19 April 2017

Aduhhh... Malunya Aku...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


AKU MALU KEPADA ALLAH YANG AMAT PEMURAH

Suatu hari, Saidina Umar bin Ubaidulllah melalui sebuah kebun. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan. 

Ada seekor anjing duduk dihadapan lelaki itu. Setiap kali dia menyuap sepotong makanan ke mulutnya, dia melemparkan sepotong makanan kepada anjing tersebut.

Umar berasa sangat takjub. Beliau bertanya kepadanya,

"Adakah anjing ini kepunyaan kamu?"

Jawab lelaki itu,

"Bukan."

Ditanya kembali oleh Umar,

"Jadi, mengapa engkau memberinya makanan?" 

Dia menjawab,

"Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, namun aku tidak memberinya makanan."

Umar bertanya lagi,

"Kamu hamba atau merdeka?"

Lelaki itu menjawab,

"Hamba milik seorang Bani Asim."

Umar pergi menemui pemilik hamba tersebut. Beliau membeli hamba itu beserta kebun tempatnya bekerja. Beliau kembali menemui lelaki tersebut dan berkata,

"Allah telah memerdekakan dirimu. Dan memberikan kebun ini untukmu."

Lelaki itu berkata,

"Segala puji bagi Allah. Saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada di negeri ini."

Umar sangat terkejut. Beliau tidak menyangka tindakan lelaki itu menyedekahkan kebun tersebut.

Beliau bertanya,

"Mengapa engkau mewakafkan kebun ini? Bukankah engkau juga miskin dan memerlukan harta?"

Dia berkata,

"Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, kemudian aku kedekut pula kepada NYA "

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Sumber: Google

Hadoii... Malunya baca kisah ni... Kita ni sedekah sikit pun dah rasa pemurah sangat... Tak dapat kita nak tandingi kisah hamba yang beriman ini... 

Betullah, kadang berkiranya kita dengan rezeki yang kita ada... Tapi kita lupa Allah yang beri rezeki tu kat kita... Huhu... 

Kemalangan di Baling, 5 Beradik Jadi Yatim Piatu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Allahu... Sedih betul baca berita kemalangan yang menyebabkan empat anak menjadi yatim piatu... Walaupun tak kenal tapi melibatkan anak-anak kecil buatkan hati ini cepat tersentuh... 

Tengok berita di TV9 semalam terasa sebak sangat... Lihat anak-anak arwah yang masih kecil.. bertambah sedih, dikatakan dalam berita semalam arwah isterinya sedang mengandung pula tu... 


Baling: Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Baling dan isterinya maut manakala empat anak mereka cedera selepas kereta mereka terbabit dalam kemalangan di Kampung Teluk Teduri Jalan Baru Kupang-Baling, hari ini. 
Dalam kejadian 7 pagi itu, Asisten Superintendan Mohd Noor Mat Yaub, 38, memandu kereta Toyota Passo bersama isteri Suriya Abdul Rahman, 37, serta empat anak berusia antara enam hingga 11 tahun. 
Difahamkan ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan menghantar isterinya yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Teluk Teduri. 
Menurut sumber, setiba di lokasi kejadian, mangsa memberhentikan keretanya untuk membelok ke kiri apabila tiba-tiba sebuah pikap Toyota Hilux dari arah Baling, merempuh belakang kereta mangsa. 
“Akibat rempuhan itu kereta mangsa melungsur masuk ke laluan bertentangan dan dilanggar kereta Honda City yang datang dari arah Kupang ke Baling. 
“Pertembungan itu menyebabkan pasangan suami isteri terbabit cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta Honda City turut cedera parah dan dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan," katanya. 
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.13 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Baling tiba 7.32 pagi. 
Menurutnya, kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan operasi menyelamat dan membersihkan kawasan kemalangan dijalankan.
Sumber: Harian Metro Online

Itulah risiko bila berada atas jalan raya.. macam mempertaruhkan nyawa di hujung tanduk dah rupanya... 

Kita dah berhati-hati, tapi orang lain pula yang tak beringat... Tapi terkejut juga, rupanya pemandu Hilux tu perempuan dan berita terbaru MF baca katanya pemandu tu positif dadah... Hmmm... Agaknya wanita ni p telan ubat kot pepagi kan... 

