah Guru Paling Popular, Anugerah Guru Paling Lawa, sendiri buat anugerah, sendiri beli medal, sendiri gembira bila menang. Tak ke syok sendiri orang panggil tu?

Lantak la orang nak kata profession ini profession syok sendiri ke apa. Janji aku bahagia. Janji aku gembira melayan budak-budak. Kerja sebagai guru ni bukan lagi sejenis pekerjaan bagiku, ianya adalah kecintaan. Cinta yang amat! 
Korang bagaimana?

* Selamat hari guru buat semua guru-guru di Malaysia terutamanya guru-guru yang pernah mengajarku. Mohon redha segala ilmu dan mohon Allah ampunkan dosa kalian dan kita semua.
* Syok sendiri punya pasal, wish awal kat diri sendiri dan rakan sejawat......


=======================================================



Untukmu Guru Tersayang.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
S - seluruh negara meraikanmu
E - engkaulah insan mulia
L - lelah penat mu tak pernah jemu
A - atas semangat mu yang jitu
M - mencurahkan bakti tanpa henti
A - agar menjadi insan pekerti
T - tanpa mu hidup ini tiada erti

H - hadir mu sungguh bermakna
A - akur pada sebuah hakikat
R - revolusi baru jadi penentu
I - inovasi mu menjadi penjana

G - gagasan yang berilmu
U - untuk bangsa
R - rakyat Malaysia
U - untuk agama....

_GURU PEMBINA NEGARA BANGSA_

=============================================================


Seorang guru berkata,

" Jadi cikgu ni senang. Datang awal pagi, punch kad. Buat RPH, kelas jangan miss, handle program elok-elok, tak lama dapat APC. Buat aje kerja sendiri, jangan hirau yang lain. Hujung bulan dapat gaji, ada rezeki, naik pangkat. Itulah cikgu. "

Katanya sambil tersenyum kepada aku. Aku hanya mengangguk tanda faham. Ingatkan habis disitu sahaja, rupanya ada lagi yang guru ini ingin bicara. Selepas menghirup sesisip kopi panas, dia menyambung,

" Tapi, kalau kau nak jadi cikgu yang sebenar berjiwa guru, bukan itu jalannya. Itu hanya asas sahaja. Guru yang berjiwa guru ni, dia cakna segala perkara. Terserempak dengan anak murid berhingus kat kantin pun dia berhenti tolong lap.

Murid rebah, murid luka dia dahulu berlari pergi dapatkan. Sedang itu diluar tugas beliau. Sedang itu tiada markah dicatat untuk APC atau kenaikan pangkat. Tapi bila dia ada JIWA SEORANG GURU, setiap langkahnya adalah untuk mendidik.

Guru biasa, masuk kelas hanya mengajar untuk habiskan silibus sahaja. Murid dapat ke tak, itu dia tak hirau. Nak cepat pandai, dia suruh masuk kelas tambahan yang dia buat. Kenakan bayaran, dapat imbuhan tambahan. Sentuh budak jauh sekali, bahaya pada kerjaya padanya. Nanti didenda, nanti didakwa. Nanti payah nak naik pangkat, dapat APC dan sebagainya. Kerana dia hanya bekerja sedang jiwa tiada. "

Aku diam membungkam. Tiada menggeleng, tiada mengangguk lagi. Hanya mahu dia meneruskan bicara. Kata-katanya sangat terkesan di hati. Mutiara kata ini bukan selalu didendangkan. Jarang-jarang kelihatan. Selalunya mutiara seperti ini terpendam di lautan yang paling dalam. 

Guru itu menyisip lagi kopi pahitnya. Direnung dalam mata, dia sambung bercerita. 

" Guru yang berjiwa guru, laluannya sukar. Halangannya tidak sedikit. Tapi bila ada jiwa, tiada gentar dihati. Murid yang degil, yang malas, yang nakal dikejar tanpa henti. Padahal bukan ada upah tambahan. Baik duduk diam sahaja.

Murid yang lalai dan leka didenda, dihukum agar mereka sedar. Agar mereka merubah diri. Padahal surat saman bakal menanti, silap-silap makan diri. Tapi dia tidak boleh menahan diri, bila dalam diri ada jiwa, dia takkan biarkan sahaja anak didiknya terus hanyut begitu sahaja.

Dan biasanya, guru yang berjiwa guru ini payah nak naik ke atas. Sebab dalam failnya penuh aduan. Tapi percayalah, di mata Yang Maha Kuasa, pangkat dia telah lama dinaikkan. Saat dia menghayun rotan penuh ikhlas untuk mendidik, saat itu taraf beliau jauh di atas sana berbanding guru biasa. Yang hanya tahu menjaga periuk nasi dan pentingkan kerjaya sahaja."