Tapi memang tak dinafikan seram betul tengok pemandu perempuan memandu zaman sekarang.. dah tu kita hon, buat muka tak puas hati pula tu... Bukan nak mengaku salah... 
Patut la kerajaan Arab Saudi haramkan wanita memandu... Agaknya kalau kat Malaysia buat camtu, mau mengamuk pompuan kat Malaysia ni... Tapi tu lah, bila wanita dapat stereng mulalah memandu ikut emosi... Akibatnya...Orang yang tak bersalah menjadi mangsa...

Update:
Tapi MF tak kata salah perempuan 100% yang mengakibatkan kemalangan jalan raya... Ada je lelaki.. tapi lelaki ni memang tak dinafikan dah bawa kereta macam mana... Tapi wanita kan lembut lembut sifatnya, tapi bila dapat stereng tu dah hilang kelembutannya... Faham dak... Jangan la nak sentap pula... Bukan nak hukum semua... Ada ja yang bawa berhemah tak kira lelaki ke perempuan tapi ye lah.. kita yang berhemah ni kadang jadi mangsa keadaan dek mereka yang tak ingat dunia bila memandu... Tapi maaf kata... Yang MF jumpa jenis tu memang perempuan la... Sebab tu MF geram sebab MF pun perempuan juga.

Salam takziah dan al-Fatihah buat arwah... Moga Allah Pelihara anak-anak yatim piatu ini... Moga mereka menjadi anak-anak yang kuat dan tabah dalam kehidupan.... 😔😔😔

18 April 2017

10 Makanan Ini Masih Boleh Dimakan Walaupun Dah Lepas Expired Date!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kebanyakan barang dapur dan makanan kita beli mesti ada tarikh luput... Dan seperti biasa dan kebanyakan orang, bila ada tarikh luput mesti cepat-cepat nak buang kan.. takut berlaku keracunan makanan... 

Tapi sebenarnya, menurut apa yang ditulis oleh penulis terkenal lifestyle iaitu Sadie L. Trombetta, kebanyakan orang ramai salah faham mengenai tarikh luput yang tertera pada label makanan. Sebenarnya tarikh luput itu adalah untuk memaklumkan pengguna tentang kesegaran makanan itu.
Tetapi jika makanan itu kelihatan teruk, busuk dan nampak lain macam je jangan teruskan niat nak makan tu. 

Sumber: Google images

Tapi ada 10 jenis makanan ni boleh di makan lagi jika terlepas tarikh expired tu, 

1. Keju
Jika nampak kulat mula menumbuhi permukaan keju, jangan terus buang!  Buang sahaja bahagian yang telah rosak dan selebihnya masih boleh digunakan lagi.

2. Bijirin sarapan pagi
Biji-bijiran memang mengandungi jangka hayat yang tinggi. Jika simpan dalam keadaan ruang yang kering dan tidak terdedah pada cahaya matahari ia masih boleh dimakan selama sebulan dari tarikh luput.

3. Pasta
Sememangnya jangka hayat yang tertulis pada pasta itu lama iaitu di antara satu hingga dua  tahun, ia sebenarnya boleh bertahan lebih lama lagi. Ini kerana bahan tersebut tidak mengandungi air. Asalkan ia disimpan di dalam ruang yang tidak terdedah dengan cahaya matahari dan tempat kering, pasta yang belum di masak akan boleh tahan lama.

4. Roti
Ia memang akan berkulat,  tetapi roti yang telah melepasi tarikh luput masih boleh dimakan lagi walaupun ada sedikit pertumbuhan kulat-kulat pada sesetengah bahagian roti itu. Tetapi jika roti tersebut berbau masam dan lain macam, jangan makan! Penulis Sadie L. Trombetta berkata, roti perancis kalau sudah melepasi tarikh luput merupakan roti yang masih enak dimakan. MF pun kadang makan roti Gardenia yang dah tamat tarikh luput... Janji roti tu masih baik dan tak berkulat. Setakat dua tiga hari takde masalah nak makan.. 

5. Yogurt
Jika terlupa nak makan yogurt yang masih belum dibuka dan disimpan di dalam peti, jangan terus buang jika terlihat sudah melepasi tarikh luput. Ia sebenarnya masih selamat dimakan setelah satu hingga dua minggu dari tarikh itu. Tetapi kalau ada bau lain macam dan telah ditumbuhi kulat, jangan makan!

6. Kerepek Kentang (makanan ringan)
Jika bungkusan tersebut telah dibuka, kerepek kentang boleh dimakan untuk beberapa minggu. Tetapi jika masih belum dibuka, ia masih boleh dimakan sebulan selepas tarikh luput.

7. Coklat
Kalau perasan, coklat yang sudah lepas tarikh luput akan ditumbuhi dengan lapisan warna putih. Sebenarnya itu bukan kulat. Ia dipanggil chocolate bloom iaitu berpunca dari gula atau lemak. Ia masih selamat dimakan jika ia disimpan di dalam ruang sejuk 70 darjah ke atas atau ke bawah.

8. Rempah/sos
Biasanya rempah seperti sos tomato, mayones dan jem kalau dah lepas  tarikh luput kita akan terus buang .Tetapi sebenarnya ia masih boleh dimakan! Kalau sudahbuka botol itu, hidu terlebih dahulu sama ada bau basi ke tidak. Kalau masih belum dibuka dan  disimpan di dalam kabinet , ia boleh bertahan sangat lama dari tarikh luput yang tertera.

9. Makanan sejuk beku
Makanan sejuk beku memang diakui masih boleh dimakan meskipun telah melepasi tarikh luput. Ni selalu dok buat... Sebab tak confident je nak makan... Jadi, lepas tauhu telur tu boleh la Makan lagi kalau terlepas tarikh luput sehari dua...

10. Makanan yang dibungkus
Lebam yang terdapat pada timun, salad yang layu dan sebagainya sebenarnya masih boleh dimakan. Jika berkaitan dengan buah dan sayuran kalau kita tengok sayur tu tidak membusuk ia masih boleh dimakan.

Sumber rujukan: Karangkraf

Info yang menarik MF kongsikan... Sebab kadang kita takut keracunan makanan tu yang asal expired je terus buang. Lepas ni boleh la simpan lagi walaupun tamat tempoh kan... Kadang kita pelik kan... Kadang tu dah expired tapi termakan, tak jadi apa-apa pun kan... Sebabnya memang elok cuma tak segar... Jadi, boleh la jimat sikit lepas... Apa pun nak selamat dan yakin, bacalah doa .. insyaAllah Allah lindungi kita... 

Kalau Bergaduh di Facebook Dia La Yang Lebih!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bertengkar Umpama Orang Gila Yang Dirasuk Syaitan

عَنْ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ صُرَدٍ قَالَ كُنْتُ جَالِسًا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجُلَانِ يَسْتَبَّانِ فَأَحَدُهُمَا احْمَرَّ وَجْهُهُ وَانْتَفَخَتْ أَوْدَاجُهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ لَوْ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ فَقَالُوا لَهُ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ فَقَالَ وَهَلْ بِي جُنُونٌ

Dari 'Adiy binTsabit dari Sulaiman bin Shurad berkata; "Aku sedang duduk bersama Nabi SAW dan ada dua orang yang saling mencaci. Seorang diantaranya merah wajahnya dan urat lehernya menegang. Maka Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimat yang bila diucapkan akan hilang apa yang sedang dialaminya. Seandainya dia mengatakan a'uudzu billahi minasy syaitan", (aku berlindung kepada Allah dari syaitan) ". Lalu ada sahabat mengatakan kepada orang tersebut kalimah itu; "Sesungguhnya Nabi SAW bersabda; "Berlindungkah kamu kepada Allah dari syaitan". Orang itu berkata: "Apakah aku sudah gila?". (HR Bukhari No: 3040) Status: Hadis Sahih


Sumber: Google image

Pengajaran:

1.  Pergaduhan dan pertengkaran sesama kita adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam.

2.  Orang yang berbalah dan bertengkar akan saling caci mencaci sesama mereka

3.  Orang yang sedang bertengkar akan mudah dikuasai oleh syaitan  dan seperti orang gila yang hilang pertimbangan, sehingga apa yang dituturkan atau ditulis berupa cacian dan makian tanpa memikirkan baik dan buruk.

4. Orang yang sedang marah bukan hanya suaranya meninggi dan kasar malah wajahnya turut berubah menjadi merah dan uratnya menegang.

5.  Rasulullah mengajar agar dibaca kalimah istiazah yang jika dibaca akan terhindarkan dari syaitan dan kemarahan itu akan mengendur:

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ

6. Ketika hendak membaca al-quran juga disuruh membaca istiazah, apatah lagi dalam urusan lain. Firman Allah:

فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Apabila kamu membaca Al-Qur'an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. (al-nahl: 98)

Marilah kita bersifat RAHMAH dengan memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan. Lebih-lebih lagi apabila kita sedang marah agar terpelihara dari syaitan.