Guru itu menghabiskan sisa air kopinya. Ditinggal duit di atas meja dan dia berlalu pergi. Meninggalkan aku termangu sendirian memikirkan kata-kata yang dia tinggalkan sendirian.

Dalam diam aku bertanya pada diri sendiri,

" Apa aku sebenarnya? Hanya guru biasa atau guru yang mempunyai jiwa? " 

=============================================================

Di saat ramai yg mengucapkan "SELAMAT HARI GURU", saya ingin menyeru agar sama2 kita bermuhasabah dgn nasihat Umar al-Khattab RA:

علموا العلم، وعلموه الناس، وتعلموا له الوقار والسكينة، وتواضعوا لمن تعلمتم منه ولمن علمتموه ، ولا تكونوا جبابرة العلماء، فلا يقوّم جهلكم بعلمكم".

Maksudnya: "Tuntutlah ilmu, ajarkan ia kepada manusia, tuntutlah ia dgn penuh ketekunan dan ketenangan, brtawaduklah dgn org mengajarkan ilmu kepada kamu dan bertawaduklah juga kepada murid2 mu, dan janganlah kamu menjadi ulama yg bongkak (dgn ilmunya sendiri), dan janganlah memperkasakan kejahilanmu dgn ilmumu." (Lihat: Jami' bayan al-'ilm wa fadhlihi, oleh: Ibnu Abdil Barr, 1/563) -Ustaz Fathul Bari-

Sumber: Media Sosial

Jika dihayati penuh makna... Luahan hati guru... dan cikgu juga insan biasa untuk mendidik menjadikan manusia menjadi manusia yang luar biasa... Mulut memang mudah mengata macam-macam pasal cikgu, tapi jika kita berada pada tempat cikgu hari ini... bagaimanalah kan... 

Runtuhlah negara jika tiada lagi guru kini dan selamanya... hargailah guru walaupun sekadar ucapan: TERIMA KASIH CIKGU!!!

Cikgu Blogger!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Blogger Sebagai Guru

Blogger juga boleh jadi guru... Sesiapa sahaja yang ajar dan sampaikan ilmu yang bermanfaat untuk orang lain.. akan diberikan ganjaran pahala. 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Dari Abu Hurairah RA bahwasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim No: 4831) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:

1.  Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak, menasihat serta membimbing kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru.

2.  Orang yang mengajak, membimbing, menasihat, mengajar seseorang agar melakukan perkara kebaikan, dia akan mendapat ganjaran pahala seperti mana yang didapati oleh orang yang belajar dan beramal.

3.  Semakin ramai bilangan pelajar yang dibimbing dan diajar melakukan perkara yang baik dan bermanfaat, semakin banyak pahala yang diperolehi secara berterusan.

4.  Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat, dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan beramal dengannya.

Marilah kita merebut peluang membuat simpanan deposit amal yang berterusan untuk akhirat kita dengan mendidik, mengasuh dan mengajar orang lain kepada kebaikan.

Semua orang jadi guru untuk diri Sendiri... Berusahalah untuk mendidik diri sendiri dan orang lain untuk berbuat kebaikan... 

Dalam konteks seorang blogger.... Rebutlah peluang dan ganjaran pahala ini... Jadilah blogger yang bermanfaat untuk diri sendiri....dan untuk orang lain... Selagimana kebaikan dan ilmu yang kita kongsikan di blog... Dibaca dan diamalkan kita turut mendapat ganjaran pahalanya... Tak nak ke dapat pahala yang begitu mudah?

Dari kita tulis gosip, fitnah, mengumpat dan mengaibkan... Kita berubah... Menulis yang bermanfaat hatta ajarkan doa atau cara memasak telur goreng sekalipun asalkan ianya bermanfaat...dan dapat diamalkan oleh semua... 

Dalam konteks Blogger MF Nampak Blogger Indonesia yang memperlopori bidang ilmu yang banyak di zaman teknologi Blogger kini... Moga kita kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi dalam hidup kita.. 



SELAMAT HARI GURU
Kepada Blogger yang banyak berkongsi ilmu tentang blog dan tentang apa sahaja yang bermanfaat... Moga Allah merahmati kalian.... 

Guru dan Pahala Yang Berterusan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Guru dan Pahala Yang Berterusan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Dari Abu Hurairah RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya." (HR Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Setiap Muslim bergantung dengan amal yang mereka lakukan semasa hidup.