Perangai orang sebegini banyak kita jumpa di laman sosial... Orang sebegini tak boleh buat kawan... Bila bergaduh atau tak sependapat dialah yang lebih-lebih... Dia ajelah yang nak menang dalam perbalahan.... Moga kita tak jadi kawan yang macam ni laman sosial... 

MF kadang bila post sesuatu isu.. kemudian ada yang komen dan tak sependapat dengan MF... MF like aje la.. Dan diam aje tanpa balas komen tu... Sebab hormat itu pendapat dia berdasarkan pengalaman dia... Tapi ada yang sampai bergaduh kerana post mf, MF akan delete terus la post tu sebab takut akan mendatangkan pergaduhan dan mudarat yang lebih besar.. 

17 April 2017

Menang Giveaway by Ig luv.sweetchoco

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Menang Giveaway by Ig luv.sweetchoco

Tahun ni boleh dikatakan MF jarang join segmen dan giveaway... Baru-baru ni baru mula join balik... Tak banyak lagi.. bila ada kesempatan dan juga bila takde idea sangat nak up entry, MF join la segmen atau Giveaway ni.

Minggu lepas ada la satu Giveaway MF join... Syaratnya pun mudah... Saja la join.. sehari sebelum tarikh tutup MF join... Memang tak letak harapan menang , sebab MF join memang semata-mata nak support rakan blogger je...

Tapi tak sangka bila bangun pagi semalam dapat email semak keputusan pemenang... Tak sangka rupanya MF tersenarai dalam senarai pemenang... No.1 pula tu...



Happy mesti lah happy sebab dah lama tak menang hadiah giveaway dari blogger... Tahun MF aktif blog dan menang giveaway ni tiga tahun lepas... Lama kan... Jadi, sudah pasti teruja bila menang... Tapi MF tak pasti hadiahnya... Sebab join Bukan sebab nak menang tapi Untuk support Blogger je.. jadi tunggu je la hadiahnya sampai nanti...

Terima kasih buat blogger Elsa atas anjuran giveaway dan memilih MF sebagai pemenang... Moga dilapangkan rezeki dan diberkati Allah selalu... 

Kisah Benar | Hanya Kerana Nak Isi Air di Termos Mak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

UTAMAKAN IBU.
"Aku terlupa isi air dalam termos mak aku!" jawabnya dengan gelisah..
.
.
Dalam dunia ini, bila anak-anak berebut hendak membela ibu memang ramai, apatah lagi kalau ibu itu seorang yang amat disayangi oleh anak-anak dan cucu-cucunya.

Tetapi berebut hendak membela ayah yang telah tua dan uzur agak kurang.

Kali ini saya hendak paparkan satu kisah yang sungguh indah.

Setelah hampir 20 tahun berpisah. Akhirnya saya bertemu semula dengan seorang sahabat.

Kami dulu satu pejabat, dan hubungan kami memang rapat. Waktu itu kehidupannya agak susah.
Dan sahabat saya itu kerap meminjam dari saya.

Tidak banyak. Ada ketikanya RM5. RM10. Bukan untuk dirinya, tetapi keperluan untuk keluarganya.

Tiap kali dapat gaji. Bila dia hendak membayar semula hutangnya, saya akan menolaknya.

"Dah, dah, aku halalkan, cuma tolong doakan supaya aku masuk syurga." itu sahaja permintaan saya kepadanya.

Memang dia serba salah dengan penolakan saya, tetapi saya buat selamba.

Satu hari, kami sama-sama diarahkan ke Kuala Lumpur. Kebetulan pula motor saya rosak waktu itu. Jadi, saya tiada pilihan, saya menumpang motornya.

Dipertengahan jalan. Sebaik tiba di Tol Batu Tiga. Tiba-tiba sahaja dia beristighfar agak kuat.
Motor diberhentikan di tepi jalan.

"Feroz, aku nak patah balik!" katanya dengan wajah cemas.

"Apa hal?" 

"Aku terlupa isi air dalam termos mak aku!" jawabnya dengan gelisah..

Tidak sempat saya hendak berfikir, tidak sempat hendak memberikan jawapan, terus saja dia memecut dan berpatah balik.

Pelbagai persoalan bermain di minda saya.

'Gila ke hapa dia ni! takkan tak ada orang nak isi air dalam termos mak dia?' sejujurnya hati saya agak panas dengan tindakan sahabat saya itu.

Bayangkan waktu itu sudah pukul 10 pagi. Mesyuarat di KL pukul 11 pagi.

Waktu itu, langit menghala ke KL telah mendung.

Sah, memang tak sempat !

Sebaik tiba di rumahnya. Dia terus menerjah masuk ke dalam. Seketika dia keluar. "Feroz, tungggu sekejap ya, aku tunggu air masak, sekejap je lagi."

Dengan hati yang panas, saya mengangguk.

Tidak lama, urusannya selesai dan kami bertolak semula ke KL.

Kali ini baru saya dapat merasakan satu keanehan. Ya, satu keanehan. 

Sepanjang perjalanan, hujan langsung tidak turun, walaupun langit KL waktu itu telah gelap dan angin bertiup agak kencang.

Sebaik masuk ke dalam bangunan. Barulah hujan turun selebat-lebatnya dan menggila !

Dan bila saya pandang jam tangan - 10.50 pagi !

Sedangkan sahabat saya langsung tidak memecut.

Saya mendiamkan diri. Pelbagai persoalan mengasak minda saya.

Usai mesyuarat dan selesai segala urusan. Petang itu kami balik bersama.

Dipertengahan jalan, kami singgah di sebuah restoran mamak.

Sedang enak menjamu selera, barulah saya tanya dengan cermat dan bersopan.

"Kat rumah engkau tak ada orangkah selain mak engkau?"

"Tak." jawabnya sepatah.

"Sebenarnya, abang aku tinggal di rumah sendiri, tak jauh dari rumah aku. Isteri aku awal pagi dah naik bas kilang, anak-anak aku semua dah pergi sekolah." dedah sahabat saya sambil menyuap makanan dengan begitu berselera.

"Mak aku tu, dia tak larat buat kerja rumah, jadi sebelum pergi kerja, aku akan siapkan air panas dan sedikit makanan di sebelah katil, so dia mudah capai dan alas perut sementara aku balik kerja."

"Pagi tadi aku terlupa siapkan air panas ..." sahabat saya merenung jauh sambil mengunyah makanan.
YA ALLAH. YA RABBI. SubhanaAllah.

Sanggup patah balik ke rumah, semata-mata untuk memenuhi keperluan seorang ibu ?

Saya. Ya saya sendiri. Kalau terlupa bawa dompet, saya teruskan sahaja perjalanan. Tapi kalau terlupa bawa telefon bimbit, besar kemungkinan saya akan berpatah balik.

Tapi sahabat saya. Kerana terlupa siapkan air panas untuk ibunya. Dia BERPATAH BALIK !

Kini, ibunya telah tiada. Isterinya juga telah meninggal dunia kerana kanser.

Sahabat saya menjadi rebutan anak-anak dan cucu-cucunya untuk tinggal bersama mereka.
Kami bertemu semula di suatu majlis baru-baru ini.

Usai makan, kami bersembang bertanya khabar. Tiba-tiba berlaku pertengkaran diantara anak-anaknya.

"Eh, engkau dah ambil Baba 2 hari, engkau pulak hari tu dah bawa Baba pergi round Singapura, kali ni sorry, turn aku pulak nak suruh Baba tinggal rumah aku!"

Sahabat saya tertawa berdekah-dekah sambil menggaru kepalanya.

"Ok, ok, ok macam ni ... biar Baba tinggal dengan Usu pulak." sahabat saya memberikan solusi dan kata putus.

Melihat saya yang berdiam diri. Sahabat saya akhirnya meluahkan rasa.

"Feroz, anak-anak akulah harta yang paling membahagiakan aku sekarang. Dulu, aku selalu berhutang dengan engkau, hari ini, orang lain pula berhutang dengan aku."

'Sahabat, engkau bahagia hari ini kerana engkau telah MEMBAHAGIAKAN IBU MU!' namun kata-kata itu tidak terluah dari kerongkong saya.
.
.
Abang Long.
Anak yang selalu menyakat emak.
Catatan saudara Mohd Feroz Zaini.
Sumber: #bahagiandakwah

Sumber: google images

Sunggu berinspirasi kisah benar ini... memang terharu dan menangis hati ni... sekarang ni suami MF jaga mak dia yang sudah uzur, moga Allah berikan kekuatan kat suami MF jaga mak dia hingga akhir hayatnya selagi ada... moga MF sebagai menantu pun diberikan kesabaran atas itu... walaupun tak dapat jaga mak sendiri, sekurang-kurang dapat jaga mak mentua kan... mak kepada suami kita... 

Betullah ada kata pepatah, 
Sayangi Anak Kecil kerana Itu Masa Silam Mu,  
Hormati Orang Tua kerana Itu Masa Depan Mu.