2.  Ada amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim semasa hidup akan berterusan mengalir pahalanya walaupun dia telah meninggal:

a.  Sedekah yang pernah kita buat semasa hidup sama ada berbentuk wakaf, derma, pemberian, hadiah dan sebagainya. Selagi ia dimanafaatkan oleh makhluk samada manusia, binatang mahupun tumbuhan, ganjaran pahalanya akan tetap berterusan untuk orang yang mati.

b.  Ilmu bermanfaat sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia yang digunakan untuk kemaslahatan hidup termasuk buku, artikel, juga dalam bentuk elektronik seperti laman sesawang, FB, telegram, whatsapp dan BLOG.    Selagi ilmu tersebut diamalkan atau faedahnya dimanfaatkan, maka ganjaran pahala akan diperolehi oleh mereka yang menyampaikan atau yang memulakan.

c.  Anak solleh yang sentiasa mendoakan rahmat dan keampunan kepada kedua ibu bapa.

3.  TAHNIAH kepada semua guru sempena hari guru esok. 

Jazakumullahhu khairan katsira kepada guru sama ada yang mengajar di Nurseri, Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Madrasah, Masjid dan Surau, Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej, IPG, dan  Universiti. Juga kepada setiap individu yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat. 

Tak lupa juga guru kita yang pertama iaitu ibu bapa kita... Jangan lupa ucapkan selamat hari guru kepada ibubapa kita kerana mereka insan pertama ajar kita mengenal ABC sebelum selanjutnya kita ke sekolah dilatih oleh guru pula... 

Semoga usaha para penyampai ilmu yang bermanfaat, akan menjadi penerus amal yang mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia.


Setulus Doa kepada guru-guru kita. Selamat Hari Guru 

Ya Allah, panjangkanlah umur guru-guru kami dalam ketaatan kepadaMu…

Ya Allah, berilah ketajaman fikiran, kekuatan dan kesihatan bagi guru-guru kami…

Lindungilah dirinya dan keluarganya dari kejamnya terpaan fitnah, Ya Rahman Ya Rahim…

Ya Azis Ya Qowiy, berikanlah kepada guru-guru kami, kekuatan iman untuk menegakkan kebenaran, anugerahkanlah kepada guru-guru kami keteguhan hati untuk menjunjung tinggi keadilan dan kemantapan jasmani/rohani untuk memimpin kami dalam jalan Fisabilillah ini...

Ya Latief Ya Malik, tanamkanlah kepada guru-guru kami kejernihan dan kearifan dalam berfikir, kecepatan, ketepatan, kecermatan dalam bertindak dan mengambil keputusan, kejujuran dan ketulusan dalam menjalankan tugas dan kewajiban dakwah...

Ya Allah Dzat Yang Maha Penyelamat, jauhkanlah jama'ah kami dari silang dan sengketa, lindungilah kami dari rasa saling curiga yang hanya membawa malapetaka, hindarilah kami dari perpecahan dan permusuhan yang hanya membawa kehancuran, satukanlah hati kami dalam ikatan  ini beserta cinta di dalam cintaMu…..

Aamiin Ya Robbal ‘Aalamiin…..

15 Mei 2017

Amaran Dan Nasihat Mengenai Ancaman Serangan Siber Ransomware 'Wannacry'

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Amaran Dan Nasihat Mengenai Ancaman Serangan Siber Ransomware 'Wannacry'

⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠


Dapat info dari Channel JAKIM dan juga link share di group telegram... Ancaman cyber terbaru dan paling dasyat dalam sejarah jenayah cyber. 


Sumber: Astro Awani

Sumber: Channel JAKIM
Sumber: Channel JAKIM

Jenayaah cyber ini yang terbesar dan impaknya sangat dasyat. MF juga ada terbaca info ni akhbar Kosmo tadi... Jenayah mula menyerang Jumaat lalu.. 

Dahsyatnya tu sebab sistem si penjenayah ni guna, dia godam sistem kerajaan... Kerajaan tak boleh masuk sistem tu kecuali bayar duit untuk masuk balik dalam sistem tu... Bukan takat tu je.. Kalau diorang bayar, dia boleh dapatkan data pembayar termasuk akaun bank dan duit-duit tu semua.

Katanya penjenayah ni berpunca di London, tak tau la nak kata kan... Tapi dia dah serang 100 buah negara. Antara negara yang dah kena ialah di Rusia, India dan Indonesia. 

Antara agensi kerajaan yang kena ialah sistem di hospital, dan agensi kerajaan yang lain. Kalau kat Malaysia ni kebanyakan agensi kerajaan memang guna data. Memang bahaya betul serangan kali ni. 

Jadi, untuk langkah keselamatan... boleh rujuk gambar di atas... ada beberapa link dan ip address yang perlu kita sekat dan berhati-hati.. 

Itulah bahayanya zaman sekarang ni.. Jangan asyik sangat dengan dunia cyber dan media sosial... Banyak bahayanya... Penjenayah ni kita tak kenal macam mana rupa... Kalau dulu boleh nampak muka... sekarang ni muka tu bertopengkan orang lain... 

Jadi, hati-hati kongsi personal data.. kongsi gambar dan sebagainya... Jangan mudah percaya dengan orang di alam maya..